Tag Archives: seks

Bahan yang menyebabkan kerosakan hormon

  “Salam doctor. Saya berumur 45 tahun dah telah bekerja di sebuah kilang kimia selama 20 tahun. Baru-baru ini saya berasa sangat letih dan sukar bernafas. Bila saya lakukan pemeriksaan doctor, saya tidak mempunyai masalah diabetes atau kencing manis. Tahap kolestrole saya hanya borderline saja. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Bekerja di sebuah kilang kimia selalunya mendedahkan diri seorang pekerja bahan-bahan kimia yang menjadi bahan perosak kelenjar yang mengeluarkan hormone.   Begitu juga bagi seorang yang biasa menggunakan bahan-bahan kimia di rumah dan di tempat kerja.   Terdapat banyak bahan yang kita gunakan seharian …

Read More »

Mengurangkan rasa loya dan muntah ketika hamil

“Salam doctor. Saya disahkan hamil dan usia kehamilan saya lebih kurang 12 minggu. Saya mengalami masalah rasa loya dan muntah yang amat teruk. Bolehkan saya mengambil ubat penahan muntah yang diberikan oleh doktor? Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang mengalami rasa loya dan muntah di awal kehamilan mereka dan ini adalah fenomena yang normal. Ia bergantung kepada individu. Ada yang mengalami rasa loya dan muntah yang teruk dan ada yang mengalaminya secara ringan. Selalunya ia berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan kerana pada masa ini terdapat peningkatan pada tahap hormon  “human chorionic gonadotrophin (hCG)” dalam …

Read More »

Bolehkah senggugut menyebabkan sukar hamil?

  “Salam doctor. Saya berusia 26 tahun dan masih belum berkahwin. Masalah saya ialah saya sering mengalami masalah senggugut yang teruk. Ada kalanya saya terpaksa ke klinik dan doctor hanya memberikan saya ubat penahan sakit, Ponstan saja. Apa yang membimbangkan saya ialah adakah saya akan mengalami masalah sukar hamil apabila saya berkahwin nanti? Saya merancang untuk berkahwin pada bulan December nanti. Mohon pencerahan, terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Sakit akibat senggugut biasanya bersifat ringan dan sementara. Ini bermakna jika seorang wanta mengalami rasa sakit senggugut yang kuat setiap kali haid dan sehingga tidak dapat menjalani rutin hidup …

Read More »

Ambil Ponstan ketika haid

  “Salam doktor. Adakah ubat penahan sakit seperti PONSTAN bahaya diambil bagi mengurangkan rasa sakit ketika sengggugut?” WA ALAIKUM MUS SALAM Senggugut adalah masalah biasa yang dihadapi oleh kebanyakan wanita muda. Oleh itu ialah tidak bermakna wanita yang mengalami senggugut mengalami masalah untuk hamil apabila mereka berkahwin kelak. Kesakitan disebabkan senggugut disebabkan oleh otot pada dinding luar rahem mengecut dengan kuat. Pengecutan otot rahem ini bertujuan untuk darah haid yang berketul-ketul ketika di awal permulaan haid dan selalunya darah ini bercampur dengan sedikit sel-sel tisu endometrium pada dinding dalam rahem. Oleh kerana pangkal rahem yang dimiliki oleh seorang wanita muda biasalah …

Read More »

Fungsi Dusphaston dalam Rawatan Keguguran dan Kesuburan

  “Salam.Saya telah hamil selama 16 minggu. Malangnya beberapa hari ini saya mendapati terdapat sedikit pendarahan. Doktor telah melakukan pemeriksaan ultrasound dan mendapati bayi saya berada dalam keadaan selamat. Doktor juga memberikan ubat Dusphaton 10mg untuk diambil dua kali sehari. Boleh saya tahu kenapa doctor memberikan ubat tersebut pada hal kehamilan saya selamat. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mengucapkan tahniah atas kehamilan puan. Pendarahan di awal kehamilan selalunya tanda awal bagi keguguran. Ini bermakna proses keguguran sedang berlaku, selalunya disebabkan sama ada masalah janin yang tidak kuat atau rahem yang tidak kuat.   ‘Janin …

Read More »

AIR KETUBAN YANG BANYAK

“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi …

Read More »

Mengapa Anak Saudara Saya Dimasukkan ke Wad Neonatal Unit Hanya sebentar Saja?

    “Salam doctor. Baru-baru ini anak saudara saya telah dilahirkan pramatang 32 minggu. Bayi yang dilahirkan hanya 2.5kg. Yang menjadi kemusykilan saya ialah kenapa anak saudara saya itu hanya dimasukkan ke wad neonatal unit hanya beberapa hari saja. Boleh mendapat penjelasan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Neonatal Unit (NNU) yang disediakan oleh hospital menyediakan sekumpulan pakar yang terlatih bertugas secara 24 jam bagi menjaga bayi baru dilahirkan yang mengalami komplikasi kelahiran atau mengalami penyakit sejak dalam rahem atau dilahirkan secara pramatang.   Mereka yang terlibat dalam penjagaan NNU ini ialah:   Jururawat yang terlatih dalam penjagaan …

Read More »

Kesan Makan Mee Segera pada wanita hamil dan bayi dalam rahem

Ramai yang ketagihan maggi. Kerisauan saya pada kanak-kanak dan wanita yang hamil yang kerap makan mee segera . Kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. IKLAN Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my Bagi individu yang …

Read More »

Ramai bayi yang meninggal dunia semasa tidur

  “Salam doktor. Saya ingin bertanyakan tentang kejadian di mana mati meninggal dunia semasa tidur. Adakah ia dapat dielakkan? Terima kasih atas pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai ibu bapa sangat risau mengenai risiko kematian bayi secara tidak disedari ketika tidur terutama pada usia mereka beberapa bulan pertama setelah dilahirkan. Oleh itu saya mencadangkan agar bayi yang berusia enam bulan ke bawah haruslah tidur berdekatan dengan ibubapa mereka tetapi tidak semestinya satu katil atau satu tilam. Saya juga mencadangkan agar: 1. Tidurkan bayi dalam keadaan telentang, bukannya meniarap atau disisinya. 2. Berhati-hati dengan penggunaan selimut kerana ramai bayi yang …

Read More »

Waktu sesuai untuk scan jantina bayi dalam rahem

“Salam doktor. Saya ingin bertanya bila waktu yang sesuai untuk mengenal pasti jantina bayi dalam rahem. Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai ibubapa sangat berminat untuk mengetahui jantina bayi mereka yang dalam rahem. Masa yang sesuai untuk melakukan scan ialah minggu ke-20. Itu pun bergantung kepada kemahiran doktor yang melakukan scan, mesin ultrasound yang digunakan dan posisi bayi dalam rahem. Pada usia kehamilan 20 minggu, perbezaan antara lelaki dan perempuan menjadi lebih jelas dan lebih mudah dikesan kerana cecair ketuban yang banyak. Jantina seorang bayi lebih mudah dikesan apabila kedudukan tapak kakinya tidak terletak di tengah kelengkangnya, keran …

Read More »

Bagaimana Melatih Bayi Tidur Sepanjang Malam

“Salam doktor. Saya ingin bertanya kepada doktor mengenai anak saya. Usia anak saya baru memasuki enam bulan. Namun saya terpaksa bangun setiap empat jam kerana anak saya sering terjaga dan mahukan susu. Ada beberapa rakan saya pula dapat tidur sepanjang malam kerana anaknya tidur dengan lena. Bagaimanakah saya dapat melatih anak saya agar dia dapat tidur sepanjang malam? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya tidak menafikan bahawa sesetengah bayi mudah tidur dan akan tidur sepanjang malam seawal usia lapan minggu. Namun kebanyakan bayi belum boleh melakukan sebegini sehingga mereka berusia lima atau enam bulan, atau mungkin lebih lewat dari …

Read More »

Suplemen vitamin semasa hamil

    “As-salam Dr Zubaidi. Sy ingin bertanyakan pendapat Dr. Harap Dr x keberatan. This is regarding supplement tambahan spt vit C, folic acid etc yg diambil oleh ibu mengandung selain drpd yg diberi oleh pihak hospital spt jenama xxxxxx atau any brand. Would it give any affect? What is the good supplement? Any brand? Would appreciate your kind advise “   Wa alaikum mus salam Ramai wanita hamil yang agak keliru tentang penggunaan multivatimin yang perlu diambil sepanjang kehamilan. Di pasaran terdapat pelbagai produk yang memberikan pelbagai pilihan kepada mereka. Saya sendiri tidak pernah mengesyorkan mana-mana jenama. Mereka boleh …

Read More »

Mempercepatkan proses kelahiran bayi

  “Salam doktor. Bolehkah doktor beri petua agar proses kelahiran bayi saya cepat berlaku. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM. Ramai wanita yang hamil inginkan agar proses kelahiran bayi berjalan dengan cepat dan selamat. Antaranya perasaan takut yang boleh membuatkan hormon yang membantu proses kelahiran menjadi tidak menentu. Oleh itu dapatkan seorang yang terdiri dari ahli keluarga seperti suami, ibu atau ibu saudara bagi menemani proses kelahiran ini, jika wanita itu terlalu takut. Banyakkan zikir dan membaca al Quran. Pada minggu ke 38, amalkan Ekstrak Kacip Fatimah bagi membantu proses kelahiran dengan menguatkan pengecutan rahem. https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah Namun begitu ada …

Read More »

SAKIT PADA KERANDUT ZAKAR

“Salam doctor. Saya berumur 40an dan berbadan gempal. Baru-baru ini saya mempunyai masalah rasa senak di kerandut zakar saya. Adakah ini tanda awal bagi penyakit berbahaya? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Kesakitan pada kerandut buah zakar boleh berpunca daripada buah zakar (testis) dan struktur di sekelilingnya. Punca sebenar sakit itu hanya dapat dikesan melalui pemeriksaan doktor. Antaranya adalah: 1. Jangkitan kuman pada pundi epididimis (epididymitis) atau buah zakar (orchitis). 2. Kecederaan pada kerandut buah zakar seperti tertendang. 3. Batu karang pada ginjal dan bergerak dalam saluran ureter. 4. Belitan pada saluran dalam kerandut buah zakar yang dikenali sebagai ‘varikosel’ …

Read More »

Beli katil urutan Ceragem untuk ibubapa

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.   Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari …

Read More »

Pendarahan Selepas Persetubuhan

“Salam doktor..saya baru berkahwin seminggu yang lalu. Saya ingin bertanya sama ada normal atau tidak pendarahan berlaku selepas persetubuhan ? Saya mengalami pendarahan teruk pada kali pertama tetapi berkurangan selepas seminggu. Pendarahan ringan tetap berlaku apabila berlaku deep penetration. Adakah itu normal? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Pendarahan selepas melakukan hubungan seksual bersama suami boleh menyebabkan kekeliruan pada wanita, teruatama apabila busia 40an. Ini kerana ia mungkin salah satu tanda awal penyakit kanser i pangkal rahim (cervical cancer). Jadi ada baiknya jika puan berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan Paps smear bagi mengesan kanser pangkal rahim di peringkat awal. …

Read More »

Implanon dan Kitaran haid tidak menentu

  “SALAM… Dr Zubaidi, saya hendak bertanya sikit, semasa anak saya baru berumur 4 bulan dan saya sudah pasang implan untuk merancang keluarga. Pada mulanya saya mencuba suntikan sebanyak 2 kali, kemudian saya terus ke LPPKN untuk memasang implan. Masa saya pasang saya perasan ada datang haid sikit saja. Kemudian selepas dua kali, haid saya mula tidak datang langsung. Kini anak saya berumur 1 tahun 1 bulan. Saya bimbang hal ini akan menjejaskan kesihatan saya. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Doktor biasanya akan menggunakan alat perancang keluarga yang dimasukkan ke bawah kulit lengan puan, sama ada Nexplanon …

Read More »

Vitamin C dan pH asidic boleh menyebabkan ketidaksuburan

“Salam doktor, Saya sedang merancang untuk hamil tapi pada masa yang sama saya selalu demam dan selsema. Jadi doktor sarankan saya untuk mengambil supplement Vitamin C Sandoz. Jadi soalannya, bila saya mengambil vitamin C, ianya boleh membuatkan cervical mucus sy jadi acidic kah? Sebab saya pernah terbaca untuk pregnant, cervical mucus haruslah bersifat alkaline. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Memang benar bacaan PH pada dalam faraj adalah sedikit berbeza daripada bacaan pH pada badan kerana ia dipengaruhi oleh kitaran haid dan hormone yang dikeluarkan. Oleh itu secara semulajadinya semasa ovulasi, bacaan pH faraj perlu berada dalam lingkungan …

Read More »

Wanita tanpa rahem

“Assalammualaikum doktor, saya ada kemusykilan. Adakah seorang wanita yg menghidap sindrom MRKH (Mayer-Rokitansky-Küster-Hauser syndrome) yang tidak mempunyai organ reproduktif dari bahagian serviks ke atas (maksudnya hanya blind vaginal), berkemungkinan untuk hamil? Di malaysia ada tidak pembedahan pemindahan rahim? Sekiranya ada berapa anggaran kos? Syukran doktor. Jazakallahu khairan kasira.”   WA ALAIKUM MUS SALAM Individu yang mempunyai masalah Sindrom Mayer – Rokitansky – Küster – Hauser ( MRKH  Syndrome) adalah individu yang istimewa, yang ALLAH pilih. Saya percaya jika dia redha dan bersabar dengan keadaannya, pasti ALLAH memberikannya syurga. MRKH Syndrome ini adalah masalah genetik yang menyebabkan seorang wanita sama ada …

Read More »

Hamil berpanjangan melebihi 40 minggu

“Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin bertanya. Baru-baru ini isteri saya dinasihatkan masukkan ke dalam wad bersalin kerana doctor memberitahu bahawa isteri saya telah melebih jangka usia kehamilan yang sepatutnya. Selalunya kehamilan hanya berlangsung sehingga 40 minggu saja, tetapi isteri saya telah melebihi 40 minggu. Langsung tiada rasa sakit. Adakah ini suatu hal yang normal? Mohon pencerahan, doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan wanita yang hamil akan melahirkan bayi mereka antara 38-40 minggu. Jarang sangat mereka melahirkan bayi selepas 40 minggu. Dianggarkan hanya kira-kira 10 peratus saja  wanita yang hamil, tidak merasa sakit untuk bayi mereka setelah mencapai tarikh …

Read More »

Pesakit buah pinggang hamil dengan risiko

“Assalamu alaikum doctor. Saya adalah pesakit sakit buah pinggang yang sedang menjalani rawatan hemodialisis 2 kali seminggu. Baru-baru ini saya disahkan hamil. Apakah ia akan memudaratkan diri saya dan kandungan? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM. Saya merasa kagum dengan kekuasaan ALLAH kerana ramai wanita yang sihat tetapi tidak mampu untuk hamil, sementara puan puan mengalami penyakit buah pinggang dan dianugerahkan kehamilan pula. ALLAHU AKBAR !!. Sebenarnya wanita yang mengalami penyakit buah pinggang dikategorikan sebagai kehamilan berisiko tinggi, boleh melibatkan keselamatan wanita yang hamil dan bayi yang berada dalam rahemnya. Berapa besar risiko ini bergantung kepada punca kerosakan buah pinggang, …

Read More »

Haid tidak menentu selepas melahirkan anak,

  “As salam mu alaikum. Dr, saya baru melahirkn anak bulan September 2013. Saya hanya datang haid pada Jan 2014 sekali saja. Sampai sekarang bulan April, saya belum kedtangan haid lagi. Ujian UPT saya negatif dan saya mengambil pil perancang keluarga. Mohon pencerahan, doktor. Terima kasih” Dr Zubaidi Hj Ahmad WA ALAIKUM MUS SALAM Untuk mendapat kitaran haids yang normal seperti kitaran haids sebelum hamil, akan mengambil masa yang lebih lama kerana wanita-wanita sedang mengalami perubahan hormone dan tubuh mereka sedang mengatur semula ketidakseimbangan ini. Namun ini semua bergantung pada individu. Jadi jika darah haids yang keluar sama ada terlalu …

Read More »

Merancang Tidak Hamil Tanpa Pil dan Suntikan

  Ramai pasangan yang bertanya bagaimana untuk mengelakkan kehamilan tanpa menggunakan pil atau suntikan perancang. Salah satu cara ialah menggunakan kaedah pengiraan hari subur. Untuk tidak hamil pasangan suami isteri haruslah mengelakkan dari melakukan hubungan intim pada hari subur.Jika mahu melakukan juga, haruslah menggunakan kaedah menggunakan kondom. Namun begitu ramai yang gagal untuk tidak hamil kerana tidak dapat mengira dengan tepat hari subur mereka. Untuk menggunakan kaedah ini, diminta pasangan suami isteri tidak mengadakan hubungan intim pada hari ke 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan. Maksudnya untuk lebih selamat, kena ‘berpuasa’ 10 hari pada hari ke 10 hingga 19 …

Read More »

Hari terbaik untuk melakukan hubungan intim

  Telur ovum tidak hidup lama, hanya 1-2 hari sahaja. Dan ALLAh hanya mencipta satu telur ovum dalam setiap kitaran haid. Sementara sperma pula hidup lebih lama antara 3-5 hari dan ALLAh mencipta berjuta-juta apabila dilepaskan ke dalam faraj isteri. Apabila seorang suami melakukan hubungan intim bersama isteri, pada masa 3 hari sebelum hari subur, atau 2 hari selepas hari subur, maka seorang isteri mem[unyai peluang yang cerah untuk hamil. Saya menasihatkan bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap selama 28 hari agar melakukan hubungan intim bersama suami pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 kitaran haid …

Read More »

Masalah air mani di kalangan lelaki

Ramai lelaki mempunyai nafsu seks yang normal dan ereksi normal, tetapi mempunyai masalah dengan puncak syahwat dan ejakulasi (orgasm/climax) yang mengganggu keseronokan seksual. Masalah-masalah ini boleh termasuk :   Mencapai puncak syahwat dan ejaculating terlalu cepat (pancutan pramatang) Kesukaran mencapai orgasma (pancutan terlalu lambat) Mencapai orgasma tetapi tidak mempunyai ejakulasi (pancutan kering).   Setiap satu daripada masalah-masalah ini mungkin mempunyai beberapa sebab-sebab yang berbeza, termasuk keadaan kesihatan, pembedahan dan kesan sampingan ubat.   Wallahu a’lam.

Read More »

Mengira Hari Subur

  “Salam. Doctor. Saya dan suami berumur 28 tahun. Kami tinggal berjauhan kerana urusan kerja. Saya tinggal bersama ibubapa saya. Kami akan berjumpa di hujung minggu atau hari kelepasan saja.   Kami telah berkahwin selama 3 tahun dan masih belum mempunyai zuriat. Saya mendapati kitaran haid seperti berikut:   14 Jun 2013      11 Julai 2013    7 Ogos 2013 3 September 2013 30 September 2013 28 Oktober 2013 23 November 2013 18 Disember 2013 14 Januari 2014 10 Februari 2014 8 Mac 2014   Bolehkah dokter memberikan nasihat. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mendapati kitaran haid …

Read More »

Rasa Jantung Berdebar-debar..

  “Salam Tuan Doktor. Saya hendak bertanya berkenaan jantung. Baru-baru ini saya mengalami debaran atau degupan yang tiba-tiba laju dalam kekerapan setiap dua minit. Masalah ini saya sudah hadapi seminggu. Adakah ia salah satu petanda yang mengatakan jantung saya bermasalah. Apakah tindakan susulan yang harus saya lakukan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Rasa berdebar-debar dan merasa jantung bergedup laju seperti selepas berlari, ada kalanya suatu fenomena yang normal dan ada kalanya menandakan permulaan suatu penyakit. Biasanya jantung berdegup secara normal antara 60 – 100 kali seminit. Degupan jantung yang cepat melebihi 100 seminit, ini dinamakan ‘tachycardia’. Kadar jantung yang …

Read More »

Sembelit Punca dari Pemakanan

“Saya mempunyai anak berusia empat tahun dan dia sering mengalami sembelit banyak. Sejak dia berumur 18 bulan saya telah memberikan makanan separuh pepejal. Saya pernah bawa anak saya untuk pemeriksaan doctor. Dia memberitahu bahawa anak saya sihat. Soalan saya adalah sembelit ini disebabkan pemakanan atau adakah punca lain? Bolehkah saya memberikan ubat klinik untuk melembutkan najis dia. Mohon pencerahan doktor”.   Sembelit biasanya disebabkan oleh pemakanan yang diambil oleh kanak-kanak itu dan ia akan menjadi lebih teruk apabila dia berasa sakit ketika hendak membuang air besar.   Oleh itu saya menasihatkan agar ibubapa cuba mengubah cara pemakanan anak mereka termasuk …

Read More »

Bayi mati akibat mandi air sejuk

  “Assalamu alaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Dktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak.   Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kemudaratan da ada yang boleh menyebabkan kematian pada bayi. …

Read More »

Produk herba kuat seks dirampas

  KUALA LUMPUR 31 Julai – Berselindung di sebalik kandungan herba asli dari Brazil yang kononnya boleh meningkatkan kemampuan seks golongan lelaki, satu produk kesihatan dikesan boleh mendatangkan bahaya kerana mengandungi racun berjadual. Susulan itu, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan hari ini menyerbu sebuah premis di Jalan Sarikei di sini dan merampas tujuh kotak produk tersebut yang dianggarkan bernilai RM840. Ketua Unit Perhubungan Media Bahagian Perkhidmatan Farmasinya, Kamarul Azhar Kamaruddin berkata, hasil ujian makmal yang dijalankan sebelum ini, produk yang dirampas itu dikesan mempunyai racun berjadual serta boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna. “Produk itu mengandungi sildenefil iaitu sejenis racun berjadual yang memerlukan preskripsi …

Read More »

Implanon : Hukum dan Kesan Sampingan

  ”Saya ingin pencerahan mengenai pemakaian kaedah perancang keluarga, implanon yang dimasukkan ke lengan, boleh menyebabkan didatangi haid lebih daripada 15 hari.Adakah saya menunggu sehingga pendarahan itu berhenti, baru boleh melakukanhubungan intim bersama suami? Ini disebabkan oleh saya mengalami pendarahan haidyang melebihi 15 hari. Mohon pencerahan doktor menjawab kemusykilan saya ini”     Wa alaikum mus salam.   Hukum menggunakan kaedah perancangan keluarga secara implanon dari perspektif Islam, adalah harus, kerana ia bersifat sementara.   Islam memberi keharusan sekiranya ada sebab-sebab syar’ie seperti isteri terlalu lemah kerana sakit atau salah seorang pasangan membawa penyakit keturunan atau kehamilan yang kerap boleh …

Read More »

MENGESAN SERANGAN SAKIT JANTUNG

  “Assalamu alaikum doctor. Saya berusia 35 tahun dan mempunyai dua orang anak. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada. Isteri saya telah membawa saya ke klinik. Doktor di klinik telah memeriksa saya dengan meletakkan stethoscopenya di dada. Dia beritahu saya agar bimbang dan memberikan saya ubat gastrik. Saya rasa tidak puas hati. Saya bimbang saya mengalami serangan sakit jantung. Mohon penjelasan”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan marah dan kecewa yang saudara rasakan. Saya berpendapat bahawa doctor yang bertugas seharusnya memeriksa saudara dengan lebih teliti.   Saya tidak dapat memberikan komen lanjut tentang pemeriksaan, diagnosa dan rawatan yang …

Read More »

Mengapa Isteri Suka Dipeluk

Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa. Saya pernah diberitahu oleh seorang pesakit wanita, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga. Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut. Oleh itu para suami, peluklah isteri, belai lembut rambutnya, sentuh …

Read More »

Peringkat Endometriosis dan Kesuburan

PERINGKAT ENDOMETRIOSIS DAN KESUBURAN “As salam mu alaikum. Doktor baru-baru ini saya mengalami senggugut yang kuat. Sebelum ini pun kitaran haid saya tidak teratur. Doktor melakukan pemeriksaan ultrasound dan mengatakan saya mengalami endometriosis. Saya juga diberitahu bahawa saya akan mengalami masalah kesukaran untuk hamil bila berkahwin kelak. Mohon pencerahan. Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpatidengan masalah yang puan alami. Saya doakan agar puan diberikan kemudahan untuk sembuh. Endometriosis sering dikaitkan dengan masalah sukar hamil dan ketidaksuburan. Namun begitu terdapat peluang bagi wanita yang mengalami endometriosis ini untuk hamil setelah diberikan rawatan, bergantung kepada peringkat endometriosis yang dialami. Untuk …

Read More »

Penyakit untut harus dirawat segera.

    Saya tidak berniat untuk memalukan sesiapa. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman ini sekadar menyedarkan masyarakat tentu perlunya mendapatkan rawatan yang betul sebelum parah.   Untut atau elephantiasis adalah penyakit yang menyebabkan penebalan kulit, terutama kulit kaki dan kerandut zakar (scrotum).   Dianggarkan enam peratus penduduk negara kita dijangkiti, terutama yang tinggal di perkampungan tepi sungai seperti di Pahang, Terengganu, Perak, Bintulu dan Miri di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah.   Kajian pada 2002 mendapati, kira-kira 200 kes jangkitan dikesan dan 10 pesakit disahkan menghidap untut.     Apabila memperkatakan mengenai penyakit untut, sudah tentu kita akan membayangkan pesakitnya …

Read More »

Banyakkan doa dan sedekah jika anak lahir pramatang

  Ramai ibubapa yang berputus harap apabila melahirkan anak secara pramatang, dan bayi pula dilahirkan mempunyai berat yang kurang dari 1.0kg.   Walaupun pada amnya, kebarangakalian untuk bayi sebegini untuk meneruskan kelangsung hidup agak rendah, namun sebenarnya mereka mempunyai peluang untuk terus hidup jika diberikan peluang dan dijaga dengan baik.   Satu contoh yang menarik di mana seorang bayi, yang dipercayai paling kecil dilahirkan seberat hanya 0.25 kilogram dan setinggi ukuran telefon bimbit telah dilahirkan.   Inilah tanda kebesaran ALLAH.   “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran …

Read More »
error: Content is protected !!