FOLIC ACID 1 MG ATAU 5 MG UNTUK WANITA HAMIL? “Assalamualaikum doktor. Saya ada satu soalan berkenaan perbezaan antara folic acid 1mg dengan folic acid 5mg? Kebiasaan wanita hamil 1trimister mengambil folic acid 1mg atau 5mg? Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Pengamalan folik acid ketika hamil adalah penting kerana ia boleh membantu mencegah kecacatan kelahiran terutama masalah kecacatan saraf yang dikenali sebagai neural tube defects. Saya ada menulis dalam blog mengenainya. Rujuk https://drzubaidi.com/blog/?p=1038. Bagi wanita yang mempunyai hasrat untuk hamil, dicadangkan mengambil folic acid sebanyak 400 mikrogram (mcg) atau 0.4 miligram (mg) setiap hari …
Read More »EKF
Bengkak alat kelamin
BENGKAK ALAT KELAMIN “Salam doctor, saya mengalami bengkakan pada alat kelamin saya. Doktor wanita yang memeriksa mengatakan bahawa ia adalah sejenis cyst. Boleh jelaskan mengenainya?” WA ALAIKUM MUS SALAM Pada pintu faraj setiap wanita, terdapat sepasang kelenjar yang dinamakan kelenjar Bartholin, yang berada di kanan dan kiri bukaan faraj. Ia berfungsi menghasilkan pelincir yang akan dikeluarkan dengan banyak ketika seseorang wanita mengalami keghairah sebagai persediaan untuk hubungan seksual bersama suami. Apabila kelenjar ini tersumbat, menyebabkan cecair kelenjar ini berkumpul dan membentuk ketumbuhan cyst .Lama kelamaan cyst ini semakin membesar saiznya dan mula dapat dirasakan kehadirannya. Bartholian Cyst bukanlah ketumbuhan yang …
Read More »DARAH HAID ATAU KEGUGURAN?
“As salamu alaikum Dr Zubaidi, saya hendak mendapat kepastian dari DR. Semalam saya pergi check di klinik, saya hamil. Jalur pada UPT samar. Doktor cakap saya hamil 5 minggu. Petang tadi, saya travel ke Rawang n didapati bleeding sedikit. Pertanyaan saya betul ke saya hamil? Adakah kehamilan saya selamat . Pagi ini saya check masih ada lagi bleeding cairan coklat . Terima kasih doctor.” WA ALAIKUM MUS SALAM Keputusan yang menunjukkan tanda samar pada bahagian “test (T)” pada UPT, tidak semestinya puan hamil. Pemeriksaan lanjut harus dijalankan untuk pengesahan kehamilan seperti pemeriksaan ulrasound atau pemeriksaan darah untuk hormon hCG. …
Read More »Mengapa UPT Negatif Tapi Tiada Haid
MENGAPA UPT NEGATIF TAPI TIADA HAID Salam doctor, saya ingin bertanya. Kali terkhir saya adalah 8 oktober lepas. Sepatutnya saya haid semula pada 5 Nov. Pada 7 nov saya buat UPT dan keputusannya negative. Pada 12 nov saya ulangi semula, tapi keputusannya masih negative dan haid saya belum dating juga. Soalan saya, apakah kemungkinan yang menyebabkan period saya lewat selain hamil? Untuk makluman, sy tidak mengambil sebarang ubatan. Mohon doktor membantu..terima kasih. WA ALAIKUM MUS SALAM Masa untuk pemeriksaan yang sesuai ialah dua minggu dari tarikh sepatutnya puan dating haid. Dalam kes puan, masa yang seuai …
Read More »Ginseng juga ada kesan sampingan
GINSENG JUGA ADA KESAN SAMPINGAN “Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya, saya ada mengamalkan suplemen yang diperbuat dari ginseng untuk naikkan berat badan. Doktor, apa kesan consume ginseng bila datang haid? Adakah berbahaya? Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Ginseng Korea (Panax ginseng) dikatakan sebagai suplemen sebagai bantuan penurunan berat badan. aya belum dengar atau membaca di mana-mana journal terkemuka atau dipercayai mengenai faedahnya untuk meningkatkan berat badan. Korean Ginseng mengurangkan berat badan apabila ia membantu meningkatkan metabolisme karbohidrat, dan mengurangkan selera untuk makan, menurut laporan Dr Robert B. Saper dari Harvard Medical School, yang diterbitkan …
Read More »MASA SESUAI GUNAKAN PIL PERANCANG
“Salam doctor. Saya telah melahirkan anak kedua seminggu yang lepas. Jururawat di Pusat Kesihatan sibuk mencadangkan saya mengamil pil perancang untuk menjarakkan anak sekurang-kurangnya dua tahun. Pertanyaan saya, bilakah masa yang sesuai untuk saya mengambil pil pernacang ini? Mohon penjelasan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Masa yang sesuai untuk menggunakan pil perancang kehamilan adalah bergantung sama ada puan menyusukan anak atau tidak. Secara amnya, bagi wanita ibu yang menyusukan anaknya perlu menunggu enam minggu selepas melahirkan anak, untuk memberikan masa agar bekalan susu ibu lebih mapan dan bayi semakin lebih matang. Ini kerana dibimbangi …
Read More »KESAN PIL PERANCANG NORIDAY PADA BAYI MELALUI SUSU IBU
“Salam doctor. Saya sedang mengamalkan pil Noriday, yang dicadangkan oleh doctor saya kerana saya masih menyusu. Pertanyaan saya, boleh kesan hormone dalam pil ini memberi kesan pada bayi saya melalui susu ibu? Mohon penjelasan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Penggunaan pil perancang keluarga NORIDAY memang digalakkan bagi ibu yang menyusukan anak mereka kerana ia tidak mengganggu penghasilan susu ibu. Pil Perancang Keluarga Noriday termasuk dalam kategori Mini Pill atau POP (Progestogen Only Pill) kerana ia hanya mengandungi satu jenis hormon progestogen sahaja. Ia mengandungi Norethisterone (sejenis progesterone buatan) 350microgram bagi setiap biji. Noriday …
Read More »BILA LAKUKAN PAP SMEAR
“Salam doctor. Saya ingin bertanya, bilakah masa yang sesuai untuk saya melakukan pemeriksaan pap smear. Saya berusia 24 tahun telah berkahwin. Ibu saya penghidap kanser pangkal rahem. Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Pap smear adalah kaedah ujian saringan bagi mengesan sel-sel kanser di pangkal rahem. Selain itu ia dapat mengesan jenis kuman yang menyebabkan jangkitan kuman pada faraj. American Congress of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) mencadangkan pemeriksaan pada usia 21 tahun, sementara di Malaysia pada usia 30 tahun (setelah berkahwin). Di Malaysia pap smear biasanya dilakukan pada wanita yang usia 30 tahun ke atas. Sementara di beberapa …
Read More »Kaedah perancang keluarga yang mengurangkan penghasilan susu
KAEDAH PERANCANG KELUARGA YANG MENGURANGKAN PENGHASILAN SUSU IBU “Salam doctor. Saya ibu yang menyusukan anak saya berusia 6 bulan. Saya perasan susu saya semakin sedikit. Adakah ini berkait dengan pil perancang kehamilan Mercelon yang saya gunakan?. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kebanyakan kaedah pencegahan kehamilan adalah selamat digunakan ketika menyusu anak, tetapi sebarang kaedah yang menggunakan hormone estrogen, (sama ada dalam bentuk pil, IUCD atau suntikan), boleh mengurangkan penghasilan susu. Oleh kerana itu sangat penting bagi ibu mahu meneruskan menyusui anak, dan dalam masa yang sama mahu menggunakan sebarang kaedah perancang keluarga untuk …
Read More »Keputusan pap smear tidak normal
KEPUTUSAN PAP SMEAR TIDAK NORMAL “Salam. Saya baru melakukan pemeriksaan pap smear kerana mengalami pendarahan selepas bersama suami melakukan hubungan seksual. Dari laporan pap smear, menunjukkan TIDAK NORMAL. Adakah saya sudah mengalami kanser pangkal rahem? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Pemeriksaan pap smear adalah pemeriksaan saringan untuk menguji kewujudan sel-sel kanser pada pangkal rahim di kalangan wanita. Dalam ujian ini, sels-sel pada pangkal rahem diambil dan dihantar ke makmal untuk dilihat di bawah mikroskop. Bagi wanita yang berisiko tinggi, mengesan kewujudan sel-sel kanser pangkal rahim pada peringkat awal dengan pemeriksaan Pap smear ini memberi peluang yang lebih …
Read More »PUNCA RASA SAKIT KETIKA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKSUAL SEMASA HAMIL
“Salam doktor, saya sekarang hamil 5 bulan.Hampir 2 bulan kami berpisah kerana suami belajar di luar negara dan sekarang suami sudah kembali ke Malaysia. Masalah saya ialah setiap kali melakukan hubungan seksual, saya berasa sakit dan senak, sehingga saya tidak dapat menikmati seks itu sendiri. Saya ingin meminta penjelasan doktor apakah punca kesakitan itu dan apa yang perlu saya dan suami buat untuk mengurangkan rasa sakit ini seterusnya dapat sama-sama menikmati hubungan seksual sewaktu hamil. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Hubungan seksual bersama suami atau isteri semasa hamil adalah suatu yang normal dan tidak perlu dihalang. Ia adalah hubungan …
Read More »Jangkitan kuman pada faraj
JANGKITAN KUMAN PADA FARAJ “Salam doctor, saya berusia 28 tahun dan baru berkahwin. Apa yang menjadi masalah saya ialah saya mengalami keputihan yang pekat dan berbau, sehingga menjadi kegatalan dan kemerahan pada kelengkang saya. Adakah ini disebabkan oleh jangkitan kuman?. Mohon pencerahan, terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Ya, puan mengalami jangkitan kuman pada faraj. Saya mencadangkan agar puan menjalani pemeriksaan doctor kerana jangkitan kuman pada faraj disebabkan oleh beberapa organisma (kuman) yang berlainan. Tanda jangkitan pada faraj ialah seperti keluarnya cairan diikuti rasa gatal, kemerahan, sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama suami, sakit pada bahagian …
Read More »KETAGIHAN COKLAT SECARA BERLEBIHAN KETIKA HAID
“Salam doctor. Saya berusia 22 tahun dan berlum berkahwin. Saya mengalami masalah senggugut dan cuba mengelakkan makan Panadol dan ponstan. Masalah saya ialah saya memakan coklat untuk mengelakkan rasa sakit dan kini sangat ketagihan terhadap coklat. Saya memakan sekurang-kurangnya 5 bar coklat sehari dan pada waktu haid saya mengambil 10-12 bar coklat sehari. Untuk mengetahuan doctor berat saya agak berlebihan. Mohon pencerahan doctor untuk mengurangkan ketagihan ini. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM. PMS (Premenstrual Syndrome, PMS) adalah gelaja-gelaja yang menyebabkan seorang wanita meresa tidak selesa atau berkelakuan agak pelik beberapa hari sebelum kedatangan haid. Malah ada yang merasa …
Read More »HAMIL PADA USIA 40AN
“Salam. Dr, saya berharap sangat dr akan membalas mesej saya ini. Saya berusia 43 thn 24 Nov ini. Saya mempunyai 4 org anak. Saya mengambil pil perancang selepas anak keempat dan sudah genap 5 thn sy ambil pil norriday. Baru2 ini saya mengalami keguguran iaitu pada 16 Oktober (unplanned). Saya termengandung mungkin sebab ada tercicir ambil pil tersebut. Saya teringin untuk menambah cahaya mata lagi (mungkin yg terakhir) sebelum saya mungkin membuat keputusan utk ikat. Persoalannya adakah saya masih boleh menagandung? Anak pertama usia 16 thn, kedua 15, ketiga 10, keempat 5. Saya start mkn pil selepas anak kedua. Saya …
Read More »Pesakit MS boleh hamil?
PESAKIT MS BOLEH HAMIL? “Salam doctor. Saya sudah 3 tahun berkahwin dan baru-baru ini saya disahkan mengalami penyakit Multiple Sclerosis (MS). Adakah saya boleh hamil dan adakah selamat untuk saya hamil?” WA ALAIKUM MUS SALAM Multiple sclerosis (MS) adalah penyakit di mana sistem imun seorang individu menyerang dan merosakkan sarung yang melindungi dan meliputi saraf. Kerosakan pada sarung saraf ini akan mengganggu komunikasi antara otak dan bahagian lain badan anda. Maknanya otak tidak dapat mengawal pergerakan tubuh, menyebabkan seseorang itu mengalami kebas pada anggota, tidak dapat menggerakkan anggota tubuh dan akhirnya akan lumpuh. Tanda-tanda …
Read More »Haid yang panjang dan banyak darah keluar
HAID YANG PANJANG DAN BANYAK DARAH KELUAR “Salam doktor, saya berusia 28 tahun dan masih belum berkahwin. Saya mengalami masalah kitaran haid yang panjang beberapa tahun kebelakangan ini. Saya mengalami pendarahan haid melebihi 15 hari dan ada kalanya sehingga sebulan. Pendarahan haid sangat banyak pada beberapa hari pertama dan diikuti dengan sedikit lendiran berwarna coklat. Saya ingin berkahwin pada pertengahan tahun hadapan. Adakah ini mengganggu kesuburan saya nanti? Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Kebiasaanya darah haid yang normal adalah lebih kurang 7 hari. Namun ada wanita yang mengalami pendarahan haid melebihi 15 hari sehingga …
Read More »Tip Menjaga Kebersihan Faraj
TIPS MENJAGA KEBERSIHAN FARAJ 1. Selepas buang air kecil atau air besar, pastikan menggunakan air yang secukupnya. Selepas membersihkan keduanya pastikan membersihkan bahagian luar faraj kerana kuman dari dubur dan saluran air kencing boleh menjangkiti faraj jika tidak dibersihkan dengan sempurna. 2. Tukar tuala wanita dengan kerap pada hari-hari yang banyak darah. Darah adalah tempat yang sesuai bagi pembiakan kuman. 3. Elakkan dari sering mengamalkan douching iatu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj atau apa-apa jamu yang tidak diketahui ramuannya. Perbuatan ini akan membunuh bakteria lactobacili dari yang baik untuk faraj. Tanpa bakteria laktobicilis ini, jangkitan kuman pada faraj mudah berlaku. …
Read More »KEPUTIHAN NORMAL VS KEPTUTIHAN BERPENYAKIT
“Doktor bagaimana mengetahui bahawa keputihan yang dialami bukanlah keputihan berpenyakit? Mohon pencerahan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Wanita yang mengalami keputihan pada faraj seharusnya perlu tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit. Keputihan normal boleh berlaku pada waktu–waktu berikut seperti beberapa hari sebelum haid, ketika ghairah seks, sedang subur dan semasa hamil. Ia berwarna jernih, tidak berbau dan gatal. Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih, putih kekuningan atau kehijauan atau berdarah. Sekiranya keputihan terlalu banyak, berketul-ketul kecil, gatal dan berbau, tanda-tanda bengkak, pedih atau sakit pada alat kelamin. Sekiranya …
Read More »PERUBAHAN EMOSI KETIKA HAMIL
“Salam doktor, isteri saya hamil pada usia kehamilan 30 bulan. Saya mendapati isteri saya seolah-olah mengalami tekanan perasaan. Beliau mudah marah dan menghempas barang pada hal sebelum hamil beliau merupakan seorang wanita yang periang. Apakah faktor utama berlakunya perubahan emosi berkenaan?. Mohon pencerahan, terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Hampir kesemua wanita yang hamil akan mengalami perubahan emosi yang bercampur, iaitu perasaan gembira kerana berjaya hamil dan pada masa yang sama merasa tertekan dan letih, akibat keletihan di tempat kerja, balik ke rumah pula terpaksa melakukan kerja-kerja rumah dan melayan anak-anak dan suami, dan banyak tenaga yang dihabiskan …
Read More »JANGKITAN KUMAN PADA FARAJ
“Salam doctor, saya berusia 28 tahun dan baru berkahwin. Apa yang menjadi masalah saya ialah saya mengalami keputihan yang pekat dan berbau, sehingga menjadi kegatalan dan kemerahan pada kelengkang saya. Adakah ini disebabkan oleh jangkitan kuman? Mohon pencerahan, terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Ya, puan mengalami jangkitan kuman pada faraj. Saya mencadangkan agar puan menjalani pemeriksaan doctor kerana jangkitan kuman pada faraj disebabkan oleh beberapa organisma (kuman) yang berlainan. Tandanya ialah seperti keluarnya cairan dari vagina diikuti rasa gatal, kemerahan, sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama suami, sakit pada bahagian ari-ari, bau yang busuk dan …
Read More »REMAJA LAMA TIDAK DATANG HAID
“Salam doctor. Anak saya berusia 18 tahun. Beliau telah mula datang haid pada usia 15 tahun. Sekarang beliau mengadu sudah tidak dating haid selama 3 bulan. Apakah penyakit itu, doctor. Mohon pencerahan, terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Secara umumnya, jika remaja perempuan tidak mengalami kedatangan pendarahan haid melebihi 3 bulan, bolehlah lakukan pemeriksaan. Apa yang selalu saya lakukan di klinik ialah lakukan pemeriksaan air kencing untuk kehamilan, walaupun anak puan kelihatan sopan dan belum berkahwin. Banyak kes di mana seorang gadis sebenarnya hamil dan dia sendiri tidak mengetahuinya. Ibubapa pula tidak menyedari langsung kegiatan anak gadis. Bila disoal siasat …
Read More »ubat senggugut
UBAT SENGGUGUT “Assalamualaikum, saya mengalami senggugut yang agak kuat, sehingga tidak dapat bekerja. Saya belum berkahwin. Apakah rawatan bagi senggugut ini? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Senggugut kerap dialami oleh golongan wanita ketika datang haid. Ia sering kali menjadi masalah sehingga menganggu kerja-kerja seharian, dan menjadi sebab utama mereka tidak pergi ke sekolah atau kerja. Senggugut juga dikenali sebagai “dysmenorrhoea”. Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan wanita, tanpa sebab. Maknanya tiada masalah kesihatan atau penyakit. Namun ada beberapa wanita yang mengalami senggugut disebabkan oleh masalah penyakit. Antaranya: Endometriosis. Cyst Ovari …
Read More »Bahaya kencing tidak lawas
BAHAYA KENCING TIDAK LAWAS “Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai kencing tidak lawas. Saya ada mengalami ini beberapa bulan yang lalu dan sehingga kini saya masih mengalaminya. Adakah ia berbahaya? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kencing tak lawas bukanlah satu penyakit tetapi merupakan gejanla atau tanda penyakit yang lebih serius terutama jika dihadapi oleh kaum lelaki. Oleh itu apa yang penting ialah mencari puncanya dan dengan itu ia boleh dirawat dengan sempurna. Ada pelbagai jenis kencing yang tidak lawas bergantung kepada puncan-puncanya. 1.Air kencing keluar dengan sendiri walaupun tak keinginan untuk membuang air kecil. …
Read More »Kitaran Haid Tidak Normal, Perlukah Pemeriksaan Doktor
KITARAN HAID TIDAK NORMAL, PERLUKAH PEMERIKSAAN DOKTOR? “Assalamualaikum doktor, Saya ingin bertanye tentang pertukaran kitar haid.sebelum bernikah saya mengalami kitar haid yang normal selama 28 hari..tetapi selepas 2 bulan bernikah kitar haid saya berubah kepada 35 hari.adakah saya patut berjumpa dengan doktor ataupun tidak. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kitaran haid yang normal ialah antara 21-35 hari. Purata kitaran haid yang biasa ialah 28 hari. Jadi jika kitaran haid sesekali menjadi panjang dan pendek, dan ia berlaku sesekali, ia masih dianggap normal. Kitaran haid melambang kesuburan seorang wanita. Jadi hal yang utama, walau berapa panjang atau pendek kitaran haid …
Read More »Lendiran Dari Faraj Tanda Subur
LENDIRAN DARI FARAJ TANDA SUBUR “Salam doctor, saya ada soalan yang agak segan saya Tanya kepada mana-mana doctor. Masalah saya ialah beberapa hari selepas haid saya kering, terdapat banyak lendiran faraj keluar. Ia berwarna jernih dan tidak berbau. Adakah ia menandakan suatu penyakit. Untuk pengetahuan doctor saya berusia 22 tahun dan masih belum berkahwin. Mohon penjelasan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Lendiran faraj yang banyak keluar, tidak bermakna ia suatu penyakit. Ia adalah normal dan mungkin suatu tanda saudari seorang yang subur. Selalunya apabila beberapa hari selepas haid kering, akan keluar lendiran dari faraj, bentuknya seperti putih telur yang …
Read More »Mengira Hari Subur Bagi Mengelakkan Hamil
MENGIRA HARI SUBUR BAGI MENGELAKKAN HAMIL “Salam doctor,saya banyak mengikut dan membaca tentang info mengenai kesihatan penyakit yang doktor kongsikan. Saya ingin bertanya dengan lebih terperinci tentang perancang keluarga tanpa mengambil pil, suntikan, implan dll. Saya ingin merancang sendiri. Masalahnya sy tidak tahu masa subur, tanda2 subur dan bagaimana kiraan waktu subur. Saya berharap sangat doktor dapat membantu dan memberi pandangan yang sewajarnya. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kaedah perancang keluarga tanpa menggunakan apa-apa alat perancang keluarga , dinamakan kaedah kalender. Dalam kaedah ini, pasangan suami isteri cuba mengelak melakukan hubungan seksual pada hari-hari subur. …
Read More »Bolehkah Bidan Kampung Mendiagnosa Fibroid
“Salam doktor. Saya berusia 26 tahun dan belum berkahwin. Baru-baru ini saya telah diurut oleh seorang bidan kampung sebagai persediaan saya untuk bernikah tidak lama lagi. Saya diberitahu oleh bidan kampung itu bahawa ada fibroid. Sedangkan saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan kitaran haid saya. Bolehkah saya mempercayai kata-kata beliau?. Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya tidak menolak pengalaman bidan kampung, namun ada beberapa perkara yang beliau katakan mungkin betul dan mungkin tidak. Kata-kata beliau mungkin setakat kebetulan saja. Ini kerana fibroid adalah ketumbuhan pada rahem yang berada jauh di dalam perut. Dengan urutan …
Read More »Memakai bra ketika menyusukan anak
BOLEHKAH WANITA MENYUSUKAN ANAK MEMAKAI BRA BERDAWAI “Salam doctor, saya menyusukan anak bersuia sebulan. Oleh kerana payudara saya agak besar, saya menggunakan bra berdawai kerana ia memberi keselesaan bagi saya. Namun ada yang mengatakan, wanita yang hamil tidak boleh menggunakan sebarang bra. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang tidak hamil suka memakai bra yang mempunyai dawai. Namun begitu bagi wanita yang menyusukan anak, mereka tidak digalakkan untuk untuk memakai bra sebegini . Ini kerana bentuk payudara akan sentiasa berubah. Sebelum menyusukan anak di waktu pagi, saiz payudara mungkin membesar. Setelah menyusukan …
Read More »Kitaran Haid 40-60 Hari
KITARAN HAID 40-60 HARI.. “Salam doctor, saya mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur. Selalunya antara 40-60 hari. Adakah ia disebabkan oleh masalah PCOS?”Mohon penjelasan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Tanda utama seorang wanita mungkin mengalami masalah Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome – PCOS) ialah apabila mengalami kitaran haid yang tidak teratur. Ada pesakit yang mengalami haid antara dua hingga tiga bulan sekali. Namun begitu kitaran haid yang tidak teratur, hanya satu tanda untuk penyakit PCOS, dan pesakit harus menjalani pemeriksaan doctor, teruatamanya pemeriksaan hormone dalam darah dan ultrasound bagi melihat imej ovary. Ini kerana PCOS berlaku apabila …
Read More »Pesakit diabetes perlu bersedia sebelum hamil
“Salam doctor. Saya seorang pesakit diabetes, berusia 28 tahun. Saya menggunakan daonil 10mg dua kali sehari. Semenjak kelahiran pertama, kandungan gula saya agak tinggi dan akhirnya doctor memberitahu bahawa saya mengalami penyakit diabetes. Sebelum itu saya tidak mempunyai penyakit ini. Dua minggu lepas, sepupu saya juga pesakit diabetes telah koma ketika melahirkan anak beliau. Doktor mengesahkan bahaya ia disebabkan komplikasi diabetes. Saya amat risau tetapi dalam masa yang sama ingin mempunyai anak lagi. Anak pertama say telah meninggal dunia akibat masalah pneumonia setelah 3 bulan dilahirkan. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Kehamilan di kalangan pesakit …
Read More »CLOMID UNTUK HAMIL KEMBAR
“Salam. Saya hendak bertanya, adakah doctor membuat rawatan untuk mendapat anak kembar? Saya tidak ada masalah untuk hamil dan kitaran haid saya tetap dan normal. Umur anak saya yang terakhir adalah 3 tahun lebih dan tidak lama lagi saya akan membuang IUCD. Bolehkah saya mengambil pil clomid untuk mendapatkan anak kembar. Mohon pencerahan, terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Ada wanita yang beranggapan bahawa dengan mengamalkan clomid, seorang wanita itu mungkin hamil kembar. Ini tidak benar. Secara umumnya, Clomid hanya menyebabkan 10% kehamilan kembar dua, dan kurang daripada 1% menyebabkan kehamilan kembar tiga atau lebih banyak lagi. Tidak semua …
Read More »Penyakit Kelamin
PENYAKIT KELAMIN “Salam Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya berkaitan dengan penyakit kelamin. Adakah penyakit kelamin boleh terjadi jika kebersihan alat sulit tidak djaga dengan rapi eg keputihan? Dan bolehkah ia menjangkiti suami jika melakukan hubungan seks ?. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Penyakit kelamin hanya disebarkan oleh hubungan seks di antara pasangan yang telah dijangkiti kuman, seperti chlamydia, sifilis, dan gonorrhoea. Ia boleh dijangkiti semasa hubungan seks melalui faraj, dubur atau oral (mulut) sama ada suami/isteri atau individu lain yang telah dijangkiti. Ia tidak dpata disebarkan selain dari itu. Walaupun seorang wanita mengalami alat kelamin yang tidak bersih dan …
Read More »Mahu Hamil Semula Selepas Gugur
MAHU HAMIL SEMULA SETELAH GUGUR “Salam doctor, saya mengalami mengalami keguguran pada dua bulan lepas, dan saya telah habis mengalami haid sekarang. Saya ingin tahu, adakah saya perlu rehat beberapa bulan utk hamil semula? Sekian, mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya ucapkan takziah pada puan atas kehilangan yang puan alami. Berdoalah agar ALLAH menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Janganlah bersedih. Rasulullah S.A.W bersabda: “Siapa saja dari hamba yang tertimpa suatu musibah lalu ia mengucapkan:”Segala sesuatu adalah milik Allah dan akan kembali pada-Nya. Ya Allah, berilah ganjaran terhadap musibah ang menimpaku dan berilah ganti dengan yang lebih baik”, maka …
Read More »Wanita sukar hamil, dikesan apabila hormonnya tidak seimbang
WANITA SUKAR HAMIL, DIKESAN APABILA HORMONNYA TIDAK SEIMBANG “Salam doktor. Saya sudah tiga tahun berkahwin tetapi belum mendapat anak. Baru-baru ini saya telah berjumpa doktor. Dari pemeriksaan ultrasound, doktor memberitahu semua folikel saya dalam ovari sangat kecil dan tidak matang. Pemeriksaan darah juga menunjukkan hormon FSH saya agak tinggi. Mohon penjelasan doktor. Terima kasih WA ALAIKUM MUS SALAM. Sepanjang kehidupan seorang wanita, satu kelenjar ovari mengandungi beribu-ribu folikel, dan folikel-folikel ini ibarat kelompang air yang mengandungi telur ovum. Bagaimana tubuh memberitahu kelenjar ovari untuk mematangkan dan mengeluarkan ovum dari ovari? Inilah yang dinamakan keseimbangan hormon. Kelenjar pituitari yang terdapat di …
Read More »Menggunakan EPO Ketika Menyusukan Anak
MENGGUNAKAN EPO KETIKA MENYUSUKAN ANAK “Salam doctor, bolehkah ibu menyusu makan evening primrose oil? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai saintis berpendapat bahawa ibu yang menyusukan anak MUNGKIN selamat menggunakan minyak Evering Primerose. Sungguh pun MUNGKIN selamat (kerana belum ada kajian dan laporan yang mengatakan EPO berbahaya diambil ketika menyusukan anak), namun saintis mencadangkan agar mengelakkan penggunaan buat sementara waktu sehingga selesai tempuh menyusukan anaknya. Walau bagaimanapun, mereka juga mencadangkan agar tidak menggunakannya ketika hamil. Saya sendiri berpendapat bahawa EPO boleh diamalkan sebagai suplemen ketika menyusukan anak kerana susu ibu sendiri mengandungi LA …
Read More »LENDIRAN FARAJ BERCAMPUR DARAH, SEDIKIT DAN HANYA BEBERAPA HARI
“Salam doctor, baru-baru ini saya mengalami masalah haid. Saya baru saja habis haid dan beberapa hari kemudian, ada lendiran bercampur darah, berwarna coklat keluar dari kemaluan saya. Adakah ia normal. Mohon pencerahan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang mengadu bahawa haid mereka telah habis minggu lepas dan kini terdapat terdapat pula sedikit lagi darah yang keluar. Sudah tentu ini bukanlah kitaran haid yang normal. Pendarahan haid yang normal biasa berlangsung kira-kira empat hingga lima hari, dan wanita yang mengalami haid untuk seminggu hingga sepuluh hari. Purata kitaran haid yang normal ialah 28 hari. Namun begitu kitaran haid …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
