“Assalamulaikum doctor, saya wanita berusia 36 tahun dan sudah berkahwin 3 tahun. Saya belum pernah hamil dan pemeriksaan kesuburan baru-baru ini mendapati bahawa saya mengalami tahap hormone FSH yang tinggi. Doktor memberitahu bahawa ia adalah punca masalah saya tidak dapat hamil. Mohon penjelasan doctor. Terima kasih.”
Wa alaikum mus salam.
Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Semoga puan bersabar dan terus berusaha.
Bagi wanita yang berusia melebihi 35 tahun, saya memang menasihatkan agar segera mendapatkan rawatan kesuburan sekiranya telah berkahwin 6 bulan tetapi masih belum hamil dan suami pula tinggal sekali bersama.
Rawatan kesuburan haruslah dilakukan oleh sepasang suami dan isteri agar masalah kesuburan yang sebenar dapat dikenalpastikan dan dirawat.
Dalam hal ini, saya percaya bahawa suami puan juga telah melakukan pemeriksaan.
Berbalik kepada masalah yang dihadapi oleh puan.
Follicle Stimulating Hormone, biasanya disebut sebagai FSH, adalah hormon dalam tubuh seorang wanita yang sangat penting untuk membolehkannya hamil.
Paras hormone FSH yang normal di bawah 10 mIU/ml.
FSH dihasilkan oleh kelenjar Pituitari yang berfungsi merangsangkan kematangan kelenjar ovary untuk menghasilkan telur ovum pada setiap bulan.
Antara faktor semulajadi yang mempengaruhi peningkatan hormone FSH dalam tubuh ialah factor umur. Tiada sebab yang memudaratkan atau penyakit yang berbahaya.
Setakat in tiada ubat yang diberikan oleh doctor di klinik untuk menurunkan kadar FSH dan tubuh, kecuali ubat-ubat hormon.
Ubat-ubat hormone adalah ubat yang terkawal dan harus diberikan oleh doctor setelah berbincang dengan terperinci tentang kos, manfaat dan kesan sampingan yang mungkin dihadapi.
Bukan semua ubat hormone memberikan kesan yang sama kepada wanita, jadi perbincangan dengan doctor sangat penting sebelum mengambil apa-apa ubat hormone.
Saya mencadangkan kepada wanita yang mengalami tahap hormone FSH yang tinggi agar mengambil suplemen Ekstrak Kacip Fatimah bagi membantu ketidakseimbangan ini. Boleh klik gambar di bawah ini.

Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM adalah suplemen yang mengandung ekstrak herba yang mengandungi phytoestrogen yang bertindak yang menjaga tahap FSH dalam tubuh secara semulajadi, kesan perlahan dan selamat.
Wallahu a’lam
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my
Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-4866968180674