Haid yang panjang dan banyak darah keluar

HAID YANG PANJANG DAN BANYAK DARAH KELUAR

 

“Salam doktor, saya berusia 28 tahun dan masih belum berkahwin. Saya mengalami masalah kitaran haid yang panjang beberapa tahun kebelakangan ini. Saya mengalami pendarahan haid melebihi 15 hari dan ada kalanya sehingga sebulan. Pendarahan haid sangat banyak pada beberapa hari pertama dan diikuti dengan sedikit lendiran berwarna coklat. Saya ingin berkahwin pada pertengahan tahun hadapan. Adakah ini mengganggu kesuburan saya nanti? Terima kasih atas pencerahan”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Kebiasaanya darah haid yang normal adalah lebih kurang 7 hari. Namun ada wanita yang mengalami pendarahan haid melebihi 15 hari sehingga menyebabkan wajah menjadi pucat dan cepat penat, sehingga rutin seharian terganggu.
Keadaan ini dinamakan MENORRHAGIA apabila kedatangan haid yang berpanjangan dan kehilangan darah yang banyak.

Dari sudut syari’e pendarahan haid yang melebihi 15 hari dikira sebagai darah istihadah, di mana seorang wanita itu diwajibkan bersolat dan berpuasa.

 

Banyak punca berlaku keadaan seperti ini. Antaranya puncanya ialah:

 

1. Ketidakseimbangan hormon. Dalam kitaran haid yang normal, keseimbangan di antara hormon estrogen dan progesteron akan menyebabkan lapisan dalam rahem  (endometrium) menjadi tebal , kemudian akan runtuh menjadi darah haid. Jika ketidakseimbangan hormon berlaku, endometrium berkembang secara berlebihan dan akhirnya menyebabkan  pendarahan haid yang banyak.

2. Kegagalan fungsi ovari. Jika ovari tidak berfungsi dengan baik, ia tidak melepaskan telur  dan ovulasi tidak berlaku. Ini mengakibatkan tubuh gagal menghasilkan hormon progesteron, dan akhirnya  membawa kepada ketidakseimbangan hormon dan boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak.

3.Fibroid rahim. Fibroid rahim boleh menyebabkan pendarahan haid yang lebih banyak dan berpanjangan dari biasa.

4. Polip. Ia adalah ketumbuhan yang kecil dan tidak berbahaya yang muncul pada permukaan dalam rahem dan boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak dan berpanjangan. Polip rahim sering berlaku pada usia wanita 30an akibat penghasilan kadar hormon yang tinggi. 

5. Adenomyosis. Keadaan ini berlaku apabila kelenjar pada lapisan dalam rahem (endometrium)  menjadi tertanam di dalam otot rahim, biasanya menyebabkan pendarahan berlebihan dan haid yang menyakitkan. Adenomyosis sering berlaku pada  wanita pertengahan umur yang telah mempunyai anak.

6. Alat perancang kehamilan dalam rahim (IUD). Menorrhagia merupakan kesan sampingan apabila seorang wanita menggunakan alat perancang kehamilan IUD yang tidak mempunyai tambahan hormon.  Jika  IUD adalah penyebab pendarahan haid yang berlebihan, maka dinasihatkan agar alat ini dikeluarkan.

7.  Kanser. Kanser rahim, kanser ovari dan kanser pangkal rahim juga boleh menyebabkan pendarahan haid yang berlebihan, tetapi jarang berlaku.
8. Penyakit keturunan berkaitan dengan gangguan pembekuan darah. Penyakit seperti  penyakit Von Willebrand, suatu keadaan di mana pembekuan darah sukar berlaku, ia boleh  menyebabkan pendarahan haid yang tidak normal.

9.Ubat-ubatan. Ubat-ubatan tertentu, termasuk ubat-ubatan tahan sakit dan pencair darah  boleh menyumbang kepada masalah pendarahan haid yang banyak dan berpanjangan.
Jika ini saudari mengalami pendarahan haid yang berpanjangan , saya mencadangkan agar melakukan pemeriksaan bagi mencari punca masalah ini.

Bagi wanita yang mengalami ketidakseimbangan hormon dan kitaran haid yang tidak menentu, selain dari ubat yang diberikan doktor, saya mencadangkan agar mengamalkan Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM, di samping vitamin C dan E.

Info lanjut di https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

 

wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah::

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!