Advertorial
Home » Soalan Ketidaksuburan dan Kitaran Haid (page 2)

Category Archives: Soalan Ketidaksuburan dan Kitaran Haid

Fungsi Dusphaston dalam Rawatan Keguguran dan Kesuburan

  “Salam.Saya telah hamil selama 16 minggu. Malangnya beberapa hari ini saya mendapati terdapat sedikit pendarahan. Doktor telah melakukan pemeriksaan ultrasound dan mendapati bayi saya berada dalam keadaan selamat. Doktor juga memberikan ubat Dusphaton 10mg untuk diambil dua kali sehari. Boleh saya tahu kenapa doctor memberikan ubat tersebut pada hal kehamilan saya selamat. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mengucapkan tahniah atas kehamilan puan. Pendarahan di awal kehamilan selalunya tanda awal bagi keguguran. Ini bermakna proses keguguran sedang berlaku, selalunya disebabkan sama ada masalah janin yang tidak kuat atau rahem yang tidak kuat.   ‘Janin yang tidak kuat’ bermakna telur ovum dan sperma yang bersenyawa mempunyai kualiti yang rendah dan menghasilkan janin yang tidak mempunyai kekuatan untuk terus hidup apabila dilahirkan kelak.   Keguguran disebabkan ... Read More »

Implanon dan Kitaran haid tidak menentu

  “SALAM… Dr Zubaidi, saya hendak bertanya sikit, semasa anak saya baru berumur 4 bulan dan saya sudah pasang implan untuk merancang keluarga. Pada mulanya saya mencuba suntikan sebanyak 2 kali, kemudian saya terus ke LPPKN untuk memasang implan. Masa saya pasang saya perasan ada datang haid sikit saja. Kemudian selepas dua kali, haid saya mula tidak datang langsung. Kini anak saya berumur 1 tahun 1 bulan. Saya bimbang hal ini akan menjejaskan kesihatan saya. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Doktor biasanya akan menggunakan alat perancang keluarga yang dimasukkan ke bawah kulit lengan puan, sama ada Nexplanon atau Implanon, mengandungi mengandungi etonogestrel.   Alat ini akan menghalang ovulasi pada pada wanita yang menggunakannya, jadi menyebabkan seorang wanita itu tidak subur.   Antara  kesan sampingan yang biasa berlaku ... Read More »

Haid tidak menentu selepas melahirkan anak,

  “As salam mu alaikum. Dr, saya baru melahirkn anak bulan September 2013. Saya hanya datang haid pada Jan 2014 sekali saja. Sampai sekarang bulan April, saya belum kedtangan haid lagi. Ujian UPT saya negatif dan saya mengambil pil perancang keluarga. Mohon pencerahan, doktor. Terima kasih” Dr Zubaidi Hj Ahmad WA ALAIKUM MUS SALAM Untuk mendapat kitaran haids yang normal seperti kitaran haids sebelum hamil, akan mengambil masa yang lebih lama kerana wanita-wanita sedang mengalami perubahan hormone dan tubuh mereka sedang mengatur semula ketidakseimbangan ini. Namun ini semua bergantung pada individu. Jadi jika darah haids yang keluar sama ada terlalu sedikit, terlalu banyak, hanya beberapa hari atau berpanjangan sehingga melebihi 15 hari adalah menjadi kebiasaan pada beberapa bulan selepas keguguran atau melahirkan anak. Namun begitu jika keadaan ini berulang selama ... Read More »

Merancang Tidak Hamil Tanpa Pil dan Suntikan

  Ramai pasangan yang bertanya bagaimana untuk mengelakkan kehamilan tanpa menggunakan pil atau suntikan perancang. Salah satu cara ialah menggunakan kaedah pengiraan hari subur. Untuk tidak hamil pasangan suami isteri haruslah mengelakkan dari melakukan hubungan intim pada hari subur.Jika mahu melakukan juga, haruslah menggunakan kaedah menggunakan kondom. Namun begitu ramai yang gagal untuk tidak hamil kerana tidak dapat mengira dengan tepat hari subur mereka. Untuk menggunakan kaedah ini, diminta pasangan suami isteri tidak mengadakan hubungan intim pada hari ke 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan. Maksudnya untuk lebih selamat, kena ‘berpuasa’ 10 hari pada hari ke 10 hingga 19 kitaran haid. Walaupun ada doktor yang mengatakan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur, namun ia lebih berisiko.Jika tidak mampu ‘berpuasa’ pada hari tersebut, masih boleh guna kaedah kondom.   ... Read More »

Hari terbaik untuk melakukan hubungan intim

Telur ovum tidak hidup lama, hanya 1-2 hari sahaja. Dan ALLAh hanya mencipta satu telur ovum dalam setiap kitaran haid. Sementara sperma pula hidup lebih lama antara 3-5 hari dan ALLAh mencipta berjuta-juta apabila dilepaskan ke dalam faraj isteri. Apabila seorang suami melakukan hubungan intim bersama isteri, pada masa 3 hari sebelum hari subur, atau 2 hari selepas hari subur, maka seorang isteri mem[unyai peluang yang cerah untuk hamil. Saya menasihatkan bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap selama 28 hari agar melakukan hubungan intim bersama suami pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 kitaran haid untuk meninggikan peluang untuk hamil. Melakukan hubungan intim haruslah dilakukan pada kitaran yang mendatang dan diteruskan sehingga hamil. Jangan mudah berputus asa dengan rahmat ALLAH.   IKLAN Bagi wanita yang mengalami ... Read More »

Kitaran Haid yang normal

Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi ada wanita yang mengalami kitaran yang pendek dan panjang tetapi masih lagi normal jika kitaran haidnya antara 21 hingga 35 hari. Dalam kitaran haid yang berlaku selama 28 hari, fasa yang berlaku ialah: Hari 1-7 Dalam masa ini berlaku fasa pengeluaran darah haid. Sebaik-baiknya pada hari pertama haid, setiap wanita menadakan pada kalendar bagi tujuan merancang keluarga sama ada mahu hamil atau mengelakkan kehamilan. Hari 7-14 Dalam masa ini dinamakan fasa follicular di mana tahap hormon estrogen meningkat dalam tubuh seorang wanita. Pada rahem wanita, dinding rahem akan menebal bagi persediaan untuk hamil. Ovum dalam ovari pula mematangkan diri untuk dikeluarkan ke saluran fallopian bagi tujuan persenyawaan. Hari 14 Pada masa ini proses ovulasi bermula di mana telur ... Read More »

Haid tak datang selepas gunakan Postinor

  “Assalammualaikum doctor. Saya ingin bertanya. Saya sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Minggu lepas saya ada melakukan hubungan intim bersama suami saya, dan disebabkan kami berada jarak jauh, saya merancang menggunakan postinor 2 tuk mngelakkan hamil. Masalah saya kenapa saya masih belum dating hai, sedangkn saya dah mengambil kedua2 biji seperti yang di sarankan. Seseblum ini saya tiadak ada masalah apabila ambil postinor. Mohon pencerahan”   Wa alaikum mus salam.   Semua ubat-ubatan pencegah kehamilan mempunyai kesan sampingan. Paling biasa kesan sampingan adalah kecil, namun ada beberapa kesan sampingan yang boleh menjadi lebih serius.   Saya harap puan mengambil Postinor atas saranan doctor dan bukan membelinya sendiri dari farmasi. Ini kerana pil perancang keluarga memerlukan pemantau doctor terhadap kesan-kesan sampingan sebelum dan selepas mengambil Postinor..   Antara kesan ... Read More »

Implanon, Haid Tidak Menentu dan Sukar Solat

Assalamualaikum Dr Zubaidi , maaf menganggu doctor. Saya ingin bertnya. Saya menggunakan alat suntikan susuk perancang keluarga implanon. Semenjak memakainya , saya mengalami kitaran haid yang tidak menetu. Darah kekadang ada , kekadang tidak ada, kadang-kadang tengahari keluar, darah pekat sikit-sikit saja macam orang dah hari last haid.  Bila malam tiada pulak, lepas 2-3jam darah itu ada semula. Bila tiada darah saya mandi hadas. Bila saya solat dank e bilik air, darah itu ada semula. Soalan saya macam mana saya nak solat? Saya keliru lah doctor. Mohon pencerahan.       Wa alaikum mus salam.   Salah satu dari kesan sampingan dari suntikan pencegahan kehamilan, implanon ialah kitaran haid menjadi tidak menentu. Sama ada pendarahan haid menjadi panjang atau sedikit.   Darah haid yang normal akan keluar selama dua minggu ... Read More »

Implanon : Hukum dan Kesan Sampingan

  ”Saya ingin pencerahan mengenai pemakaian kaedah perancang keluarga, implanon yang dimasukkan ke lengan, boleh menyebabkan didatangi haid lebih daripada 15 hari.Adakah saya menunggu sehingga pendarahan itu berhenti, baru boleh melakukanhubungan intim bersama suami? Ini disebabkan oleh saya mengalami pendarahan haidyang melebihi 15 hari. Mohon pencerahan doktor menjawab kemusykilan saya ini”     Wa alaikum mus salam.   Hukum menggunakan kaedah perancangan keluarga secara implanon dari perspektif Islam, adalah harus, kerana ia bersifat sementara.   Islam memberi keharusan sekiranya ada sebab-sebab syar’ie seperti isteri terlalu lemah kerana sakit atau salah seorang pasangan membawa penyakit keturunan atau kehamilan yang kerap boleh memberi kesan kepada jiwa dan kesihatan isteri.     Ini adalah berdasarkan keputusan Muzakarah JawatankuasaFatwa Majlis Kebangsaan kali ke-12 pada 20 Januari 1977 yang membincangkan penggunaan kaedah perancang keluarga secara ... Read More »

Wanita bermisai dan berbulu tebal

  “Assalamu’alaikum doktor saya mempunyai masalah bulu yang tebal dan sehingga kelihatan bermisai. Saya risau kerana beberapa rakan saya selalu mengusik saya dan mengalatakan saya mempunyai hormone lelaki. Mengapa wanita seperti saya boleh tumbuh misai? Mohon pencerahan”       Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah saudari. Ini sebenarnya ujian ALLAH untuk saudari, semoga saudari dapat bersabar dan tidak berputus asa mencari rawatan terbaik untuknya.   Dalam bahasa perubatan, wanita yang mempunyai bulu yang berlebihan di kawasan tubuh yang tertentu dinamakan “hirsutism”. Ia bukanlah penyakit tetapi adalah tanda sesuatu penyakit.   Bulu yang berlebihan selalunya tumbuh di bahagian muka, leher, kaki dan tangan, tubuh, dada, payudara, pinggang belakang, bahagian atas kawasan ari-ari dan bahagian dalam peha.   Hirsutism boleh disebabkan oleh:   1.         Pengeluaran hormon lelaki androgen ... Read More »

Haid tidak normal dan sukar hamil walaupun telah mencuba pelbagai produk.

  “As Salam mu alaikum. Mohon doktor boleh bantu menasihatkan saya. Saya telah berkahwin hampir dua tahun, dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Pada tahun pertama perkahwinan, haid saya teratur dan tiada masalah untuk datang haid setiap bulan. Doktor sakit puan yang memeriksa saya juga mendapati rahim saya normal dan subur.   Tapi masuk tahun kedua, ditambah dengan stress kerja, haid saya mula tidak teratur. Kali terakhir saya bertemu dengan doktor pada bulan Jun 2013 yang lepas dan doktor sakit puan mendapati ada ketumbuhan polyp di dalam rahim saya yang menyebabkan dinding rahim tebal dan tidak haid. Jadi doktor memberikan ubat hormon supaya darah turun.   Setelah semua darah dan ketulan polyp keluar secara semulajadi melalui haid, doktor melakukan pemeriksaan dan mendapati rahim saya sudah kembali normal. Beliau membekalkan Evening ... Read More »

Haid Dua Kali selepas Henti Pil Perancang

  “As salammu alaikum, doktor. Saya keliru dgn period yg sy alami sekarang. Saya sudah berkawin dan mempunyai seoorg anak berumur 2 tahun dan melahirkan secara pembedahan caserian. Saya bercadang mahu menambah anak pada tahun depan.   Saya mengalami haid pada 11.12.13 dan haid semula pada 28.12.13. Saya sudah menghentikan pengambilan pil perancang keluarga pada bulan Nov. Mengapa kitaran haid saya tidak normal? “   Wa alaikum mus salam. Saya memahami kerisauan puan.   Puan mengalami masalah kitaran haid seperti ini kerana tahap hormon wanita puan (yang dibekalkan melalui pil perancang keluarga) tiba-tiba merudum keran puan baru menghentikannya.   Ini menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan puan mengalami dua kali had dalam masa sebulan.   Saya mencadangkan puan membiarkan saja. Namun jika berulang selama 3 bulan berturut-turut, saya mencadangkan puan menjalani pemeriksaan ... Read More »

Apa punca hormon FSH saya tinggi?

  “Assalamulaikum doctor, saya wanita berusia 36 tahun dan sudah berkahwin 3 tahun. Saya belum pernah hamil dan pemeriksaan kesuburan baru-baru ini mendapati bahawa saya mengalami tahap hormone FSH yang tinggi. Doktor memberitahu bahawa ia adalah punca masalah saya tidak dapat hamil. Mohon penjelasan doctor. Terima kasih.”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Semoga puan bersabar dan terus berusaha.   Bagi wanita yang berusia melebihi 35 tahun, saya memang menasihatkan agar segera mendapatkan rawatan kesuburan sekiranya telah berkahwin 6 bulan tetapi masih belum hamil dan suami pula tinggal sekali bersama.   Rawatan kesuburan haruslah dilakukan oleh sepasang suami dan isteri agar masalah kesuburan yang sebenar dapat dikenalpastikan dan dirawat.   Dalam hal ini, saya percaya bahawa suami puan juga telah melakukan pemeriksaan. ... Read More »

Peringkat Endometriosis dan Kesuburan

PERINGKAT ENDOMETRIOSIS DAN KESUBURAN     “As salam mu alaikum. Doktor baru-baru ini saya mengalami senggugut yang kuat. Sebelum ini pun kitaran haid saya tidak teratur. Doktor melakukan pemeriksaan ultrasound dan mengatakan saya mengalami endometriosis. Saya juga diberitahu bahawa saya akan mengalami masalah kesukaran untuk hamil bila berkahwin kelak. Mohon pencerahan. Terima kasih”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpatidengan masalah yang puan alami. Saya doakan agar puan diberikan kemudahan untuk sembuh.   Endometriosis sering dikaitkan dengan masalah sukar hamil dan ketidaksuburan. Namun begitu terdapat peluang bagi wanita yang mengalami endometriosis ini untuk hamil setelah diberikan rawatan, bergantung kepada peringkat endometriosis yang dialami.   Untuk menentukan peringkat endometriosis ini dialami, selalunya doctor akan melakukan pemeriksaan laparoscopy pada wanita itu.   Peringkat I endometriosis: Terdapat beberapa tisu endometriosis kelihatan, ... Read More »

Tidak datang haid selepas melahirkan anak, amalkan majun dan ubat turun darah

  As salam mu alaikum doctor, Untuk pengetahuan doktor sebelum ini kitaran haid saya normal. Selepas kelahiran anak pertama saya mengamalkan makjun untuk mencegah kehamilan dan merancang keluarga. Pada bulan Julai yang lepas saya tidak lagi mengambil makjun kerana merancang untuk hamil semula. Pada bulan Ogos saya tidak mengalami haid dan pemeriksaan doctor mengesahkan saya tidak hamil, saya diberikan ubat turun haid. Pada pertengahan September, haid saya turun setelah memakan ubat itu.   Sebulan lepas itu pada 30/10 haid saya datang walaupun agak lewat. Selepas habis haid saya amalkan EKF dan haid saya pada bulan December masih belum datang. Sudah lewat 2 minggu.   Saya juga mengalami keputihan, rasa sakit pinggang dan sakit badan. Perut saya terasa buncit dan keras. Pemeriksaan UPT pada hari ke-5 miss period adalah  negative. Hari ... Read More »

Pendarahan haid yang banyak di kalangan wanita muda

  “Salam doktor. Saya berumur 31 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami senggugut yang kuat dan selalunya disertai dengan pendarahan haid yang banyak dan panjang semenjak belajar di universiti. Ini menyebabkan kitaran haid saya tidak terartur. Saya menukarkan sekurang-kurangnya 10 tuala wanita sehari dalam hari pertama.    Baru-baru ini saya mengalami rasa mudah letih, cepat penat dan semput apabila menaiki tangga di tempat kerja. Rakan-rakan saya mengatakan mungkin ada gangguan jin kerana kitaran haid saya tidak teratur. Mohon penenrangan”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang saudari alami. Malangnya saya tidak dapat memberikan komen mengenai gangguan jin kerana saya bukanlah orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai jin.   Mengenai kitaran haid puan yang banyak dan panjang, selalunya lebih disebabkan oleh masalah hormone yang tidak seimbang. Jika ... Read More »

ENDOMETRIOSIS BOLEH BERLAKU PADA WANITA YANG BELUM BERKAHWIN

ENDOMETRIOSIS BOLEH BERLAKU PADA WANITA YANG BELUM BERKAHWIN     Endometriosis adalah satu penyakit biasa berlaku di kalangan wanita, termasuk wanita yang belum berkahwin. Malangnya mereka  tidak mengetahui.   Ramai wanita muda yang menderita dalam diam sebab mereka tidak mengetahui bahawa masalah yang mereka alami untuk sekian lama sebenarnya adalah tanda awal endometriosis.   Antara tanda mengalami endometriosis adalah sakit teruk di bahagian dalam perut, kesakitan semasa atau selepas hubungan kelamin, sakit semasa kedatangan haid, selalunya mengalami pendarahan haid yang banyak, pendarahan haid yang sedikit di antara tempoh haid dan mengalami masalah sukar hamil.   Kesakitan ketika kedatangan haid dan kitaran haid yang tidak menentu, biasanya tidak merisaukan wanita-wanita muda ini.   Namun apabila mereka berkahwin dan belum lagi hamil setelah memasuki 2 tahun perkahwinan, maka mereka berjumpa doctor dan ... Read More »

Kitaran Haid Tidak Menentu Akibat Majun

“Assalamu alaikum doctor, saya mempunyai masalah tidak didatangi haid selepas berhenti makan ubat rancang kehamilan ( sejenis makjun ). Saya didatangi haid pada bulan 12.7.2013  dan pada bulan Ogos, saya tidak didatangai haid. Saya sudah membuat ujian UPT tetapi negatif. Selepas itu pada 15.09.2013 saya mengambil keputusan untuk berjumpa doktor dan meminta ‘ubat turun haid’ kerana saya tidak selesa dengan badan saya yang sakit-sakit, mungkin disebabkan oleh perubahan hormon.   Selepas makan ubat itu sebanyak 5 biji dan 5 hari saya didatangi haid selama 8 hari. Selepas pada itu saya masih lagi tidak didatangi haid sehingga 30.10.2013. Boleh saya tahu punca saya jadi macam itu. Sebelum ini, haid saya teratur. Untuk pengetahuan doctor, saya ingin untuk hamil lagi. Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Punca masalah puan ialah puan mengalami ... Read More »

Kesan Mengambil Pil Perancang Kehamilan

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya berusia 36 tahun, ibu tiga anak berusia 8 hingga 13 tahun. Berat 49 kilogram dan tinggi 145 sentimeter. Saya mengamalkan pil perancang ‘Mercilon’ selama tujuh tahun yang dibeli di klinik atau farmasi. Masalahnya, sejak berhenti mengambil pil berkenaan, haid saya sangat sedikit dan ada juga tidak datang haid pada bulan tertentu. Saya amat bimbang, apa yang harus dilakukan”. Jawapan: Wa alaikum mus salam. Pil perancang kehamilan seperti Mercilon, sememangnya haid akan menjadi sempurna iaitu kitarannya tetap setiap 28 hingga 30 hari. Inilah kebaikan pil perancang kehamilan selain dari menghalang kehamilan. Oleh itu ramai doctor yang mencadangkan pengambilan pil perancang kehamilan sebagai sebagai rawatan untuk membetulkan kitaran haid yang tidak menentu.  Walau bagaimana pun pil perancangan kehamilan ini adalah sebahagian dari rawatan hormone. Ia harus diberikan ... Read More »

Gegaran otak akibat kemalangan dan kitaran haid tidak teratur

    As salam mu alaikum doctor, saya hendak bertanya doktor. Pada tahun lepas saya mengalami kemalangan jalanraya dan hanya cedera ringan tetapi menerima hentakan yang kuat di kepala sehingga hilang ingatan buat sementara.   Selepas kemalangan tersebut kitaran haid saya menjadi tidak teratur dan sedikit. Beberapa bulan kebelakangan ini, haid saya hanya keluar secara sempurna pada hari pertama dan pada hari-hari berikutnya, haid saya sedikit dan kadang-kala mengeluarkan ketulan darah beku. Ada kalanya ia hanya lendiran bersama darah sahaja.   Kitaran haid saya berlaku hanya selama 5hari dan kemudian kering. Sekarang ini menjadi tidak teratur.   Apakah saya mengalami darah beku ada dalam rahim atau adakah rahem saya tersumbat? Adakah akibat kemalangan itu, rahem saya menjadi jatuh atau terbalik?   Adakah ia boleh dirawat? Buntu saya memikirkan nya. Saya ... Read More »

Ikat Peranakan boleh sebabkan menopause?

    Assalamu’alaikum doc. Saya berusia 34 tahun dan mempunyai dua orang anak berusia 8 dan 5 tahun. Saya ingin bertanya mengenai kesihatan saya. Saya telah menjalani proses mengikat peranakan (BTL) pada tahun 2010 kerana mempunyai risiko ketika melahirkan anak. Sebelum ini saya mempunyai kitaran haid yg baik & teratur setiap bulan. Soalan saya: 1- apakah risiko apabila sesorang wanita melakukan BTL? Adakah ia akan menyebabkan sesorang cepat menapause? 2-Jadual kitaran haid saya sepatutnya 1hb Okt namun sehingga kini saya belum didatangi haid & tiada simptom didatangi haid biasa saya hadapi seperti senggugut, kembung perut atau sakit di bahagian pinggang. 3-Sejak akhir-akhir ini ini vagina saya kering walaupun ketika “bersama” suami & ini menyebabkan vagina saya sakit & perit. Mungkinkah saya mengalami simptom menopause? Apakah yang perlu saya lakukan? Saya ... Read More »

Pendarahan selepas haid

    “Salam doktor. Saya mengalami pendarahan yang tidak banyak berwarna merah gelap, sebaik saja haid haid tamat selepas dua hari selama beberapa hari. Minggu lepas saya sudah pergi berjumpa doctor dan diberitahu bahawa saya mengalami perubahan hormon. Pemeriksaan UPT negatif, dan pemeriksaan ultrasound tidak menunjukkan saya hamil. Doktor itu memberikan “ubat henti darah”.  Apabila saya makan ubat itu, pendarahan berhenti. Selepas beberapa hari, pendarahan berlaku semula. Adakah saya keguguran?”   Wa alaikum mus salam.   Puan telah melakukan pemeriksaan UPT dan ultrasound dan menunjukkan bahawa puan tidak hamil. Jadi mustahil berlaku keguguran pada wanita yang tidak hamil.   Darah yang keluar sebenarnya adalah darah haid. Puan mengalami pendarahan selepas tamat tempuh haid kerana darah haid yang tidak habis keluar dari rahem. Warna menjadi gelap kerana ia berada lama dalam ... Read More »

Adakah Ovarian Cyst Merbahaya?

 “Doktor adakah ovarian cyst merbahaya dan dianggap sebagai kanser?” Kehadiran cyst pada ovari setiap bulan adalah normal bagi semua wanita. Semua wanita yang sihat dan subur akan menghasilkan cyst pada ovary mereka. Ovarian cyst seperti ini disebut ‘functional ovarian cyst.’ Cyst ini mengandungi ovum atau telur/benih perempuan, dan cyst ini akan pecah untuk mengeluarkan ovum itu apabila mencapai saiz lebih kurang 20mm, atau 2cm diameter. Apabila ovum telah keluar dari ovarian cyst yang pecah ini, menyebabkan tiada lagi ovarian cyst. Pada kitaran haid yang berikutnya, ovarian cyst yang baru pula akan muncul, membesar dan mempunyai peranan yang sama . Secara amnya, apabila saiz ovarian melebihi 20mm atau 2cm diameter dan tidak pecah, maka ia akan memberikan masalah. “Adakah wanita yang memgalami ovarian cyst dapat dikenalpasti?” Sebenarnya tiada tanda-tanda awal bagi ... Read More »

Panduan untuk hamil selepas usia 35 tahun

    Lelaki dan wanita yang baru mendapat jodoh dan merancang untuk mendapatkan zuriat, mereka harus melakukan lebih banyak usaha. Ini kerana tahap kesuburan mereka semakin menurun dan memerlukan lebih banyak suplemen untuk mengekalkan kesuburan mereka.   Kesuburan yang rendah akan menyebabkan kehamilan semakin sukar dan mengambil lebih banyak masa.   Ramai pasangan yang sudah berumur 35 tahun ke atas yang berputus harap. Padahal kebanyakan mereka masih berpeluang untuk menimang cahaya mata sendiri asalkan terus berusaha dan berdoa kepada ALLAH.   Dalam Al Quran, Allah menyatakan keadaan ini dengan jelas.   “Atau Ia (ALLAH) mengurniakan mereka kedua-duanya,  anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia (ALLAH) juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya  mandul. Sesungguhnya Ia (ALLAH) Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.” (Surah Asy-Syura: 50)   Selagi belum cukup usaha kita, ALLAH akan menangguhkan kurniaanNYA. Inilah ... Read More »

Kitaran Haid tidak berjaya dirawat dengan Clomid dan Proglyluton

Salam Dr.. Saya mohon Dr dapat tolong saya bagaimanakah untuk saya mengetahui hari subur. Dari zaman remaja recycle period saya antara 35-45 hari.walaubagaimanapun, saya xpernah miss period. Saya telah berkahwin pada Feb 2012. Pada April 2012 doktor detect saya mengandung luar rahim.tiub sebelah kanan telah dibuang. selepas operation itu, period saya tidak datang 2-3 bulan.kadang2 saya terpaksa ambil ubat turun darah. Pada awal tahun 2013, saya mendapatkan rawatan di hospital pakar.doktor kata saya pcos melalui ujian darah. rahim saya pula jenis terbalik.lain2 semuanya ok. doktor beri rawatan dgn mkn ubat metaformin dan progyluton. dan baru2 ini saya diberikan clomid. Di sini saya berikan jadual period saya:   Bermula Jan, saya start makan progyluton. Start 25 Feb saya stop makan progyluton kerana doktor nak tgk cycle saya ok tak selepas mkn ... Read More »

Keluar tompokan darah selepas menggunakan EKF

      Assalamualaikum doc. Sy telah menggunakan ekf selama 20 hari. Sebelum kahwin period sy teratur.lepas 2,3 bulan berkahwin, sy x dtg haid selama 3 bulan.doc d klinik yg sy pegi bg sy ubat hormon, lpas seminggu lbih sy kluar haid slama 4 hari…tp malangnya, bulan seterusnya x dtg haid dah. So, sy tryla ekf. Spjg mkn ekf, ada sekali kluar tompokan coklat berbau darah. Esok xde dah. Hari ke 20 ni pula kluar cairan putih jernih, perut sy kembung dan asyik buang angin, letih asyik nak tertidur. Apakah tanda period sy dh normal? Atau jangkitan d V sy?   Terima kasih, smoga doc dpt membalas dan mnjawab mslh saya.   Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikummussalam. Biar saya ringkaskan masalah yang puan hadapi. Puan mengalami masalah kitaran haid ... Read More »

Kacip Fatimah Membantu Kitaran Haid?

  “Assalamualaikum doktor,saya sudah berkahwin selama 2 tahun 3 bulan dan belum dikurniakan zuriat. Berat saya 88kg tinggi 158. Masalah saya ialah kitaran haid saya tak teratur, dan sekarang period saya yang terakhir ialah pada bulan dec tahun lepas, sehingga bulan Jun tahun ini, saya masih tidak datang haid.   Saya sudah mengambil suplemen EKF selama 5 minggu. Pada minggu ke4, bahagian bawah perut rasa sakit seperti mahu datang haid, rasa sakit selama 5 hari. Saya rasa ngilu dan mmg rasa mcm nak period, setiap kali buang air kecil, selalu check kalau-kalau ada darah keluar, tapi tak ada. Sekarang dah masuk minggu ke 5 makan pil suplemen EKF. Rasa sakit di bahagian bawah perut  sudah tidak ada. Sekarang rasa mcm biasa saja, adakah ia normal ?”   Jawapan: Wa alaikum ... Read More »

Apakah saya mengalami menopause?

  Assalamualikum, Dr. Zubaidi ,   Saya berumur 45 tahun dan belum berkahwin . Situasi saya pernah menjalani major operation sebanyak 3 kali berkaitan dgn perut iaitu endometriosis , hernia dan yg terakhir usus bocor pada penghujung tahun 2011. Sejak dari itu saya hanya didatangi haid pada Jan 2012 selepas itu pada bulan Mac , Jun 2012 dgn pengeluaran haid yg byk . Seterusnya bulan Sept jumlah yg sedikit , Nov 2012 terlalu sedikit saja . Sejak dari itu saya tidak didatangi haid sehingga skrg sedangkan sebelum pembedahan pada 2011 putaran haid saya adalah normal . Tidak pernah mengalami masalah sengugut. Soalan saya, adakah  saya sedang mengalami pre menopause . Di harap Dr. dapat membantu saya . TQVM Dr. Zubaidi .   Walaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan ... Read More »

PENDARAHAN SELEPAS HAID

PENDARAHAN SELEPAS HAID Salam doctor, saya ingin bertanyakan satu soalan. Saya adalah seorang pelajar luar negara. Saya mengalami pendarahan selepas haid hampir setiap bulan semenjak lima tahun yang lalu.Kebaisaannya pendarahan itu berlaku dalam tempoh dua tiga hari selepas saya habis haid dan belanjutan sehingga 5-7 hari. Saya sudah berjumpa doktor di negara yang saya belajar tetapi hanya mentertawakn saya dan katanya itu hanya ovulation spotting. Tetapi ape yang merungsingkan saya ialah cecair yang keluar itu agak lama, kadang-kadang berwaran hitam dan keluar dengan cecair seperti air kencing, kadang kala ia keluar bersama-sama dengann lendir yang terdapat darah tetapi tidak begitu banyak, cukup sekadar sya memakai pantyliner..mohon penjelasan doktor.. Pada kebiasaannya, tempoh haid adalah antara tiga hingga lima hari.     Pendarahan selepas haid bermakna berlaku pendarahan keluar dari faraj selepas ... Read More »

Wanita Gemuk Sukar Hamil

“Saya mendirikan rumah tangga empat tahun lalu. Sehingga kini saya belum ada zuriat. Bentuk fizikal saya besar, tetapi suami normal. Saya membuat pemeriksaan dengan klinik kesihatan dan doktor mengesahkan saya normal. Cuma haid saya tidak teratur. Adakah teknik hubungan kelamin saya tidak betul? Apa patut saya lakukan doktor?” Saya amat memahami permasalahan yang sedang dialami oleh puan. Memang agak tepat apa yang puan sangkakan. Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan akan mengalami ketidaksuburan. Berbadan gempal bagi wanita boleh menyebabkan masalah dalam pengeluaran ovum atau benih oleh folikel yang matang atau dalam kenyataan biasa adalah tidak bertelur. Dalam bidang perubatan, keadaan ini dikenali sebagai tiada berlakunya ovulasi.     Sebenarnya seseorang wanita hanya bertelur sekali sahaja sebulan. Indeks jisim badan (BMI) kurang daripada 20 kg/m2 atau melebihi 30kg/m2 akan memberi kesan kepada ... Read More »

Merokok Jejas Kualiti Sperma

SAYA dan isteri berusia 27 tahun dan kami berkahwin hampir dua tahun. Sehingga kini isteri belum hamil. Hasil pemeriksaan menunjukkan saya menghadapi masalah kurang sperma dan tiada sperma aktif. Jumlah sperma yang diukur cuma 13 juta/ml, malah tiada jumlah sperma aktif dan 25 peratus sperma bergerak perlahan. Bolehkah masalah saya diubati kerana kami mahu cahaya mata dan latar belakang keluarga tiada masalah. Saya pernah kemalangan pada 2007 yang mengakibatkan tulang belakang terakhir di bahagian punggung mengalami keretakan. Saya juga kuat merokok sekitar 20 batang sehari. Kerja seharian saya banyak dihabiskan di dalam kereta dan pejabat dan saya juga selalu tidur sekitar jam 12 tengah malam kerana melakukan kerja pejabat di rumah. Disebabkan kekangan kerja, saya juga jarang bersenam. Hampir dua atau tiga bulan sekali baru saya bersenam. Hubungan kelamin juga ... Read More »

Keguguran dan Kitaran Haid Tidak Teratur

    As salam mu alaikum doctor, saya berumur 28 tahun, berat 45kg,tinggi 150cm. Saya baru lepas keguguran pada bulan December 2012. Bila discan jantung bayi tidak dapat dikesan, dan tidak membesar. Doktor beritahu bayi saya telah meninggal dunia dalam rahem. Ketika itu usia kehamilan baru 13 mnggu dan saya dinasihatkan supaya melakukan prosedur D&C. saya keliru mengapa boleh terjadi sebegitu.   Sekarang saya ingin merancang kehamilan semula, tetapi saya tidak pasti kitaran haid saya selepas keguguran. Bagaimana mahu tahu hari subur saya. Terima kasih.     Dr Zubaidi Hj Ahmad:   WA ALAIKUM MUS SALAM..   Saya telah membaca email puan dan bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Saya berdoa agar  ALLAH memudahkan usaha puan untuk mendapat zuriat seperti yang puan harapkan.   Banyak punca yang menyebabkan keguguran di ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!