MASALAH SUKAR TIDUR

“Saya dah 60 tahun, tapi setiap malam gelisah. Susah tidur. Bangun pagi pun rasa penat. Kadang menangis tanpa sebab.”

 

Ini luahan seorang wanita yang pernah saya temui dalam sesi konsultasi.

 

Masalah sukar tidur bukan sekadar letih fizikal. Ia boleh mencetuskan keresahan emosi, serangan panik ringan, dan rasa tertekan sepanjang hari.

 

Apabila seseorang wanita masuk usia 60 tahun, tahap hormon melatonin dan estrogen menurun, menjadikan kualiti tidur merosot. Tidur jadi pendek, kerap terjaga tengah malam, atau sukar lena semula.

 

Lebih membimbangkan, tidur yang tidak mencukupi mengganggu kestabilan hormon stres (kortisol), menyebabkan :

✅ Emosi mudah terganggu

✅ Jantung berdebar tanpa sebab

✅ Rasa cemas dan takut berlebihan

✅ Tidak boleh fokus dan cepat lupa

 

Kitaran ini berulang-ulang – dan lama-kelamaan menjejaskan kualiti hidup.

 

Berita baiknya, kita boleh bantu tubuh kembali seimbang. Mulakan dengan:

1. Rutin tidur tetap setiap malam

2. Kurangkan cahaya biru (skrin HP/TV) selepas jam 9 malam

3. Amalkan teknik relaksasi seperti zikir perlahan dan pernafasan dalam

4. Sokong dengan makanan tinggi magnesium & omega-3

5. Pertimbangkan suplemen melatonin jika perlu (atas nasihat doktor)

 

Ingatlah, tidur yang cukup bukan kemewahan – ia adalah terapi harian untuk kesihatan otak dan jiwa.

 

Kepada wanita hebat di luar sana, jika tidur anda terganggu dan hidup mula rasa cemas, jangan diamkan diri. Dapatkan sokongan. Rawat diri.

 

Kerana anda layak untuk tenang, tidur lena dan bangun dengan bahagia.

 

Kongsikan posting ini kepada ibu, nenek atau sahabat wanita anda yang perlukan kekuatan hari ini.

FB Dr Zubaidi Hj Ahmad
Doktor | Motivator | Coach Wellness A’aFIYAT

 

Dapatkan MELATONIN

www.wassap.my/60197022391/MELATONIN

Leave a Reply

error: Content is protected !!