“Doktor bagaimana mengetahui bahawa keputihan yang dialami bukanlah keputihan berpenyakit? Mohon pencerahan. Terima kasih”.
WA ALAIKUM MUS SALAM
Wanita yang mengalami keputihan pada faraj seharusnya perlu tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit.
Keputihan normal boleh berlaku pada waktu–waktu berikut seperti beberapa hari sebelum haid, ketika ghairah seks, sedang subur dan semasa hamil.
Ia berwarna jernih, tidak berbau dan gatal.
Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih, putih kekuningan atau kehijauan atau berdarah. Sekiranya keputihan terlalu banyak, berketul-ketul kecil, gatal dan berbau, tanda-tanda bengkak, pedih atau sakit pada alat kelamin.
Sekiranya jangkitan merebak ke pangkal rahim atau sistem peranakan, wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen dan mungkin mengalami demam.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :