Soalan Ketidaksuburan dan Kitaran Haid

TANDA SEORANG WANITA ITU SUBUR

Kesuburan seorang wanita dan lelaki apabila seorang lelaki (suami) dapat menghamilkan seorang wanita (isteri) tanpa mendapat bantuan perubatan.   Ada wanita yang sekali saja melakukan hubungan intim dengan suami, terus hamil. Ada yang berkali-kali (dan bertahun-tahun) tetapi masih belum dapat menghamilkan isteri. Ada yang pula yang berjaya hamil, tetapi tidak berjaya meneruskan kehamilan akibat kekguguran.   Untuk menentukan seorang lelaki itu subur atau tidak, pemeriksaan air mani harus dilakukan. Jika bilangan sperma, bentuk sperma, pergerakan sperma dan tiada kecacatan DNA sperma, seorang lelaki itu dikatakan lelaki yang subur.   Bagi wanita, agak sukar untuk menentukan tahap kesuburan mereka. Pemeriksaan hormone, …

Read More »

HAMIL SELEPAS TERLANJUR DAN GUNA POSTINOR

“Assalamualaikum dr, maaf jika mengganggu besar harapan saya sekiranya dr, dapat tolong saya. Saya berumur 29thn. Bakal berkahwin. Saya mengalami haid (pada jumlah yang sedikit memadai dengan mengenakan pantiliners) selama 1 bulan lebih sekitar Mac tahun ini. Saya telah mendapatkan rawatan doktor. Dan doktor memberi medroxyprogestrone acetate 5mg. Di ambil 2biji sehari 1kali makan untuk 3 kali kitaran haid. Kitaran pertama selama 21hari dengan ubat yang diberi penderahan berhenti dan saya haid pada 11/6 – 17/6. Pada 23/6 saya telah terlanjur (Mohon jasa baik doktor untuk tidak menilai dan menghukum, saya sedar kesalahan dan saya betul2 menyesalinya). Pihak lelaki mengesa …

Read More »

Tanda-tanda endometriosis

SUKAR HAMIL SEBAB ENDOMETRIOSIS         “Assalamu alaikum, doktor. Saya ingin bertanya doktor masalah saya. Say sudah berkahwin 3 tahun tetapi belum pernah hamil. Suami saya telah membuat pemeriksaan air mani dan keputusannya normal. Doktor mengesyaki saya mengalami masalah kesuburan. Doktor kata kemungkinan endometriosis dan appointment untuk ultrasound pada minggu depan. Apa sebenarnya endometriosis itu doktor? Mohon pandangan doktor. Terima kasih”         WA ALAIKUMMUSSALAM.                 Endometriosis berlaku apabila lapisan dalam rahim (endometrium) berada di luar rahim seperti di ovari, dinding pelvis, saluran fallopian, usus, faraj dan pundi kencing. …

Read More »

PUNCA KEGUGURAN BERULANG

      “Salam dokter, saya mengalami keguguran setiap kali saya hamil. Saya keguguran selama 3 kali dan kali terakhir pada Jan 2014. Semua kehamilan saya semua pada awal kehamilan Antara 8-12 minggu. Apakah punca keguguran seperti ini ? Mohon pencerahan.”     WALALAIKUM MUS SALAM     Keguguran di awal kehamilan sering berlaku pada wanita yang hamil, dan ia bukanlah suatu hal yang merisaukan.     Tetapi keguguran berlaku sebanyak tiga kali berturut-turut, maka ia adalah suatu yang tidak normal. Keadaan ini dikenali sebagai ‘habitual miscarriage’.     Selalunya doctor akan melakukan pemeriksaa dan ujian yang detail bagi mengetahui …

Read More »

PCOS DAN RAHEM TERBALIK

“Assalamualaikum Doktor. Saya Sabirah. Berumur 23 tahun dan belum berkahwin. Saya telah didiagnos mempunyai PCOS dan juga mengalami retroverted uterus. Saya juga ada membaca dari blog-blog mengenai kedua penyakit ini. Namun saya mempunyai sedikit kemusykilan mengenai kedua penyakit ini. 1) adakah PCOS berhubungkait dengan retroverted uterus? 2) adakah retroverted uterus berhubungkait dengan masalah usus/penghadaman? Untuk makluman doktor, saya juga mempunyai masalah sembelit dan kembung perut yang berpanjangan. Jujurnya setelah membaca pelbagai cerita di blog, saya rasa seolah-olah hidup saya sampai disini sahaja. Majlis perkahwinan yang bakal berlangsung juga saya rasa nak batalkan. Saya betul-betul perlukan pencerahan dan motivasi. Harap doktor …

Read More »

Tidak Obese Tetapi Haid Tidak Menentu

TIDAK OBESE TAPI HAID TIDAK MENENTU “Salam Dr, saya mengalami kitaran haid yang tidak teratur yang saya tidak pasti apa penyebabnya. Saya juga bimbang kerana saya tahu bahawa kitaran haid yang tidak teratur ini akan mengganggu kesuburan. Saya berusia 27tahun, masih belum berkahwin, BMI ideal. Apakah yang perlu saya lakukan bagi mendapatkan kitaran haid yg normal. Adakah saya perlu menjalani sebarang check up utk mengenalpasti masalah yg saya hadapi ni. Mohon pencerahan. Terima Kasih Dr.” WA ALAIKUM MUS SALAM. Masalah kitaran haid yang tidak menentu sering berlaku pada wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Namun adakalanya ia juga boleh …

Read More »

Punca sumbatan pada saluran fallopian

SUMBATAN PADA SALURAN FALLOPIAN      Kira-kira 20 % wanita yang mengalami masalah sukar untuk hamil berpunca dari masalah saluran fallopian yang tersumbat. Antara puncanya ialah: 1. Jangkitan kuman yg bermula dari faraj , masuk kedalam rahim dan akhirnya menjangkiti saluran fallopian. Jangkitan kuman ini menyebbakan keradangan, lekatan dan parut yang akhirnya menyebabkan sumbatan. Jangkitan kuman sering berlaku tanpa disedari. Ia boleh berlaku lepas bersalin, keguguran, atau selepas prosedur pakai iucd. Jangkitan kuman ini mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda atau hanya setakat keputihan saja. Ia munkin berlaku sejak remaja dan berterusan sehingga selepas berkahwin. 2. Penyakit-penyakit seperti endometrioisis, fibroids, ovarian …

Read More »

Haid Tidak Menentu Lepas Guna Postinor-2

KITARAN HAID TIDAK MENENTU SELEPAS GUNA POSTINOR -2 “Assalamualaikum doctor, Saya dan suami saya baru sahaja berkahwin dan saya tak bersedia lagi utk menimbang cahaya mata. Saya ada makan postinor-2 pada 9/9/2015 dan saya dapat haid saya pada 11/9/2015. Sepatutnya saya haid berikutnya pada 14/10/2015 tetapi tiada haid. Sekarang sudah 2 hari lewat. Saya tak makan postinor-2 pada 5/10/2015 itu. Yang saya ingat saya ada juga makan postinor-2 pada bulan berapa maaf saya tak ingat. kira kira jumlah yang saya makan pill postinor-2 adalah 2 kotak pada bulan yang berbeza. jika dia lap atau tidak adakah saya hamil? terima kasih …

Read More »

Tidak Datang Haid Selepas Melahirkan Anak

 TIDAK DATANG HAID SELEPAS MELAHIRKAN ANAK Salam doktor . Saya ingin bertanya, selepas melahirkan anak yang kedua pada bulan Mei 2011, saya diberikan suntikan pencegah kehamilan. Selepas suntikan itu, haid saya menjadi tidak menentu. Beberapa bulan selepas dicucuk, haid saya ada datang, tetapi selepas itu haid saya tidak datang langsung. Saya mengambil kaedah perancang kehamilan itu selama 2 tahun setengah. saya berhenti mengambilnya kerana ingin mendapatkan seorang anak lagi. Saya menunggu agak lama, iaitu setahun, sebelum saya hamil semula. Saya telah melahirkan anak pada Mei 2015 tetapi haid saya belum datang. Adakah ia normal atau disebabkan oleh kesan sampingan suntikan …

Read More »

Darah haid berwarna coklat dan berketul-ketul

PERSOALAN DARAH HAID BERWARNA COKLAT DAN BERKETUL-KETUL Seorang wanita mungkin mendapati bahawa darah haid beliau menjadi warna perang gelap atau hampir berwarna hitam apabila menghampiri hari-hari terakhir haid. Ini adalah satu perubahan warna yang normal. Ia berlaku apabila darah adalah lama, tidak dapat dikeluarkan dari rahem dengan cepat. Jika darah haid ini (berwarna perang atau kehitaman) berlangsung hingga beberapa hari atau minggu melebihi hari kebiasaan haid, maka selalunya disebabkan oleh tahap hormon dalam badan yang tidak stabil. Ini tidak normal. Lapisan endometrium yang gugur sebagai haid hanya keluar sedikit demi sedikit menyebabkan ia lambat berhenti. Ini menyebabkan “darah haid” keluar agak …

Read More »

Tidak datang haid selepas pembedahan hamil luar rahim

TIDAK DATANG HAID SELEPAS PEMBEDAHAN HAMIL LUAR RAHIM “Assalam mu alaikum doktor, saya ada pertanyaan sikit. Pada  bulan 5 lepas saya baru menjalani pembedahan laparoscopy d sebabkan kehamilan luar rahim. Tiub falllophian  saya dipotong sebelah kanan. Sekarang sudah 2 bulan saya tidak datang haid. Bila saya lakukan pemeriksaan UPT, ia negatif. Boleh saya tahu kenapa saya lambat datang haid, adakah sebab ubat antibiotic yg saya makan selepas operation. Mohon pencerahan , saya sangat risau. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya ucapkan simpati atas ujian yang melanda puan. Semoga ALLAH menggantikan kehilangan puan dengan sesuatu yang lebih baik. Puan masih …

Read More »

KITARAN HAID MASIH TIDAK MENENTU SETELAH 8 BULAN MENGHENTIKAN PENGAMBILAN SUNTIKAN DAN PIL PERANCANG KELUARGA

  “Assalamulaikum. Dr saya nak bertanya, saya bersalin secara pembedahan Ceaser pda tahun 2014, Saya pernah mengambil suntikan perancang depo selama 3 bulan, kemudian saya berhenti dan mengambil pil prancang selama 8bulan. Setelah berhenti mengambil pil prancang, kitaran haid saya jadi tidak menentu. Saya mengalami pendarahan selama sebulan. Berapa lama kesan pil perancang akan hilang,dan boleh hamil. Sebab saya sudah 7 bulan tidak lagi mengambil pil perancang. Terima kasih”. WAALAIKUM MUS SALAM Masalah puan berkaitan dengan kitaran haid tidak menentu setelah menggunakan suntikan perancang dan pil pencegah kehamilan. Dan puan mengalami masalah kitaran haid haid ini selama 8 bulan. Pengambilan …

Read More »

Haid Berpanjangan dan Belum Hamil

HAID BERPANJANGAN DAN BELUM HAMIL “Salam. Saya hendak tanya. Saya sudah berkahwin selama 3 tahun dan ingin menimang cahaya mata. Pertanyaan saya ialah:  1. Saya sudah mengalami darah haid selama 3 bulan, dan tidak menunjukkan sebarang tanda haid saya akan berhenti. Dalam waktu period, darah ketul sebesar ibu jari sering kali keluar setiap kali sya membuang air kecil.  2. Ada yang mencadangkan supaya saya mengambil suplemen GLA kompleks dan Asid Folic untuk utk betulkan haid. Ada juga mengatakan yang rahim saya panas dan susah hendak hamil. Saya mohon sangat supaya doktor dapat membantu. Terima kasih” Jawapan: WA ALAIKUM MUS SALAM …

Read More »

Cara Pengiraan Haid

CARA PENGIRAAN HAID “Saya ada menonton rancangan di tv oleh seorang ustaz mengenai cara pengiraan haid. Apa yg disampaikan betul-betul perkara baru bagi saya. Jadi saya makin keliru tentang pengiraan haid yang sebenar. Beliau ada beritahu wanita kena kira kitaran haid mengikut kalendar Islam bukan masihi. Beliau ada bagi contoh. misalnya kebiasaan wanita datang haid pada 5 syaaban, sepatutnya wanita tersebut akan datang haid pada 5 Ramadhan juga tetapi tidak datang pada 5 tetapi pada 7 misalnya, jadi 7 Ramdhan itu kena kira sebagai hari ke-3 datang haid bukan hari pertama. Tapi 2 hari yang suci itu boleh solat macam …

Read More »

Kitaran Haid Yang Normal Bagi Remaja

KITARAN HAID YANG NORMAL UNTUK REMAJA   “Salam doktor. Saya baru berusia 17 tahun. Belum nerkahwin. Saya ada masalah tentang haid saya. Dua bulan lepas haid saya datang pada hari ke 24. Begitu juga pada bulan berikutnya. Tetapi haid saya berlarutan sehingga dua minggu. Darah haid saya juga agak banyak, sehingga saya terpaksa menukarkan 8 pad pada hari pertama. Adakah saya mempunyai penyakit serius, doktor? Mohon pencerahan. Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Adalah normal bagi remaja perempuan yang mengalami kitaran haid yang tidak teratur. Ssecara purata bagi wanita, kitaran haid mereka berlangsung selama  28 hari. Tetapi tidak …

Read More »

Fungsi dusphaton untuk pesakit endometriosis

FUNGSI DUSPHATON UNTUK PESAKIT ENDOMETRIOSIS Tablet Duphaston 10mg mengandungi ramuan dydrogesterone, iaitu hormone wanita progesteron sintetik (buatan). Struktur kimia hormone buatan ini hampir menyerupai progesteron yang asli dihasilkan oleh tubuh seorang wanita secara semula jadi. Oleh itu ia memberikan kesan yang sama. Dalam kitaran haid yang normal, hormone progesteron yang dihasilkan oleh ovari,  akan bertindak pada lapisan endometrium pada dindang dalam rahem, untuk kekal menebal. Ini sangat penting untuk mengekalkan kehamilan. Jika tidak janin yang telah disenyawakan akan mudah gugur. Jika wanita itu tidak hamil, tahap kandungan estrogen dan progesteron dalam tubuh akan menurun dan lapisan endometrium akan turun sebagai …

Read More »

Lewat haid, hubungan intim dan kemudian berdarah seperti haid

LEWAT HAID, HUBUNGAN INTIM KEMUDIAN BERDARAH SEPERTI HAID   “Assalamualaikum dr, saya berumur 30 tahun, sudah berkahwei selama dua tahun dan masih belum dikurniakan zuriat. Sepanjang perkahwinan, alhamdulillah haid saya sentiasa tepat. Di awal perkahwinan dulu saya penah lewat 2-7 hari tetapi lepas itu haid macam biasa. Sepanjang berkahwin saya tidak pernah buat UPT.   Bulan ini saya telah lewat period 2 hari. Saya tidak buat UPT kononnya nak tunggu lewat sampai seminggu. Tetapi selepas bersama suami pada hari ke 3 haid saya lewat, saya dapati ada kesan darah selepas melakukan hubungan intim,dan keesokan hari memang kelaar darah yang banyak …

Read More »

Haid lewat, tetapi tidak hamil. Adakah ia berbahaya?

HAID LEWAT, TETAPI TIDAK HAMIL. ADAKAH IA BERBAHAYA? “Salam Doktor.  Saya ingin bertanya pada doktor.  Saya sudah berkahwin selama setahun dan sekarang sudah lewat haid selama 16hari. Saya pernah cuba buat UPT, tp keputusannya negative.  Dan pagi ni, saya didatangi darah seperti period (warna hitam kemerahan). Adakah saya perlu dapatkan rawatan di klinik atau ini adalah darah period yang delay tue. Cycle period saya adalah 30 hari.  Mohon pencerahan dari doktor.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya faham keadaan puan. Apabila seorang wanita yang sudah berkahwin cuba untuk hamil, kelewatan haid adalah suatu yang mendebarkan. Namun apabila ujian UPT adalah negatif, …

Read More »

Tanda seorang wanita mengalami endometriosis

TANDA SEORANG WANITA MENGALAMI ENDOMETRIOSIS     “Salam doctor, boleh beritahu saya tanda-tanda seseorang itu mungkin mengalami masalah endometriosis?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Endometriosis adalah sejenis penyakit wanita yang  belum dikenalpasti punca sebenar bagaimana ianya terjadi. Terdapat teori yang memberikan penjelasan bahawa darah haid yang sepatutnya keluar dari rahem melalui faraj, telah berundur ke belakang telah membawa bersama tisu endometrium, masuk ke dalam saluran fallopian dan akhirnya keluar dalam peritoneum (bahagian abdomen).   Ini  menyebabkan membesar saiznya dalam pelvis dan berdarah seperti mana kitaran haid ke dalam abdomen.   Tanda-tanda seorang wanita itu mungkin mengalami endometriosis ialah apabila …

Read More »

Kitaran haid dan Implanon

KITARAN HAID DAN IMPLANON   “Assalamualaikum doctor, saya ingin bertanya. Saya telah 2 tahun lebih mengambil implanon dan akan mengeluarkannya pada Jun 2015. Bermula tahun kedua pemakaian, saya sering mengalami haid yang lama, hingga 3 minggu. Sebelum ini, saya ambil pil perancang keluarga untuk mengembalikan kitaran haid yang normal. Selepas 3 bulan pengambilan pil perancang, haid masih begitu. Saya baru mengambil pil kacip fatimah UTM untuk mengatasinya. Soalannya, setelah haid melebihi 15hari, saya bercadang untuk mengambil pil perancang untuk menghentikan pendarahan dan bolehkah diambil kacip fatimah itu semasa istihadah ? Terima kasih doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Implanon …

Read More »

PCOS berkaitan dengan penyakit kanser rahem, kitaran haid tidak menentu dan ketidaksuburan

PCOS BERKAITAN DENGAN PENYAKIT KENSER RAHEM, KITARAN HAID YANG TIDAK MENENTU DAN KETIDAKSUBURAN “Salam doktor, bolehkan PCOS menyebabkan penyakit kanser rahem?” WA ALAIKUM MUS SALAM. Polycystic Oavrian Syndrome  (PCOS) mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan keseimbangan hormone dalam tubuh wanita. Ia menyebabkan masalah ketidaksuburan wanita, apabila ovulasi (proses pengeluaran telur wanita, ovum) tidak berlaku secara tetap pada setiap bulan. Ia juga menyebabkan peningkatan hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan dalam badan seorang wanita. PCOS tidak menunjukkan sebarang petanda awal seperti senggugut, maka ia tidak disedari penghidapnya. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur me­ngalami PCOS dan 30 …

Read More »

KEGUGRUAN DAN TIDAK BUAT D&C, KITARAN HAID TIDAK TERATUR

“Assalamualaikum Dr. zubaidi. Pada lepas saya pernah keguguran semasa usia kehamilan saya  8 minggu. Semasa gugur, ada keluar ketulan daging bercampur darah. Ibu mertua saya tidakbenarkan buat D&C. Sehingga sekarang saya tidak pernah lagi buat sebarang rawatan atau vaginal scan untuk keguguran. Masalanya kitaran haid saya tidak teratur dan  sehingga kini masih lagi belum hamil. Apakah tindakan yang perlu saya buat sekarang. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya difahamkan keguguran puan telah berlaku pada tahun lepas. Pada masa yang sama puan perasan “keluar ketulan daging bercampur darah” berkemungkinan janin yang masih bersaiz kecil telah keluar ketika keguguran itu. Selalunya pada peringkat …

Read More »

ubat senggugut

UBAT SENGGUGUT     “Assalamualaikum, saya mengalami senggugut yang agak kuat, sehingga tidak dapat bekerja. Saya belum berkahwin. Apakah rawatan bagi senggugut ini? Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Senggugut kerap dialami oleh golongan wanita ketika  datang haid. Ia sering kali menjadi masalah sehingga menganggu kerja-kerja seharian, dan menjadi sebab utama mereka tidak pergi ke sekolah atau kerja.   Senggugut juga dikenali sebagai “dysmenorrhoea”.   Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan wanita, tanpa sebab. Maknanya tiada masalah kesihatan atau penyakit.   Namun ada beberapa wanita yang mengalami senggugut disebabkan oleh masalah penyakit. Antaranya:   Endometriosis. Cyst Ovari …

Read More »

Kitaran Haid Tidak Normal, Perlukah Pemeriksaan Doktor

KITARAN HAID TIDAK NORMAL, PERLUKAH PEMERIKSAAN DOKTOR? “Assalamualaikum doktor,  Saya ingin bertanye tentang pertukaran kitar haid.sebelum bernikah saya mengalami kitar haid yang normal selama 28 hari..tetapi selepas 2 bulan bernikah kitar haid saya berubah kepada 35 hari.adakah saya patut berjumpa dengan doktor ataupun tidak. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kitaran haid yang normal ialah antara 21-35 hari. Purata kitaran haid yang biasa ialah 28 hari. Jadi jika kitaran haid sesekali menjadi panjang dan pendek, dan  ia berlaku sesekali, ia masih dianggap normal. Kitaran haid melambang kesuburan seorang wanita. Jadi hal yang utama, walau berapa panjang atau pendek kitaran haid …

Read More »

Wanita sukar hamil, dikesan apabila hormonnya tidak seimbang

WANITA SUKAR HAMIL, DIKESAN APABILA HORMONNYA TIDAK SEIMBANG “Salam doktor. Saya sudah tiga tahun berkahwin tetapi belum mendapat anak. Baru-baru ini saya telah berjumpa doktor. Dari pemeriksaan ultrasound, doktor memberitahu semua folikel saya dalam ovari sangat kecil dan tidak matang. Pemeriksaan darah juga menunjukkan hormon FSH saya agak tinggi. Mohon penjelasan doktor. Terima kasih WA ALAIKUM MUS SALAM. Sepanjang kehidupan seorang wanita, satu kelenjar ovari mengandungi beribu-ribu folikel, dan folikel-folikel ini ibarat kelompang air yang mengandungi telur ovum. Bagaimana tubuh memberitahu kelenjar ovari untuk mematangkan dan mengeluarkan ovum dari ovari? Inilah yang dinamakan keseimbangan hormon. Kelenjar pituitari yang terdapat di …

Read More »

LENDIRAN FARAJ BERCAMPUR DARAH, SEDIKIT DAN HANYA BEBERAPA HARI

“Salam doctor, baru-baru ini saya mengalami masalah haid. Saya baru saja habis haid dan beberapa hari kemudian, ada lendiran bercampur darah, berwarna coklat keluar dari kemaluan saya. Adakah ia normal. Mohon pencerahan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang mengadu bahawa haid mereka telah habis minggu lepas dan kini terdapat terdapat pula sedikit lagi darah yang keluar. Sudah tentu ini bukanlah kitaran haid yang normal. Pendarahan haid yang normal biasa berlangsung kira-kira empat hingga lima hari, dan wanita yang mengalami haid untuk seminggu hingga sepuluh hari. Purata kitaran haid yang normal ialah 28 hari. Namun begitu kitaran haid …

Read More »

D&C dapat membersihkan rahem dan meningkatkan kesuburan

D&C DAPAT MEMBERSIHKAN RAHEM DAN MENINGKATKAN KESUBURAN   “Salam doktor. Saya berumur 38 tahun dan mengalami kitaran haid yang tidak menentu. Saya telah mencuba rawatan pil hormon, namun kitaran haid saya masih tidak menentu dan saya belum dikurniakan zuriat lagi. Ada yang mencadangkan saya menjalani prosedur D&C. Bukankah D&C adalah untuk membersihkan rahem setelah keguguran. Mohon pencerahan. Terima kasih”   D&C adalah prosedur mengeluarkan tisu lapisan dalam rahem (endometrium) dengan menggunakan alatan tertentu dan pesakit diberikan ubat bius. Kebanyakan pesakit yang keguguran, D&C dilakukan untuk mengeluarkan janin yang telah meninggal dunia di dalam rahem. Dengan ini rahem dapat dibersihkan. Jika …

Read More »

Kitaran Haid Tidak Menentu Selepas Menukar IUCD Baru

KITARAN HAID TIDAK MENENTU SELEPAS MENUKARKAN IUCD BARU     “Saya baru membuka IUCD dan telah menukarkannya dengan yang baru. Sebelum ini kitaran saya teratur, tetapi sekarang saya mengalami haid hanya sehari saja selepas memasang IUCD yang baru. Adakah ini kesan daripada IUCD yang menghalang pengeluaran darah haid? Saya risau darah kotor berkumpul dan muncul pula penyakit lain. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   IUCD adalah alat pencegah kehamilan, berbentu seperti “T”  yang dimasukkan ke dalam rongga rahem. Ia boleh bertahan kira-kira 3 tahun dan IUCD baru akan dipasang pada hari yang sama selepas IUD yang …

Read More »

Tidak datang haid 2 tahun

TIDAK DATANG HAIDS 2 TAHUN   “Salam doctor. Saya berusia 20 tahun, belum berkahwin, berat saya 75kg dan ketinggian saya 155cm. Saya mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu.  Kali terakhir haid saya pada awal 2012. Saya pernah ke klinik kerajaan dan doctor hanyamemberitahu bahawa  hormon saya tidak stabil dan dia tidak berikan sebarang ubat.  Apa yang perlu saya lakukan? Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tidak mengalami darah haid selama dua tahun, bukanlah suatu yang normal bagi seorang gadis.   Saya berpendapat bahawa masalah ini adalah berpunca dari masalah ketidakseimbangan hormone yang yang dihasilkan …

Read More »

Jenis-jenis pendarahan yang tidak normal di kalangan wanita

JENIS-JENIS PENDARAHAN YANG TIDAK NORMAL DI KALANGAN WANITA “Salam doctor. Selain dari pendarahan haid, bolehkan doctor menerangkan pendarahan yang tidak normal pada waniat. Sekian, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Apabila seorang wanita mengalami masalah pendarahan yang tidak normal, iaitu pendarahan yang tidak menentu atau berlaku di luar waktu haid yang sepatutnya, berkemungkinan beliau mengalami masalah yang besar. Oleh itu pemeriksaan perlu dijalankan kerana pendarahan sebegitu bermungkinan berlaku disebabkan masalah ketidak-seimbangan hormon, fibroid, PCOS atau masalah lain. Wanita yang hamil juga boleh mengalami masalah pendarahan di luar waktu haid yang sepatutnya. Oleh itu jangan terperanjat jika doktor juga melakukan ujian …

Read More »

Pendarahan tidak berhenti-henti

PENDARAHAN TIDAK BERHENTI-HENTI     “Salam, saya telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang anak. Selepas melahirkan anak pada Ogos 2013 saya dinasihatkan untuk mengambil pil perancang. Saya berhenti makan pil perancang tidak sampai setahun. Selepas itu, saya mengalami pendarahan haid yang banyak. Apabila dirujuk kepada pihak hospital, saya mempunyai fibroid dalam rahim sebesar diameter 3 cm. Dalam tempoh 6 bulan, fibroid saya menghilang tapi saya mengalami masalah pendarahan yang banyak ketika haid. Menurut doktor ia adalah DUB (Dysfunctional Uterine Bleeding).   Setiap bulan, darah yang keluar sangat banyak dan berketul-ketul dan banyak sehingga badan lemah dan pitam. Doktor membekalkan ubat …

Read More »

Bolehkah saya hamil walaupun tidak datang haid?

  BOLEHKAH SAYA HAMIL WALAUPUN TIDAK DATANG HAID?   “Assalamualaikum doctor, saya ingin tanya, adakah saya berpontensi untuk hamil walaupun saya tidak  datang haid? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ia bergantung pada punca tidak datang haid. Jika dari awal tidak pernah mengalami haid, memang terlalu sukar dan hampir mustahil untuk hamil kerana terdapat masalah dalam sistem reproduktif puan.   Tetapi jika pernah mengalami haid, tetapi kitaran haid puan sekarang tidak teratur puan masih lagi boleh hamil walaupun agak sukar sedikit.   Semakin panjang masa untuk puan tidak mengalami haid, semakin sukar peluang puan untuk hamil …

Read More »

Kesan sampingan suntikan perancang keluarga

“Salam doctor. Saya baru berumur 28 tahun dan baru melahirkan anak yang kedua. Saya ingin mengambil kaedah perancang yang selamat kerana kedua-dua anak saya agak rapat.   Untuk pengetahuan doktor, saya pernah mengambil pil perancang keluarga dan bertukar sebanyak tiga jenis pil kerana saya mengalami sakit kepala dan loya yang teruk. Jadi saya bertukar kepada suntikan.   Malangnya semenjak saya mengambil suntikan pula, haid saya juga tidak teratur setiap bulan, kadang kala ada dan tidak, dan pernah keluar selama 15 hari atau kadang kala lebih.   Saya ingin mendapat kepastian, adakah selepas saya berhenti mengambil suntikan hormon akan menyebabkan kesukaran …

Read More »

Bolehkah senggugut menyebabkan sukar hamil?

“Salam doctor. Saya berusia 26 tahun dan masih belum berkahwin. Masalah saya ialah saya sering mengalami masalah senggugut yang teruk. Ada kalanya saya terpaksa ke klinik dan doctor hanya memberikan saya ubat penahan sakit, Ponstan saja. Apa yang membimbangkan saya ialah adakah saya akan mengalami masalah sukar hamil apabila saya berkahwin nanti? Saya merancang untuk berkahwin pada bulan December nanti. Mohon pencerahan, terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM. Sakit akibat senggugut biasanya bersifat ringan dan sementara. Ini bermakna jika seorang wanta mengalami rasa sakit senggugut yang kuat setiap kali haid dan sehingga tidak dapat menjalani rutin hidup sehariannya (seperti tidak …

Read More »

Ambil Ponstan ketika haid

“Salam doktor. Adakah ubat penahan sakit seperti PONSTAN bahaya diambil bagi mengurangkan rasa sakit ketika sengggugut?” WA ALAIKUM MUS SALAM Senggugut adalah masalah biasa yang dihadapi oleh kebanyakan wanita muda. Oleh itu ialah tidak bermakna wanita yang mengalami senggugut mengalami masalah untuk hamil apabila mereka berkahwin kelak. Kesakitan disebabkan senggugut disebabkan oleh otot pada dinding luar rahem mengecut dengan kuat. Pengecutan otot rahem ini bertujuan untuk darah haid yang berketul-ketul ketika di awal permulaan haid dan selalunya darah ini bercampur dengan sedikit sel-sel tisu endometrium pada dinding dalam rahem. Oleh kerana pangkal rahem yang dimiliki oleh seorang wanita muda biasalah lebih …

Read More »

Fungsi Dusphaston dalam Rawatan Keguguran dan Kesuburan

  “Salam.Saya telah hamil selama 16 minggu. Malangnya beberapa hari ini saya mendapati terdapat sedikit pendarahan. Doktor telah melakukan pemeriksaan ultrasound dan mendapati bayi saya berada dalam keadaan selamat. Doktor juga memberikan ubat Dusphaton 10mg untuk diambil dua kali sehari. Boleh saya tahu kenapa doctor memberikan ubat tersebut pada hal kehamilan saya selamat. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mengucapkan tahniah atas kehamilan puan. Pendarahan di awal kehamilan selalunya tanda awal bagi keguguran. Ini bermakna proses keguguran sedang berlaku, selalunya disebabkan sama ada masalah janin yang tidak kuat atau rahem yang tidak kuat.   ‘Janin …

Read More »
error: Content is protected !!