UBAT SENGGUGUT
“Assalamualaikum, saya mengalami senggugut yang agak kuat, sehingga tidak dapat bekerja. Saya belum berkahwin. Apakah rawatan bagi senggugut ini? Terima kasih”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Senggugut kerap dialami oleh golongan wanita ketika datang haid. Ia sering kali menjadi masalah sehingga menganggu kerja-kerja seharian, dan menjadi sebab utama mereka tidak pergi ke sekolah atau kerja.
Senggugut juga dikenali sebagai “dysmenorrhoea”.
Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan wanita, tanpa sebab. Maknanya tiada masalah kesihatan atau penyakit.
Namun ada beberapa wanita yang mengalami senggugut disebabkan oleh masalah penyakit. Antaranya:
- Endometriosis.
- Cyst Ovari dan tumor
- Fibroid.
- Jangkitan kuman pada rahem atau saluran dari rahim ke kilang telur akibat radang di kerangka tulang pelvis
- Masalah struktur rahem yang tidak normal sejak lahir seperti rahim bicornuate (rahem bercabang)
- Penggunaan alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD).
Saya tidak mencadangkan saudari menggunakan sebarang ubat kecuali jika saudari tidak dapat menahan sakit akibat senggugut.
Saudari bolhe minum air secukupnya bagi mengurangkan rasa sakit ketika senggugut. Pastikan minum air 1.5L sehari.
Jika tidak tahan sangat, boleh ambil Panadol yang ada dijual di farmasi atau jika sakit yang dialami terlalu kuat boleh gunakan Ponstan 250mg dan diambil sebanyak tiga kali sehari.
Hentikan pengambilan ubat apabila rakit mula reda.
Bagi wanita yang mengalami senggugut yang kuat saya mencadangkan mengamalkan Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM.
Info lanjut: https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah.
Nasihat saya, lakukan pemeriksaan yang lengkap kerana masalah senggugut ini boleh jadi disebabkan oleh masalah yang lebih serius.
Wallahu a’lam