Artikel Terkini

Mengapa Suntikan BCG Menjadi Parut?

Ramai ibubapa muda tidak faham mengapa anak mereka yang baru dilahirkan memerlukan suntikan vaksin BCG. Malah mereka risaukan parut BCG yang timbul di bahu anak. Sudah menjadi tugas doktor dan jururawat di pusat kesihatan ibu dan anak menerangkan dengan jelas tentang suntikan vaksin ini dengan lebih terperinci. Jika tidak, banyak salah faham yang mungkin timbul. Minggu lepas saya ada membaca satu blog seorang ibu muda yang bertanyakan soalan mengenai parut BCG secara terbuka. Saya pasti ada nasihat-nasihat yang tidak tepat akan diberikan oleh pembaca blog. “Do you have any petua untuk hilangkan parut BCG?  My baby girl dah masuk dua bulan …

Read More »

Berhati-Hati Dengan Pembantu Rumah, Mereka Mungkin Ada TB

Ramai di antara kita yang mendapatkan perkhidmatan tenaga asing dari Indonesia, Bangladesh, Myammar, Nepal atau mana-mana negara dunia ketiga untuk membantu kita sebagai pekerja dalam industri perkilangan, pertanian atau apa sahaja. Namun kita harus berhati-hati. Walaupun mereka telah disaring di Negara mereka untuk mengesan penyakit berjangkit yang mungkin mereka hadapi,  tetapi kadar rasuah di negara-negara itu amat tinggi sehingga apa sahaja pengesahan dokumen boleh didapati dengan membayar wang rasuah. Oleh itu tidak hairanlah jika ramai di antara pekerja-pekerja ini yang dikesan mempunyai penyakit Pulmonary Tuberculosis (TB paru-paru), Hepatitis B, HIV, penyakit kelamin dan lain-lain apabila menjalani pemeriksaan saringan yang diwajibkan oleh FOMEMA …

Read More »

Kemurungan Semasa Hamil

Kehamilan  adalah rahmat bagi seorang wanita. Tiada siapa yang dapat menafikannya. Kehamilan merupakan berita yang ditunggu-tunggu oleh pasangan yang baru mendirikan rumahtangga atau yang telah lama menunggukan cahaya mata. Namun ada kalanya kehamilan menyebabkan satu bebanan perasaan (emosi) dan fizikal  pada wanita. Apatah lagi jika kehamilan itu tidak dirancang. Perasaan ini sering berlaku pada wanita  yang bekerja dan tinggal berjauhan dari suami dan ibubapa. Bayangkan seorang wanita masih mempunyai anak kecil, tinggal di bandar yang sibuk dan berjauhan dari suami. Setiap hari harus bangun awal pagi dan menghantar sendiri anak kecil ke nursery, sebelum pergi ke tempat kerja. Apabila petang …

Read More »
error: Content is protected !!