beza jangkitan kuman dengan bakteria

BEZA JANGKITAN KUMAN VIRUS DENGAN BAKTERIA

viruses

“Salam doctor. Baru-baru ini saya mengalami demam dan doctor telah memberikan ubat antibiotic yang mahal. Perlukah saya menggunakan ubat antibiotic itu sedangkan demam saya tahap sederhana? Mohon penjelasan dan terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Apabila seseorang itu demam, ada dua kemungkinan yang biasa berlaku sama ada pesakit mengalami jangkitan kuman bakteria atau  jangkitan virus.

 

Kedua-dua jangkitan bakteria dan virus boleh menyebabkan demam, menggigil, rasa seram sejuk dan keletihan. Oleh itu sukar untuk membezakan jika seorang yang demam itu mengalami jankitan viral atau bakteria.

 

Kedua-dua jenis jangkitan ini harus dibezakan kerana rawatan bagi keduanya sangat berbeza.  Pada amnya jangkitan virus tidak ada ubat spesifik dan selalunya baik sendiri. Sementara jangkitan bakteria memerlukan ubat antibiotic, dan jika tidak dirawat dengan sempurna mungkin boleh mengancam nyawa.

 

Jika seorang pesakit mengalami jangkitan bakteria, selalunya ia akan mengalami  demam, ruam kemerahan, panas, bengkak, pengumpulan nanah  dan rasa sakit pada tempat yang sakit.

 

Sebagai contoh, dia pesakit mengalami jangkitan kuman pada saluran tekak, pesakit akan mengadu rasa sakit pada tekaknya, demam, sukar menelan dan apabila dilihat, mungkin tonsilnya sangat merah dan bengkak.

 

Oleh itu doctor akanmemberikan ubat antibiotik khusus, yang hanya membunuh bakteria yang menyebabkan penyakit ini.

 

Jangkitan virus pula jarang menyebabkan pengumpulan nanah atau bengkakan pada tempat yang dijangkiti. Pesakit mungkin mengalami demam, ruam merah pada badan dan keletihan.

 

Jika terdapat jangkitan virus pada saluran tekak, pesakit mungkin mengalami hidung berair, selsema batuk dan sakit badan.  Tekaknya tidak bengkak atau merah.

 

Antibiotik tidak mempunyai kesan ke atas jangkitan virus. Ia hanya digunakan untuk jangkitan bakteria.

 

Rawatan untuk jangkitan virus biasanya termasuk minum banyak air sebanyaknya, berehat dan mengambil ubat tahan sakit jika badan terlalu sakit dan ubat-ubatan untuk menurunkan demam.

 

Wallahu a’lam

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!