Artikel Terkini

DOKTOR, APA TAHAP BACAAN KEKUNINGAN BAYI YANG BAHAYA PADA BAYI

1. Masalah kekuningan pada bayi yang baru lahir boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan bayi.   2. Ia boleh berlaku selepas 2-3 hari dilahirkan dan menyebabkan kulit atau mata putih mereka menjadi kekuningan.   3. Ia mudah dilihat dalam cahaya semula jadi dan agak sukar dilihat pada bayi yang berkulit gelap. Kita perlu menekan jari secara perlahan pada kulit bayi. Jika tekanan itu menyebabkan kulit menjadi kuning, ia berkemungkinan tanda jaundis.   👉Wajah merupakan bahagian pertama yang kelihatan kuning.👉kemudian merebak ke bawah tubuh seperti pada dada, perut, lengan dan kaki.👉Ia boleh bermula seawal 2 hingga 4 hari selepas kelahiran.👉Tahap bilirubin ini …

Read More »

BOLEHKAH MEWARNA RAMBUT KETIKA HAMIL?

    Secara amnya, selamat bagi wanita hamil untuk mewarnakan rambut. Tetapi elok dilakukan selepas 12 minggu pertama kehamilan. Ini kerana selepas 12 minggu, kehamilan lebih stabil dan tidak mudah mengalami keguguran.   Dibimbangi jika dilakukan boleh berlaku keguguran atau kerosakan genetik.   Dalam pewarna rambut, ada bahan kimia toksik terutamanya dalam dos yang tinggi.   Walaupun bagaimanapun kebanyakan salon menggunakan bahan pewarna yang berdos rendah.   Jadi berhati-hatilah jika kehamilan belum mencapai 12 minggu. Jangan guna pewarna secara berlebihan.   #HealthDrZubaidi

Read More »

DOKTOR, APA MANFAAT OMEGA 3?

1. Ramai yang menyangka semua lemak dan lemak berbahaya. Namun terdapat lemak sihat yang perlu kita perolehi dari makanan dan suplemen kerana ia tidak dibentuk oleh tubuh kita. Antaranya minyak ikan yang mengandungi Omega 3.   2. Omega-3 adalah sejenis kumpulan asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fat) yang diperlukan oleh tubuh. Ia tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita dan mesti diambil dalam diet harian.   3. Terdapat 3 jenis asid lemak omega-3 yang utama iaitu :✅Alpha-linolenic acid (ALA)✅Eicosapentanoic acid (EPA)✅Docosahexanoic acid (DHA). Namun DHA dan EPA adalah dua komponen penting yang perlu kita perhatikan ketika memilih suplemen minyak ikan. …

Read More »
error: Content is protected !!