Artikel Terkini

Prenatal Vitamin Mana Yang Perlu Dibeli?

Ramai wanita hamil yang agak keliru tentang penggunaan multivatimin yang perlu diambil sepanjang kehamilan. Di pasaran terdapat pelbagai produk yang memberikan pelbagai pilihan kepada mereka. Saya sendiri tidak pernah mengesyorkan mana-mana jenama. Mereka boleh memilih apa saja jenama asalkan ia mengandungi vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan wanita hamil. Bekalan tambahan (suplemen) vitamin untuk wanita hamil dinamakan Prenatal Vitamin. Ia berlainan dengan mana-mana suplemen vitamin yang biasa untuk orang dewasa yang tidak hamil, kerana dosnya berbeza. Suplemen ini boleh didapati dari beberapa pil yang berlainan atau dalam satu set multivitamin yang diformulakan khas untuk wanita hamil. Pengambilan suplemen prenatal vitamin …

Read More »

Isu Kesihatan Dakwat Indelible Ink untuk PRU13

Baru-baru ini, kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan akan menggunakan dakwat yang kekal (indelible ink) untuk pilihanraya umum ke 13. Penggunaan dakwat yang kekal menjadi perbebatan ilmiah dan politik di kalangan ramai rakyat Malaysia. Saya sendiri tidak percaya bahawa penggunaan dakwat ini dapat mengurangkan ketidaktelusan ketika pengundian yang dijalankan. Secara peribadi saya melihat penggunaan dakwat ini hanya melambangkan ’rasa tidak percaya terhadap sistem pengundian yang dijalankan’ oleh SPR. Penggunaan dakwat ini belum tentu dapat meningkatkan ketelusan pilihanraya atau mendatangkan rasa puas hati pada pihak-pihak yang bertanding. Maksud saya, bolehkah kita menutup mulut-mulut mereka yang tidak puas hati apabila kalah …

Read More »

Bolehkah Makan Buah Oren dan Jusnya Ketika Hamil?

Sekarang sedang musim persediaan untuk untuk menyambut Perayaan Tahun Baru Cina. Bagi tahun 2012, perayaan ini disambut pada bulan Januari. Ramai rakan, pesakit dan rakan-rakan perniagaan menghadiahkan saya buah limau mandarin. Ada memberikan dua-tiga biji dan ada yang memberikan satu kotak. Kalau ia tidak ada kena mengena dengan urusan kerja saya dan pemberian limau itu tidak mempengaruhi saya membuat keputusan ketika bekerja, saya terima dan makan sebiji dua. Kebanyakannya saya akan kongsikan dengan staf-staf di sini. Kalau saya mahu membawa balik limau mandarin ke rumah, saya akan singgah di pasaraya dan membeli sekotak besar untuk isteri dan anak-anak. Saya cuba …

Read More »
error: Content is protected !!