KITARAN HAID TIDAK MENENTU SELEPAS MENUKARKAN IUCD BARU
“Saya baru membuka IUCD dan telah menukarkannya dengan yang baru. Sebelum ini kitaran saya teratur, tetapi sekarang saya mengalami haid hanya sehari saja selepas memasang IUCD yang baru. Adakah ini kesan daripada IUCD yang menghalang pengeluaran darah haid? Saya risau darah kotor berkumpul dan muncul pula penyakit lain. Mohon pencerahan. Terima kasih”
WA ALAIKUM MUS SALAM
IUCD adalah alat pencegah kehamilan, berbentu seperti “T” yang dimasukkan ke dalam rongga rahem. Ia boleh bertahan kira-kira 3 tahun dan IUCD baru akan dipasang pada hari yang sama selepas IUD yang lama dikeluarkan.
Wanita yang menggunakan IUCD mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu pada awal waktu penggunaannya. Lama waktu gangguan terhadap kitaran haid bergantung kepada jenisnya.
Ia adalah sebahagian dari kesan sampingan yang tidak berbahaya.
Jika puan menggunakan IUD yang mempunyai hormone progestin, kitaran haid selalunya terganggu dalam tempuh tiga hingga enam bulan pertama. Selalunya penggunakan akan mengalami kitaran haid yang panjang, dan hanya datang haid sekadar setitik atau ‘spotting’ untuk sehari dua saja. Selepas itu kitaran haid menjadi seperti biasa pada akhir tahun pertama.
Jika puan menggunakan IUD jenis gulungan tembaga, kitaran haid akan menjadi tidak teratur dalam tempoh antara tiga hengga enam bulan pertama. Kitaran haid menjadi lebih panjang, bermakna puan lama tidak mengalami haid. Jika datang haid mungkin darah yang keluar agak banyak dan berketul-ketul.
Pendarahan yang banyak sehingga berketul-ketul boleh dirawat dengan ubat pil hormone dan pil zat besi bagi mencegah berlakukanya kekurangan darah dalam badan.
Namun jika puan terus mempunyai pendarahan yang banyak, saya mencadangkan agar puan mengeluarkan IUCD tembaga itu kerana puan tidak sesuai untuk menggunakannnya.
Puan boleh menggunakan beberapa jenis perancang keluarga yang difikirkan sesuai untuk puan, setelah berbincang dengan doctor.
Jika puan mengalami masalah kitaran haid selepas membukanya (tanpa memasangkan yang baru) saya mencadangkan agar puan menjalani pemeriksaan doctor. Mungkin berlaku ketidakseimbangan hormone yang disebabkan oleh pelbagai factor.
Saya juga mencadangkan agar saudari mengamalkan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM, baik mendapatkan semula keseimbangan hormone.
Wallahu a’lam.
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my
Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/
Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:
