Tawakal bermakna berserah kepada Allah dengan sebulat hati, atas takdir yang ditentukanNYA setelah kita berusaha. Seperti mana seorang pelajar sedang menjalani pengajian di universiti. Setelah berusaha mendalami dan memahami bahan kuliah, maka tibalah masa untuk menghadapi peperiksaan. Maka pelajar itu menjawab soalan-soalan itu dengan cara yang terbaik. Akhirnya berserah dan menunggu sahaja keputusan yang bakal diumumkan oleh pensyarah. Begitu juga sebagai seorang hamba yang berusaha untuk memuaskan hati tuannya. Terserahlah kepada tuannya menilai pekerjaan yang dilakukan. Sabar dalam menerima keputusan yang bakal diterima setelah melakukan yang terbaik. Untuk mendapat kesembuhan penyakit, seorang pesakit harus berusaha mencari ubat dan rawatan terbaik …
Read More »Artikel Terkini
Berurut Ketika Hamil
Rawatan urutan memberikan faedah kepada wanita hamil. Namun begitu ramai doktor yang agak berat memberikan galakan pada wanita hamil untuk berurut kerana rawatan ini bukan sahaja mendatangkan manfaat, tetapi juga boleh mendatangkan mudharat bergantung kepada cara dan latihan yang ada pada si pengurut. Tidak semua pengurut mahir dalam bidang yang mereka lakukan. Ada di antara mereka yang langsung tidak ada pengetahuan dan berlagak seolah-olah tahu. Ada pula yang mengurut hanya berdasarkan pengalaman dan cuba-cuba. Sudah tentu ini akan membahayakan ibu dan bayi dalam rahem. Urutan tidak digalakkan di awal kehamilan, iaitu apabila usia kehamilan kurang dari 12 minggu kerana ia …
Read More »Menentukan Penglihatan Bayi Yang Normal
Baru-baru ini seorang ibu bertanyakan kepada saya mengenai penglihatan anaknya yang baru berusia 3 bulan. Beliau sangat risau kerana anaknya seolah-olah masih tidak dapat melihat apa-apa. Saya tidak berkesempatan memeriksa bayi beliau kerana beliau hanya menelefon saya untuk mendapatkan kepastian. Saya hanya memberikan nasihat agar beliau bertenang dan memberikan sedikit masa untuk anaknya mengalami perkembangan fizikal. Oleh kerana anaknya masih belum mencapai usia enam bulan, terlalu sukar untuk memastikan sama ada anaknya mempunyai masalah penglihatan. Bayi yang baru dilahirkan sebenarnya tidak mempunyai daya penglihatan yang baik seperti orang dewasa. Mereka hanya mampu mengesan cahaya dan bentuk bayangan secara kabur. Itu …
Read More »-
Aqueous Cream dan Eczema
Saya mempunyai seorang rakan yang telah lama tidak bersua. Suatu hari beliau membawa anak lelaki beliau yang mengalami eczema di pelipat siku dan peha dan lutut. Saya mendapati eczema yang dihadapi oleh anaknya agak teruk. “Sudah dibawa berjumpa doktor pakar kulit?” “Sudah doktor. Ini tahun ke-lima. Tak ada perubahan. Pakai krim sapu pun tak berguna”, kata beliau seperti putus harap. “Penyakit kulit memang lambat sembuh, kena …
Read More » -
Mahu Hamil Semula Selepas Gugur
-
Pendarahan Haid yang banyak dan tidak menentu
-
KENALI AIR BERALKALI
-
Makan tapai ketika hamil
-
PERBEZAAN ANTARA BUAH NAGA MERAH DAN BUAH NAGA PUTIH
-
KETAHUI MAKANAN YANG BOLEH MENYEBABKAN PERUT KEMBUNG BERANGIN
-
Komplikasi Pembedahan Cesarean
-
Batuk dan selesema ketika hamil
-
Bengkak Pergelangan Kaki di Kalangan Warga Tua
-
Infectiosum erythema ruam, demam rendah
-
PANDUAN BERSENAM KETIKA BERPUASA BULAN RAMADAN UNTUK PESAKIT KRONIK DAN WARGA TUA
-
Mengambil antibiotik ketika hamil
-
PEDIH PERUT BILA MAKAN BAWANG PUTIH MENTAH
-
PENYAKIT YANG BERPUNCA DARI PARU-PARU
-
MABUK DAN MUNTAH KETIKA HAMIL
-
BAGAIMANA MENGURUSKAN PESAKIT JANGKITAN ROTAVIRUS DI RUMAH?
-
PENDARAHAN RAHIM YANG TIDAK NORMAL
-
Mengesahkan Kehamilan Selepas IVF
-
Coenzyme Q10 Mengurangkan Keletihan
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman