Artikel Terkini

Seks Oral Akan Menjadi Penyebab Utama Kanser Oral di Malaysia?

Sepanjang ingatan saya semasa belajar di universiti, punca utama bagi kanser bahagian mulut dan tekak (kanser oral) ialah  tembakau dan alkohol. Saya telah menyaksikan betapa ngerinya kanser ini mencacatkan mulut dan wajah pesakit yang menderita akibatnya sebelum mereka meninggal dunia. Kebanyakan kes oral kanser berlaku pada penduduk Asia berumur 50-an, yang gemar mengunyah atau menghisap tembakau. Wanita lebih ramai menderita kanser oral berbanding dari lelaki. Namun sekarang corak jangkitan telah berubah. Kes penyakit kanser oral semakin meningkat di kalangan lelaki Caucasian yang tidak menghisap rokok dan berumur antara 20 hingga 50 tahun. Sebagai perbandingan hanya 23 peratus dari kanser oral …

Read More »

Risiko Pembedahan Membesarkan Payudara

Saya mengambil kesempatan membaca akhbar NST bertarikh 24 Desember 2011 pada waktu makan tengah hari. Oleh kerana ia berkaitan dengan ‘berita perubatan’, saya tertarik untuk membacanya. NST melaporkan pihak polis antarabangsa (Interpol) telah mengeluarkan waran menangkap pengasas syarikat Poly Implant Prothese (PIP), Jean-Claude Mas, seorang warga Perancis setelah mendapati syarikatnya  mengeluarkan produk breast implant yang mempunyai kualiti rendah bagi tujuan pembedahan pembesaran payudara (breast augmentation surgery). Untuk memastikan tiada sebarang perkara buruk yang akan berlaku, Kementerian Kesihatan Perancis telah menasihatkan wanita yang telah menggunakan produk breast implant keluaran PIP agar menjalani pembedahan semula untuk mengeluarkannya. Setakat ini belum terbukti produk …

Read More »

Demam Ketika Dalam Pantang Bersalin

Ramai yang menyangkakan bahawa demam ketika dalam tempoh pantang selepas melahirkan anak adalah proses fisiologi yang biasa. Saya dapati ramai yang hanya membeli ubat panadol di farmasi dan tidak datang untuk melakukan pemeriksaan sehinggalah mereka benar-benar mengalami rasa sakit pada bahagian-bahagian tertentu atau mengalami demam yang terlalu tinggi. Demam dalam ‘tempoh pantang’ ini adakalanya merbahaya jika ia adalah sebahagian kesan komplikasi proses melahirkan anak. Di bandar-bandar besar di mana kemudahan kesihatan mudah didapati, selalunya wanita yang demam sebegini dapat dirawat segera. Namun bagi wanita yang tinggal di kawasan pedalaman dan jauh dari kemudahan kesihatan, demam sebegini boleh membawa maut. Demam …

Read More »
error: Content is protected !!