
PRODUK JUS DAUN LIDAH BUAYA
“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya nak tanya doktor, bolehkah pesakit buah pinggang tahap 2 mengambil produk jus daun lidah buaya?”
Waalaikumussalam
Untuk pesakit buah pinggang tahap 2, pengambilan jus lidah buaya perlu berhati-hati.
PERIKSA KANDUNGAN PRODUK
Beberapa perkara yang perlu diambil kira:
1. Jenis & kandungan – Pastikan jus lidah buaya adalah tulen dan tidak dicampur gula, pengawet, atau bahan kimia lain yang boleh membebankan buah pinggang.
2. Dos – Ambil dalam kuantiti kecil sahaja, kerana lidah buaya yang berlebihan boleh bertindak seperti julap (laxative), menyebabkan cirit-birit dan kehilangan elektrolit.
3. Kandungan mineral – Sesetengah produk lidah buaya mengandungi kalium yang tinggi. Pesakit buah pinggang, walaupun tahap 2, perlu kawal pengambilan kalium untuk elakkan parasnya menjadi terlalu tinggi.
4. Kualiti produk – Pilih produk yang berdaftar dengan KKM dan bebas bahan tercemar.
KESIMPULAN :
Boleh diambil dalam kuantiti sederhana jika tiada masalah elektrolit, tetapi elok berbincang dengan doktor yang merawat dan pantau bacaan darah secara berkala.
Dr Zubaidi Hj Ahmad
Doktor. Motivator Islamik. Coach Wellness A’aFIYAT
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
