As salam mu alaikum doctor, saya berumur 28 tahun, berat 45kg,tinggi 150cm. Saya baru lepas keguguran pada bulan December 2012. Bila discan jantung bayi tidak dapat dikesan, dan tidak membesar. Doktor beritahu bayi saya telah meninggal dunia dalam rahem. Ketika itu usia kehamilan baru 13 mnggu dan saya dinasihatkan supaya melakukan prosedur D&C. saya keliru mengapa boleh terjadi sebegitu.
Sekarang saya ingin merancang kehamilan semula, tetapi saya tidak pasti kitaran haid saya selepas keguguran. Bagaimana mahu tahu hari subur saya. Terima kasih.
Dr Zubaidi Hj Ahmad:
WA ALAIKUM MUS SALAM..
Saya telah membaca email puan dan bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Saya berdoa agar ALLAH memudahkan usaha puan untuk mendapat zuriat seperti yang puan harapkan.
Banyak punca yang menyebabkan keguguran di awal kehamilan. Antaranya ialah kualiti sperma dan ovum tidak cukup baik, menyebabkan janin yang dihasilkan mengalami masalah tidak kuat untuk meneruskan kehamilan.
Saya ada menulis beberapa artikel mengenainya dalam blog. Puan boleh memanfaatkannya dari sana.
https://drzubaidi.com/blog/?p=3635
https://drzubaidi.com/blog/?p=1410
Selepas keguguran selalunya doktor akan menasihatkan agar puan ‘berehat’ dan tidak hamil semula sekurang-kurangnya 3 bulan, agar boleh menyembuhkan kecederaan pada rahem dan menstabilkan semula hormone puan.
Ini kerana ketika keguguran, selalunya tahap hormone yang sedang tinggi, tiba-tiba menjunam dan menyebabkan ketidakseimbangan hormone dan kitaran haid puan menjadi tidak teratur.
Apabila haid tidak teratur selalunya sukar untuk mengira hari subur.
Keguguran juga menyebabkan rahem yang masih belum matang untuk melahirkan, mengalami kecederaan apatah lagi jika melalui prosedur D&C. Kecederaan pada rahem mengambil masa untuk dirawat.
Saya mencadangkan puan mengambil suplemen seperti folic acid dan Ekstrak Kacip Fatimah yang membantu memulihkan kecederaan rahem selepas keguguran dan prosedur D&C serta memberikan tenaga pada wanita.
Ekstrak kacip fatimah keluaran UTM ini sangat disyorkan kepada wanita yang mempunyai masalah keletihan kerana ia membantu meningkatkan sel darah merah dalam tubuh.
Wallahu a’lam.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :
https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz