“Assalamulaikum. Dr saya nak bertanya, saya bersalin secara pembedahan Ceaser pda tahun 2014, Saya pernah mengambil suntikan perancang depo selama 3 bulan, kemudian saya berhenti dan mengambil pil prancang selama 8bulan. Setelah berhenti mengambil pil prancang, kitaran haid saya jadi tidak menentu. Saya mengalami pendarahan selama sebulan. Berapa lama kesan pil perancang akan hilang,dan boleh hamil. Sebab saya sudah 7 bulan tidak lagi mengambil pil perancang. Terima kasih”.
WAALAIKUM MUS SALAM
Masalah puan berkaitan dengan kitaran haid tidak menentu setelah menggunakan suntikan perancang dan pil pencegah kehamilan. Dan puan mengalami masalah kitaran haid haid ini selama 8 bulan.
Pengambilan hormon sintetik bagi tujuan merancang keluarga ada kalanya menyebabkan masalah ketidakseimbangan hormon seterusnya menyebabkan kitaran haid yang tidak menentu. Namun kebanyakan wanita tidak mengalami masalah ini, hanya sebilangan kecil saja yang bermasalah.
Selalunya masalah kitaran haid yang tidak menentu, selepas pengambilan mana-mana kaedah sama ada suntikan atau pil, atau selepas menghentikan pengambilannya, akan berlangsung dalam masa 3 bulan. Setelah tiga bulan, doktor menjangkakan kitaran haid akan menjadi normal semula.
Jika masalah kitaran haid ini masih tidak selesai, terutama bagi wanita yang telah menghentkan pengambilannya melebihi 6 bulan, pemeriksaan hormon perlu dilakukan, terutama bagi wanita yang masih muda dan mahukan anak lagi.
Saya mencadangkan puan melakukan pemeriksaan hormon di mana-mana klinik yang berhmpiran.
Selain itu saya mencadangkan puan mengambil suplemen (ubat ubat) seperti Vit C dan E, serta Ekstrak Kacip Fatimah bagi merangsangkan keseimbangan hormon.
Wallahu a’lam.