MENGIRA HARI SUBUR BAGI MENGELAKKAN HAMIL
“Salam doctor,saya banyak mengikut dan membaca tentang info mengenai kesihatan penyakit yang doktor kongsikan. Saya ingin bertanya dengan lebih terperinci tentang perancang keluarga tanpa mengambil pil, suntikan, implan dll. Saya ingin merancang sendiri. Masalahnya sy tidak tahu masa subur, tanda2 subur dan bagaimana kiraan waktu subur. Saya berharap sangat doktor dapat membantu dan memberi pandangan yang sewajarnya. Terima kasih”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Kaedah perancang keluarga tanpa menggunakan apa-apa alat perancang keluarga , dinamakan kaedah kalender.
Dalam kaedah ini, pasangan suami isteri cuba mengelak melakukan hubungan seksual pada hari-hari subur.
Ia hanya dapat dilakukan untuk wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap. Jika kitaran mereka tidak tetap, maka kiraan hari subur sukar dilakukan, maka sukarlah mengelakkan hari-hari tersebut.
Caranya ialah:
- Isteri perlu catatkan bilangan hari kitaran haid, iaitu dari hari pertama mengalami darah haid sehingga hari pertama mengalami darah haid pada bulan atau kitaran seterusnya.
- Dapatkan bilangan purata.
- Kemudian tolakkan 18 hari daripada bilangan hari dalam putaran haid yang terpendek. Angka ini adalah hari pertama waktu subur . Misalnya jika putaran haid isteri yang terpendek 24 hari, tolak 18 dari 24 dan anda akan dapat enam hari. Maka pada hari ke-6 dalam kitaran haid itu, adalah hari pertama waktu subur pada bulan itu.
- Kemudian dapatkan jarak kitaran haid yang terpanjang. Tolak 11 hari daripada hari yang terpanjang. Angka ini adalah hari terakhir subur dalam kitaran pada bulan itu. Misalnya jika kitaran haid yang terpanjang ialah 34 hari, di tolak angka 11 daripada 34 akan memberi angka 23. Maka hari ke 23 dalam kitaran haid itu ialah hari terakhir waktu subur pada kitaran haid bulan itu.
- Jadi elak melakukan hubungan seksual pada waktu subur tersebut untuk mengelakkan kehamilan.
Katakan hari pertama haid pada 1hb Julai 2014, maka waktu subur ialah pada hari ke 6 hingga hari ke 23. Maknanya mana-mana hari pada pada 6hb Julai hingga 23hb Julai 2014 adalah waktu subur.
Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap lebih mudah dan tepat kiraannya.
Contohnya seorang wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap setiap bulan. Katakan beliau mempunayi kitaran haid selama 28 hari pada setiap bulan.
Hari pertama subur ialah 28-18=10, iaitu pada hari ke 17 dalam kitaran haidnya.
Hari terakhir subur ialah 28- 11=17, iaitu pada hari ke 17dalam kitaran haidnya.
Katakan haid pertama pada 1hb Julai 2014, maka waktu suburnya ialah pada 10hb -17hb Julai 2014.
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, saya mencadangkan mengamalkan suplemen Ekstrak Kacip fatimah keluaran UTM.
Wallahu a’lam.
IKLAN
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my
Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/
Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah: