BENARKAH SUPLEMEN MENYEBABKAN MASALAH FATTY LIVER?

BENARKAH SUPLEMEN MENYEBABKAN MASALAH FATTY LIVER?

 


“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Daripada keputusan ujian darah minggu lalu, saya telah disahkan mengalami masalah hati. Doktor mengesyaki ia mungkin disebabkan oleh pengambilan suplemen. Adakah benar, atau mungkinkah ia berpunca daripada pengambilan gula dan karbohidrat ringkas? Terima kasih”.

 


Waalaikumussalam.


Saya telah semak keputusan darah yang puan tunjukkan.
.

Untuk ujian fungsi hati ( Liver Function Test (LFT)


👉 Total Protein 81 g/L (tinggi sedikit daripada normal 64–85)

👉 Globulin 46 g/L (tinggi, normal 20–39)

👉 Alkaline Phosphatase (ALP) 90 U/L (masih dalam julat normal 38–124)

👉 Aspartate Transaminase (AST) 92 U/L (tinggi, normal 10–49)

👉 Alanine Transaminase (ALT) 80 U/L (tinggi, normal 4–47)

👉 Gamma-Glutamyl Transferase (GGT) 80 U/L (tinggi, normal <22)

👉 Total Bilirubin 8.3 umol/L (normal, <22)

 

Jadi kesimpulannya, dalam ujian fungsi hati, AST, ALT dan GGT semuanya tinggi, menandakan kecederaan atau tekanan pada hati.

 

Ini bukan sahaja boleh disebabkan oleh supplement, tetapi juga faktor lain seperti:

✅ Pengambilan gula dan karbohidrat ringkas yang berlebihan.

✅ Berat badan berlebihan.

✅ Toksin, alkohol (jika ada), ubat-ubatan tertentu.

✅ Supplemen berproses terutamanya jika dos tinggi, tidak berkualiti, atau mengandungi bahan toksik (contoh: sesetengah suplemen yang mengandungi steroid tersembunyi).

✅ Metabolic syndrome (jika ada darah tinggi, kencing manis atau kolesterol tinggi serentak).

 


Pemeriksaan darah untuk kolesterol pula menunjukkan:


👉 Total Cholesterol 5.9 mmol/L (tinggi, patut <5.2)

👉 HDL (“kolesterol baik”) 1.4 mmol/L (normal)

👉 Non-HDL Cholesterol 4.5 mmol/L (tinggi)

👉 LDL 4.0 mmol/L (tinggi, patut <2.6)

👉 Triglycerides 1.1 mmol/L (normal)

👉 Cholesterol/HDL Ratio 4.2 (normal <4.6)

 

Jadi kesimpulan bagi pemeriksaan profil lipid:

✅ LDL tinggi dan kolesterol keseluruhan tinggi, menunjukkan risiko metabolik meningkat — ini boleh menjejaskan fungsi hati juga.


✅ Bila banyak LDL dalam darah, ia mengganggu fungsi hati termasuk proses detox dan metabolisme lemak.


Jadi benarkah suplemen menyebabkan masalah ini?


Pengambilan supplement berproses boleh menjadi punca, terutamanya kalau supplement itu:

✅ Tidak diluluskan KKM.

✅ Ada kandungan bahan tersembunyi seperti steroid.


TETAPI berdasarkan keputusan darah puan, pola gula dan karbohidrat ringkas juga sangat berpotensi menyumbang kepada masalah ini, terutama jika puan sekarang mengalami :

✅ Berat badan berlebihan.

✅ Gaya makan tinggi gula dan karbohidrat halus (nasi putih banyak, kuih, minuman manis).

✅ Aktiviti fizikal kurang.

✅ Stress kronik dan tidak cukup tidur.


Saya mencadangkan,

1. STOP dulu semua supplemen berproses (makanan kesihatan) tidak perlu buat masa ini, terutamanya yang bukan dari sumber terpercaya.


2. Kurangkan gula dan karbohidrat ringkas.


3. Tambah sayuran berserat, protein sihat, healthy fat (contoh: minyak zaitun asli, avocado, ikan).


4. Buat senaman (walaupun hanya brisk walking 20–30 minit sehari).


5. Pantau fungsi hati semula dalam 3–6 minggu selepas ubah gaya hidup.


6. Minum air kosong secukupnya dan elakkan makanan segera, processed food.

 

Kalau perlu, bincang dengan doktor puan untuk :

✅ Cadangkan ultrasound hati untuk semak ada fatty liver atau tidak.

✅ Buat ujian HbA1c untuk semak status gula darah kronik.


Jadi masalah peningkatan enzim hati bukan disebabkan oleh suplemen dalam bentuk vitamin dan mineral, tetapi suplemen berproses (kadang kala dilabelkan makanan kesihatan) dan pemakanan yang tinggi gula dan karbohidrat ringkas serta gaya hidup yang tidak sihat.

 

Semoga menjawab soalan yang ditanya.

 

#HealthDrZubaidi

 

 

Dapatkan TOCOTRIEONOL SOFTGEL untuk masalah Hati Berlemak di :

https://www.needsvenue.com.my/products/-new-product-tocotrienols-softgel-olive-house

 

 

 

Anda ada banyak soalan? Dapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi melalui Live Zoom, boleh daftar di link https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!