TANDA SEORANG WANITA MENGALAMI ENDOMETRIOSIS
“Salam doctor, boleh beritahu saya tanda-tanda seseorang itu mungkin mengalami masalah endometriosis?”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Endometriosis adalah sejenis penyakit wanita yang belum dikenalpasti punca sebenar bagaimana ianya terjadi. Terdapat teori yang memberikan penjelasan bahawa darah haid yang sepatutnya keluar dari rahem melalui faraj, telah berundur ke belakang telah membawa bersama tisu endometrium, masuk ke dalam saluran fallopian dan akhirnya keluar dalam peritoneum (bahagian abdomen).
Ini menyebabkan membesar saiznya dalam pelvis dan berdarah seperti mana kitaran haid ke dalam abdomen.
Tanda-tanda seorang wanita itu mungkin mengalami endometriosis ialah apabila mereka yang mengalami masalah gangguan haid, seperti senggugut, haid yang berpanjangan dan berlebihan, atau haid yang tidak tentu masa .
Ini menyebabkan masalah keputihan yang mungkin akan menyebabkan:
- jangkitan kuman pada pangkal rahem
- kesukaran untuk hamil
- keguguran yang berulang,
Oleh itu apabila seorang wanita mengalami sakit senggugut yang keterlaluan pada usia muda 20an, elok menjalani pemeriksaan.
Antara tanda senggugut yang kuat ialah:
- rasa sakit yang luar biasa ketika haid dan semakin lama rasa sakit akan menjadi semakin kuat
- rasa sakit pada kawasan punggung terutama sekitar tulang ekor
- rasa sakit di bahagian bawah perut
- rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual atau selepas melakukannya.
- Rasa sakit seperti ada pergerakan usus atau rasa mahu buang air besar ketika datang haid
- Berlaku pendarahan yang tidak normal di antara kitaran haid.
- Rasa letih dan mudah penat ketika dating haid
Selalunya rasa sakit ini berulang-ulang setiap kali haid dating dan ubat-ubat yang dibeli dari farmasi selalunya berkesan untuk seketika saja.
Wallahu a’lam.
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my
Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/
Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah: