Artikel Terkini

Azam Untuk Menurunkan Berat Badan

Sambutan tahun baru 2012 sudah selesai. Pada malam itu, saya berada di halaman rumah dan memerhatikan percikan bunga api yang jelas dari pusat bandar. Percikan itu naik ke ruang angkasa, berpecah kemudian meletup. Memberikan pemandangan yang menarik. Saya memandang muka anak saya yang kegirangan melihat percikan bunga api itu. Saya cuba mengaitkan percikan bunga api itu dengan kehidupan realiti. “Bila kita melihat percikan bunga api, elok juga kita menanamkan azam dalam hati..” Dia tercengang dengan penjelasan saya. “Sudah menanam azam?” Saya memandangnya. “Shafiq mahu dapat nombor satu.Tapi matematik susahlah abah.” Saya tahu kelemahannya dalam matematik dan saya tidak mahu dia …

Read More »

Risau Air Mani Bercampur Darah

Saya selalu menasihatkan rakan FB supaya menulis email atau menghantar pertanyaan ke inbox Facebook saya jika soalan itu berkaitan dengan masalah yang terlalu peribadi. Namun ada yang datang ke pusat kesihatan tempat saya bekerja untuk bersemuka. Saya alu-alukan pertemuan itu. Namun saya hanya seorang petugas yang menerima gaji setiap bulan dari majikan. Berjumpa saya di pusat kesihatan, bermakna ada kos pendaftaran dan konsultasi yang dikenakan oleh majikan saya, Kumpulan Perubatan Sdn Bhd. Jadi bersangka baiklah dengan saya. Saya tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk berkongsi ilmu. Baru-baru ini seorang rakan FB berjumpa saya. Dia bukanlah rakan FB pertama yang berjumpa saya …

Read More »

Bolehkah Susu Ibu Menyebabkan Kekuningan Pada Bayi?

Isu Jaundice dan penyusuan Ketika saya mempromosikan penyusuan ibu kepada bakal ibu-ibu yang masih lagi sarat hamil, saya telah dikejutkan oleh satu soalan yang mendebarkan. “Doktor, saya membaca di internet bahawa susu ibu boleh menyebabkan bayi kita mengalami kekuningan jaundice. Boleh doktor terangkan?” Saya tergamam dan tidak bersedia memberikan jawapan. Saya pernah mendengar perkhabaran angin seperti itu, namun saya tidak mengikuti perdebatannya dengan teliti. Semua orang tahu kebaikan susu ibu. Seingat saya semasa menuntut di universiti, penyusuan ibu adalah topik yang besar. Ia disebut secara terperinci kebaikannya dalam matapelajaran Paediatric dan Community Medicine. Malah pernah beberapa tahun keluar sebagai soalan …

Read More »
error: Content is protected !!