Advertorial
Home » Author Archives: drzubaidi (page 22)

Author Archives: drzubaidi

Feed Subscription

Bengkakan Payudara

  Assalamualaikum doktor… Saya hendak bertanya mengenai permasalahan breast lump yg telah saya alami selama 1@2 tahun.Saya perasan timbulnya biji sebesar guli selepas saya memakan “thanyaporn breast enlargement” pada tahun 2012.Saya amat takut untuk bertemu dengan doktor di Brunei. Adakah dengan memakan EKF lumps tersebut akan mengecut? Untuk pengetauhan doktor,saya telah memakan EKF selama 10 hari secara teratur. Saya ingin mengambil suplement ini secara berterusan tanpa perlu membuat sebarang pembedahan.Adakah doktor ada saranan lain? Terima kasih di atas maklum balas yang doktor beri.   Wa alaikum mus salam. Berdasarkan pada cerita puan, saya yakin ia bukanlah ketumbuhan yang disebabkan oleh kanser payudara kerana puan telah mengalaminya sejak 1-2 tahun lepas.   Namun begitu elok puan membuangnya jika ia terlalu sakit  atau mengganggu rutin kehidupan puan.   Selain itu, puan juga ... Read More »

Membantu pesakit dalam penerbangan

  Saya sering menaiki kapalterbang. Kadangkala terfikir juga, perlukah saya memberikan reaksi dan pertolongan jika berlaku sebarang kecemasan dalam perubatan.   Pengalaman saya dalam perjalanan di sebuah bas, ketika menghadiri Perhimpunan Peladang di Segamat beberapa minggu lepas, amat menyedarkan saya hal ini.   Seorang rakan di sebelah saya kebetulan mengalami sawan sehingga mukanya menjadi biru. Alhamdulillah saya membantunya menggunakan kemahiran pertolongan cemas yang saya ada.   Dalam masa 15 minit, beliau telah sedar semula. Sejam kemudian, ketika bas berhenti, beliau telah turun dan menikmati minuman panas di sebuah R&R.   Bagaimana pula jika ia berlaku dalam sebuah penerbangan?   Secara purata dalam dunia penerbangan kormesial, kecemasan yang melibatkan perubatan berlaku di atas kapalterbang, berlaku kira-kira 15 kali sehari.   Apabila berlaku kecemasan dalam penerbangan, kebanyakan doctor agak keberatan untuk membantu ... Read More »

Sukar Hamil akibat Azoospremia?

  “Salam doc, Saya dan suami pernah berjumpa dengan doctor dan dia mengatakan yang suami saya mengalami azoospermia akibat kecacatan sejak kecil yang mana tidak mempunyai kilang penghasilan hormon lelaki. Betulkah telahan doctor itu? Sebab saya pernah hamil 2 kali tetapi keguguran pada minggu ke7 kehamilan. Mohon pencerahan” Wa alaikum mus salam. Jika puan pernah hamil dalam waktu terdekat, bermakna suami puan dan puan kedua-duanya tidak mempunyai masalah untuk hamil semula. Ini juga bermakna suami puan tidak mengalami masalah kilang hormone lelaki dan tidak mempunyai masalah sperma yang teruk. Cuma janin yang telah disenyawakan tidak dapat hidup lama kerana kualiti sperma yang kurang baik. Setakat ini belum ada lagi ubat untuk memperbaiki sperma, kecuali hanya suplemen. Saya mencadangkan puan menggunakan suplemen ProxeedPlus untuk meningkatkan kualiti sperma suami puan. Boleh mendapat ... Read More »

Steroid dalam Ubat Herba

  “Salam doctor, saya pesakit gout dan sedang mengamalkan ubat herba. Sangat mujarab dan sakit saya telah hilang sepenuhnya. Cuma saya perasan berat saya bertambah. Adakah ubat herba seperti ini boleh diamalkan dan berkesan untuk penyakit gout saya?”   Wa alaikum mus salam. Saya percaya “ubat herba”yang diamalkan oleh saudara mengandungi steroid. Pihak berkuasa telah banyak melakukan serbuan dan rampasan ubat yang mengandungi steroid berbahaya. Kebanyakan ubat ini dijual untuk merawat sakit sendi. Biar pun rampasan demi rampasan dilakukan, namun masih banyak ubat-ubat yang dijual semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Pembuat ubat ini selalunya berselindung atas nama ubatan herba semulajadi untuk melegakan kesakitan. Padahal banyak kesan sampingan yang boleh didapati dari ubat-ubat tiruan yang mengandungi steroid. Antaranya ialah peningkatan berat badan secara tiba-tiba. Tanpa disedari, ginjal mereka turut menjadi rosak dan ... Read More »

Haid tak datang selepas gunakan Postinor

  “Assalammualaikum doctor. Saya ingin bertanya. Saya sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Minggu lepas saya ada melakukan hubungan intim bersama suami saya, dan disebabkan kami berada jarak jauh, saya merancang menggunakan postinor 2 tuk mngelakkan hamil. Masalah saya kenapa saya masih belum dating hai, sedangkn saya dah mengambil kedua2 biji seperti yang di sarankan. Seseblum ini saya tiadak ada masalah apabila ambil postinor. Mohon pencerahan”   Wa alaikum mus salam.   Semua ubat-ubatan pencegah kehamilan mempunyai kesan sampingan. Paling biasa kesan sampingan adalah kecil, namun ada beberapa kesan sampingan yang boleh menjadi lebih serius.   Saya harap puan mengambil Postinor atas saranan doctor dan bukan membelinya sendiri dari farmasi. Ini kerana pil perancang keluarga memerlukan pemantau doctor terhadap kesan-kesan sampingan sebelum dan selepas mengambil Postinor..   Antara kesan ... Read More »

Bayi mati akibat mandi air sejuk

  “Assalamu alaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Dktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak.   Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kemudaratan da ada yang boleh menyebabkan kematian pada bayi.   Bayi yang usia enam bulan ke bawah, sebaiknya dimandikan menggunakan air suam, karena air sejuk boleh menyebabkan bayi mengalami hipotermia. Hipotermia adalah keadaan di mana suhu tubuh yang menurun ... Read More »

Simpan susu formula dalam peti sejuk

    “Doktor, anak saya selalu tidak menghabiskan susu Isomil yang saya berikan. Memandangkan susu itu agak mahal, bolehkah saya menyimpan dalam peti sejuk, dan berapa lama ia boleh disimpan?”   Wa alaikum mus salam.   Setelah puan membancuh susu formula, jangan biarkan ia berada pada suhu bilik untuk lebih dari sejam.   Ini kerana dibimbangi susu itu akan membiakkan bakteria di dalamnya.   Jadi jika bayi puan tidak mahukan lagi sus botol, buangkan saja bakinya jika sudah melebihi sejam pada suhu bilik.   Oleh itu, saya mencadangkan puan membancuh susu formula setiap kali waktu penyusuan dan bukannya membancuh susu formula dan disimpan.   Walaupun menyimpannya didalam petisejuk, bakteria boleh membiak dalam susu dalam tempoh masa empat jam. Jadi jangan simpan susu formula di dalam peti sejuk selama lebih 4 ... Read More »

Penagih Expresso

    Baru-baru ini saya menikmati expresso di kedai kopi Costa di UK. Secangkir kopi espresso menjadi minuman harian bagi kebanyakan warga Britain setiap pagi hari. Oleh itu kedai kopi dipenuhi dengan pelannggan yang  menunggu kopi espresso kesukaan mereka.   Setelah diminum, mereka terus pergi meneruskan destinasi ke tempat kerja dan tidak berlama-lama di kedai kopi. Sebab itu ia dinamakan expresso.   Tidak semua kopi hitam disebut espresso. Hanya kopi hitam dengan buih di bahagian atasnya, harus disebut sebagai espresso.   Espresso adalah hasil ekstrak biji kopi hitam dengan mesin khas.   Espresso harus dinikmati dalam cawan ukuran kecil, sekitar 30 ml saja. Untuk menikmatinya pun tidak boleh lebih dari 20 saat.  Ia diminum secara perlahan-lahan dan terus habiskan.   Cara terbaik menikmati kopi ini adalah tanpa ditambah gula. Bagi ... Read More »

Bolehkah mandikan bayi saya pada waktu malam?

  “Salam, doktor. Saya seorang peniaga di kantin sekolah. Saya sangat sibuk di siang hari. Bolehkah saya memandikan bayi saya berumur empat bulan pada waktu malam. Saya bimbang kesan pada paru-parunya.”   Wa alaikum mus salam.   Memandikan anak pada waktu malam tidak berbahaya atau mendapatkan penyakit pada bayi jika dilakukan dengan betul.   Ia tidak memudaratkan.   Secara umumnya, ia adalah selamat untuk memandikan bayi pada bila-bila masa, asalkan ia tidak mengganggu tidur dan jadual makan dan tidak menyebabkan bayi berasa sejuk. Puan boleh menggunakan air yang suam dan kemudian segera mengelap kering bayi puan.   Walau bagaimana pun, cara yang terbaik ialah dengan menetapkan waktu selalunya waktu pagi atau sebelum tengah hari.   Secara tradisinya masa yang di dicadangkan oleh kebanyakan orang-orang tua, adalah pada waktu pertengahan pagi, ... Read More »

Bayi hanya berak sebulan sekali

  “Salam doctor. Anak saya berumur dua tahun mengalami sembelit yang teruk sejak dilahirkan. Dia hanya sembuang air besar hanya sebulan sekali, sehinggakan perutnya kembung dan tiada selera makan. Adakah ia normal. Mohon pencerahan.”   Wa alaikum mus salam.   Bayi dan kanak-kanak sesekali yang mengalami sembelit adalah normal.   Sembelit disebabkan oleh pergerakan usus tidak normal dan berlaku secara perlahan. Ini menyebabkan hasil perkumuhan (najis) tidak dapat ditolak ke bahagian rectum dengan cepat dan najis menjadi lebih keras.   Bayi dan kanak-kanak yang mengalami sembelit akan meneran kerana najis mereka keras dan sukar dikeluarkan.   Oleh itu bayi yang tidak meneran walaupun mereka hanya membuang air besar setiap dua atau tiga hari, tidak dikatakan sembelit.   Lebih-lebih lagi jika bayi hanya minum susu ibu, mungkin hanya akan membuang air ... Read More »

Implanon, Haid Tidak Menentu dan Sukar Solat

Assalamualaikum Dr Zubaidi , maaf menganggu doctor. Saya ingin bertnya. Saya menggunakan alat suntikan susuk perancang keluarga implanon. Semenjak memakainya , saya mengalami kitaran haid yang tidak menetu. Darah kekadang ada , kekadang tidak ada, kadang-kadang tengahari keluar, darah pekat sikit-sikit saja macam orang dah hari last haid.  Bila malam tiada pulak, lepas 2-3jam darah itu ada semula. Bila tiada darah saya mandi hadas. Bila saya solat dank e bilik air, darah itu ada semula. Soalan saya macam mana saya nak solat? Saya keliru lah doctor. Mohon pencerahan.       Wa alaikum mus salam.   Salah satu dari kesan sampingan dari suntikan pencegahan kehamilan, implanon ialah kitaran haid menjadi tidak menentu. Sama ada pendarahan haid menjadi panjang atau sedikit.   Darah haid yang normal akan keluar selama dua minggu ... Read More »

Adakah bayi montel adalah bayi yang sihat ?

“Assalamu alaikum doctor. Saya ingin bertanya tentang anak saya. Anak saya berumur dua tahun tetapi berat beliau 20kg. Adakah anak saya obese dan perlukah saya berikan ubat diet untuk beliau?” Wa alaikum mus salam. Ramai ibubapa yang percaya bahawa bayi yang montel adalah bayi yang sihat. Penambahan berat badan bayi secara berterusan, dan menandakan bayi itu mempunyai selera makan yang baik. Hanya bayi yang sihat saja mempunyai selera makan yang baik. Bagi mendapat anak yang “sihat”, ramai ibubapa yang memberikan makanan  bayi mereka dengan makanan yang mempunyai banyak lemak dan kalori minyak sapi, mentega dan gula. Ini adalah konsep yang salah. Sebenarnya, bayi yang mempunyai berat badan yang mencukupi, secara amnya boleh dikatakan sebagai bayi yang sihat. Secara purata bayi akan mengalami penambahan berat sebanyak tiga kali ganda dari berat ... Read More »

Sukar Meninggalkan Bayi Walaupun mahu ke Bilik Air

  “Assalamu alaikum. Saya adalah seorang ibu muda berusia 21 tahun dan mempunyai anak sulong berusia setahun dan sudah boleh berjalan. Saya tidak bekerja dan tiada pembantu. Saya tinggal bersendirian. Adakalanya saya amat bimbang hendak meninggalkan anak saya, sama ada untuk buang air, mandi atau memasak. Hanya hanya melakukan perkara-perkara tersebut apabila anak saya telah tidur. Doktor, adakah selamat untuk saya meninggalkan bayi saya tanpa pengawasan semasa saya mandi lima minit? Mohon pendapat doctor. Terima kasih.”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami situasi puan yang terpaksa menjaga anak dan menguruskan rumah tanpa pembantu. Saya percaya ia sangat sukar untuk menguruskan anak bersendirian, apatah lagi meninggalkan beliau walaupun sebentar.   Jika puan mempunyai pembantu atau tinggal dalam keluarga yang besar, sudah tentu ia menjadi lebih mudah. Puan boleh boleh meminta ... Read More »

Membawa Anak dalam Kereta

    “Assalamu alaikum doctor, saya ingin bertanya. Saya dan suami tinggal berjauhan. Dia tinggal di Melaka dan saya tinggal di KL. Kami ada anak berumur 2 tahun. Jika saya ingin memandu berjumpa dengan suami dan membawa anak saya, bolehkan saya letakkan dia di tempat duduk di sebelah saya. Untuk pengetahuan doctor, kereta saya mempunyai system air-bag. Mohon pencerahan”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan puan yang terpaksa melakukan pemanduan yang jauh bersama anak.   Sistem beg udara dalam kereta boleh menyelamatkan nyawa penumpang yang berada di sebelah pemandu, tetapi ia sangat bahaya kepada bayi jika diletakkan di tempat yang sama.   Dalam kajian yang dilakukan di UK menunjukkan bahawa dalam tempoh 10 tahun lepas beg udara telah menyelamatkan lebih daripada 1,500 kematian dalam kemalangan jalan raya. ... Read More »

Bolehkah bayi gunakan bedak?

    “Assalamu alaikum doctor. Saya menggunakan bedak untuk bayi saya selepas mandi. Adakah ia boleh menyebabkan asthma pada bayi saya?”   Wa alaikum mus salam.   Bedak serbuk atau bedak talkum yang digunakan untuk disapukan pada badan bayi adalah selamat , selagi puan menggunakannya dengan berhati-hati.   Pastikan serbuk bedak tidak memasuki hidung anak puan. Jika tidak, ia boleh menyumbat pundi udara halus di paru-parunya dan menyebabkan alahan dan asthma.   Jarang sekali serbuk bedak ini menyebabkan kesukaran  bernafas dan meninggal dunia. Ia hanya berlaku apabila bayi tersebut bermain dengan bedak itu sehingga muka mereka diliputi dalam serbuk bedak.   Ada yang mendakwa serbuk bedak boleh boleh menyebabkan kanser. Walau bagaimanapun  banyak kajian telah mengkaji hal ini dan mendapati ia tidak benar.   Tuala lembut yang kering dapat mengeringkan ... Read More »

Aspartame Berbahaya?

  “Salam, doctor. Saya ingin bertanya adakah aspartame yang terdapat dalam pemanis tiruan itu boleh menyebabkan kanser otak seperti mana tuduhan dalam internet?”   Wa alaikum mus salam.   Isu ini telah dijawab oleh satu badan berkuasa yang menjaga keselamtan produk pemakanan dan ubat di Amerika Syarikat, FDA USA. Mereka telah yang telah menubuhkan Lembaga Siasatan Awam pada tahun 1980 bagi memeriksa dakwaan ini dan mendapati bahawa aspartame tidak menyebabkan kerosakan otak. Rujuk : Testimony of Dr. Adrian Gross, Former FDA Investigator to the U.S. Senate Committee on Labor and Human Resources, 3 November 1987. Hearing title: “NutraSweet Health and Safety Concerns.” Document # Y 4.L 11/4:S.HR6.100, page 430–439.   Jawapan mereka disokong oleh banyak lagi kajian mendapati tiada hubungan antara aspartame dan mana-mana kanser. Rujuk: Butchko, H; Stargel, WW; ... Read More »

Bahayakah Pemanis Tiruan?

    “Salam doctor, saya ada soalan berkenaan dengan pemanis tiruan, memandangkan saya sedang berdiet, jadi saya cuba mengelak gula dalam keperluan tubuh saya, tetapi pada masa yg sama saya menggantikan pemanis tiruan brand equal dalam minuman saya. Adakah pemanis ini akan memberi apa-apa kesan dalam tubuh saya sekiranya saya mengambilnya 1 sacshet sehari bagi menggantikan gula? mohon pencerahan. terima kasih”   Wa alaikum mus salam.   Equal adalah jenama pemanis tiruan mengandungi aspartame, dekstrosa dan maltodekstrin. Ia digunakan untuk mendapatkan rasa manis dalam minuman dan makanan tanpa mendapat kalori.   Isu tentang sama ada aspartame adalah bahan yang berbahaya atau tidak, telah menjadi perbincangan hebat semenjak tahun 1990an lagi.   Aspartame adalah bahan utama dalam pemanis tiruan, kira-kira 200 kali lebih manis daripada sukrosa, atau gula biasa. Oleh ini, aspartame ... Read More »

Produk herba kuat seks dirampas

  KUALA LUMPUR 31 Julai – Berselindung di sebalik kandungan herba asli dari Brazil yang kononnya boleh meningkatkan kemampuan seks golongan lelaki, satu produk kesihatan dikesan boleh mendatangkan bahaya kerana mengandungi racun berjadual. Susulan itu, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan hari ini menyerbu sebuah premis di Jalan Sarikei di sini dan merampas tujuh kotak produk tersebut yang dianggarkan bernilai RM840. Ketua Unit Perhubungan Media Bahagian Perkhidmatan Farmasinya, Kamarul Azhar Kamaruddin berkata, hasil ujian makmal yang dijalankan sebelum ini, produk yang dirampas itu dikesan mempunyai racun berjadual serta boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna. “Produk itu mengandungi sildenefil iaitu sejenis racun berjadual yang memerlukan preskripsi doktor bagi pengambilannya yang biasanya digunakan oleh pesakit tekanan melampau. “Kesan daripada pengambilan bahan itu boleh menyebabkan penggunanya mati secara mengejut,” katanya selepas menyertai operasi itu. Menurut Kamarul Azhar, serbuan ... Read More »

Adakah bayi saya mengalami cirit-birit?

    “As salamualaikum doktor, saya ingin bertanya, anak saya berusia 2 bulan. Adakah menjadi kebiasaan bayi berusia 2 tahun membuang air besar sebanyak 4-5 kali sehari. Najis dia berwarna kuning dan kadangkala kehiijauan. Saya risau. Mohon pencerahan.”   Walaikum mus salam. Ramai ibu bapa seperti puan berasa bimbang bahawa bayi mereka mengalami ceret beret kerana kerap membuang air besar. Secara kebiasaannya bayi yang baru lahir mempunyai banyak pergerakan usus. Ini akan menyebabkan anak puan akan buang air besar banyak kali dalam sehari.   Warna najis bayi puan akan bergantung kepada pemakanan yang diberikan, sama ada dia meminum susu ibu atau formula.   Najis bayi yang baru lahir susu ibu biasanya kekuningan , sama ada lembut atau cair. Ia boleh berlaku sehingga lima kali sehari.   Kadang-kadang bayi yang diberikan ... Read More »

Jenama susu terbaik untuk wanita hamil

  “Salam doktor. Saya sedang hamil sulong dua bulan, bolehkah doktor cadangkan jenama susu yg terbaik bagi ibu hamil?”   Wa alaikum mus salam.   Saya merasakan bahawa tidak ada keperluan untuk wanita hamil minum susu tepung berjenama kerana jika mereka boleh mengambil susu segar yang puan boleh beli dari pasaraya besar. Minum susu segar adalah lebih baik.   Namun begitu puan telah mengambil pemakanan yang seimbang, beserta dengan suplemen lain seperti kalsium, omega 3 dan multivitamin, tidak perlu puan minum susu lagi.   Jadi bagi menambah kalsium dalam pemakanan puan, selain dari pemakanan yang seimbang dan mendapat kalsium dari pemakanan seperti daging, puan mempunyai dua pilihan untuk menambahkan kalsium.   Jika puan mengalami alahan pada susu atau mengalami ceret-beret selepas mengambil susu segar atau susu tepung, puan boleh mengambil ... Read More »

Makanan Tambahan dan Rawatan Kanser: Antara Manfaat dan Mudharat

    Pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi untuk pelbagai penyakit kanser sering mengalami kesakitan dan ketidakselesaan, akibat kesan sampingan yang melemahkan tubuh mereka.   Sesetengah pesakit  sanggup mengambil apa saja suplemen tambahan bagi mengurangkan kesan-kesan sampingan ini atau bertujuan untuk membantu menyembuhkan penyakit mereka.   Tetapi harus diingat bahawa sesetengah suplemen atau makanan tambahan atau ubat-ubatan herba mempunyai interaksi negatif dengan rawatan kanser ditetapkan.   Satu kajian dari Klinik Onkologi Midwestern diterbitkan pada tahun 2005 menunjukkan bahawa 65 peratus daripada pesakit yang menerima kemoterapi juga telah mengambil makanan tambahan , tidak termasuk vitamin.   Dua puluh lima peratus daripada mereka telah menggunakan satu atau lebih rawatan herba yang dianggap mempunyai interaksi negatif dengan ubat-ubatan kemoterapi. Majoriti pesakit tidak berunding dengan doktor yang merawat sebelum mengambil suplemen atau makanan tambahan ini. ... Read More »

Implanon : Hukum dan Kesan Sampingan

  ”Saya ingin pencerahan mengenai pemakaian kaedah perancang keluarga, implanon yang dimasukkan ke lengan, boleh menyebabkan didatangi haid lebih daripada 15 hari.Adakah saya menunggu sehingga pendarahan itu berhenti, baru boleh melakukanhubungan intim bersama suami? Ini disebabkan oleh saya mengalami pendarahan haidyang melebihi 15 hari. Mohon pencerahan doktor menjawab kemusykilan saya ini”     Wa alaikum mus salam.   Hukum menggunakan kaedah perancangan keluarga secara implanon dari perspektif Islam, adalah harus, kerana ia bersifat sementara.   Islam memberi keharusan sekiranya ada sebab-sebab syar’ie seperti isteri terlalu lemah kerana sakit atau salah seorang pasangan membawa penyakit keturunan atau kehamilan yang kerap boleh memberi kesan kepada jiwa dan kesihatan isteri.     Ini adalah berdasarkan keputusan Muzakarah JawatankuasaFatwa Majlis Kebangsaan kali ke-12 pada 20 Januari 1977 yang membincangkan penggunaan kaedah perancang keluarga secara ... Read More »

Sudah Setahun Tapi Belum Tumbuh Gigi

  “Assalamu alaikum doktor, anak saya hamper berusia setahun, tetapi belum tumih gigi lagi. Adakah ia normal? Mohon pencerahan?”   Walaikum mus salam.   Selalunya gigi susu tumbuh pada usia 6 bulan, dimulai dengan siri gigi bawah pada usia 6-10 bulan diikuti dengan siri gigi atas pada usia 8-12 bulan.   Namun jangan risau kerana setiap kanak-kanak mempunyai pertumbuhan gigi yang berbeza. Malah ada yang lambat tumbuh gigi, sehingga berusia satu tahun baru tumbuh.   Pertumbuhan gigi ini selalunya disebabkan oleh tulang rahang atau gusi yang tebal.   Tetapi jika gigi susu masih tidak tumbuh selepas anak berusia 18 bulan, puan perlu membawa anak puan untuk pemeriksaan xray oleh doktor gigi. Read More »

Halalkah Produk Makanan Tambahan Yang Diambil Selepas Melahirkan Anak?

    “Salam doktor, saya ingin bertanya. Saya baru melahirkan anak. Perlukah saya mengambil makanan tambahan untuk saya kerana saya meragui kebanyakan produk yang dijual di farmasi dan on line. Mohon pencerahan.”     Sekiranya seorang ibu menjaga pemakanan yang baik dan seimbang, mengambil vitamin dan makanan tambahan mungkin tidak perlu.   Walau bagaimanapun, dengan tuntutan dan tekanan hidup selepas melahirkan anak, ramai wanita yang tidak dapat memastikan pemakanan mereka benar-benar berkhasiat .   Oleh itu, ramai wanita yang mengambil multivitamin dan makanan tambahan memastikan mereka mendapat semua nutrien yang diperlukan.   Namun begitu, harus berhati-hati kerana ada pengeluar multivitamin dan makanan tambahan yang tidak sensitif dengan soal halal dan haram.   Antara isu yang perlu diperhatikan ialah masalah yang berkaiatan dengan:   Gelatin berasal dari haiwan babi atau binatag ... Read More »

Apakah Penyusuan Ibu boleh Dilanjutkan?

“Asalamualaikum doktor. Anak saya sudah 2 tahun 4 bulan dan masih menyusu badan. Kalau anak bersama saya dia tak mahu susu botol. Adakah dibenarkn dalam islam doctor? Bukankah digalakkan sehingga berumur dua tahun saja?” Wa alaikum mus salam. Menurut kaedah Islam, tidak ada masalah menyusukan anak lebih dari 2 tahun, jika perkara itu tidak mendatangkan mudharat kepada bayi, dan dengan persetujuan suami dan isteri. Cuma kebiasaannya anak apabila sampai umur 2 tahun dia memerlukan makanan tambahan yang lain. Dalam al-Quran dari surah al-Baqarah ayat 233: وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.” Ayat ini hanya berupa panduan dan bukan menunjukkan suatu kewajipan yang membawa dosa jika menyalahinya. Al-Imam al-Qurtubiy ketika ... Read More »

Ada Ketumbuhan dalam Payudara

  “Assalamu alaikum doctor, sata berumur 30 tahun dan ibu saya meninggal dunia di usia 45 tahun akibat kanser payudara. Baru-baru ini ketika mandi, saya memeriksa payudara saya dan mendapati payudara saya ada ketulan. Saya sangat takut kerana kawan-kawan saya mengatakan bahawa jika ibu mengalami kanser payudara, anak perempuannya juga boleh mengalami masalah yang sama. Adakah ketulan ini bahaya, doctor. Mohon penjelasan”     Ramai wanita yang merasa risau apabila mendapati ada ketulan atau ketumbuhan di dalam payu dara mereka.   Bukan semua ketumbuhan di dalam payu dara merupakan kanser payu dara. Kebanyakan ketumbuhan ini adalah ketumbuhan biasa yang bukan berbentuk kanser.     Penyebab utama kanser payu dara masih belum diketahui tetapi dipercayai melibatkan faktor penyebab seperti faktor genetik dan faktor alam sekitar.   Walau bagaimana pun ramai juga ... Read More »

Makanan Tambahan dan Rawatan Kanser: Antara Manfaat dan Mudharat

  Pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi untuk pelbagai penyakit kanser sering mengalami kesakitan dan ketidakselesaan, akibat kesan sampingan yang melemahkan tubuh mereka.   Sesetengah pesakit  sanggup mengambil apa saja suplemen tambahan bagi mengurangkan kesan-kesan sampingan ini atau bertujuan untuk membantu menyembuhkan penyakit mereka.   Tetapi harus diingat bahawa sesetengah suplemen atau makanan tambahan atau ubat-ubatan herba mempunyai interaksi negatif dengan rawatan kanser ditetapkan.   Satu kajian dari Klinik Onkologi Midwestern diterbitkan pada tahun 2005 menunjukkan bahawa 65 peratus daripada pesakit yang menerima kemoterapi juga telah mengambil makanan tambahan , tidak termasuk vitamin.   Dua puluh lima peratus daripada mereka telah menggunakan satu atau lebih rawatan herba yang dianggap mempunyai interaksi negatif dengan ubat-ubatan kemoterapi. Majoriti pesakit tidak berunding dengan doktor yang merawat sebelum mengambil suplemen atau makanan tambahan ini.   ... Read More »

Batuk ketika hamil

  “Salam 1Malaysia doctor, saya ingin bertanya, saya mengalami batuk yang lama, lebih kurang sebulan. Minggu lalu batuk saya telah reda dan kemudian ia berulang, terutama pada waktu malam.   Sekarang ini saya hamil 35 minggu, dan telah melakukan pemeriksaan kahak dan doctor mengesahkan kahak saya tiada kuman.   Tiga minggu yang lalu, doctor telah memberikan saya ubat batuk dan antibiotik.   Saya bercadang ini menggunakan gula-gula untuk merawat batuk saya tetapi mengandungi AMBROXOL HYDROCHLORIDE.   Mohon penjelasan dan nasihat. Terima kasih.”       Wa alaikum mus salam.   Bagi ibu yang hamil yang mengalami batuk, saya selalu mencadangkan agar minum air secukupnya, lebih baik dari mengambil mana-mana ubat, terutama jika batuk yang dialami bukanlah disebabkan jangkitan kuman bakteria.   Saya ada menulis dalam blog.   http://drzubaidi.com/blog/?p=4823   Puan ... Read More »

Meningkatkan daya tahan ibu dan anak

  “Assalamu alaikum doktor, saya mengalami alahan yang kuat pada makanan dan habuk. Saya kerap demam, selsema dan sakit. Anak saya yang berusia 2 tahun juga selalu demam dan sakit. Banyak kali saya membawanya berjumpa doctor, tetapi beliau tetap mengalami masalah yang sama, iaitu demam dan selsema. Adakah daya tahan kami tidak kuat, doctor?”   Walalaikum mus salam.   Daya tahan seorang ibu sangat berkait rapat dengan bayinya. Hubungan emosi dan fizikal, sama ada memeluk anak, memberi makan dan menguruskan fizikal anak, sangat mempengaruhi daya tahan anak yang dijaganya.   Bagi ibu yang baru melahirkan anak, saya amat menggalakkan mereka memberikan susu ibu pada bayi mereka.   Kolostrum dalam susu ibu, adalah sumber yang kaya dengan pelbagai antibodi, dan sangat penting dalam memastikan kekuatan daya tahan bayi yang baru dilahirkan ... Read More »

Susu Ibu Cepat Kering

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya baru melahirkan anak dua bulan. Masalah saya ialah anak saya kerap menyusu, sehingga kering air susu saya. Bagaimana saya menambah semua susu saya. Mohon pencerahan.”   Wa alaikum mus salam.   Saya kerap menerima aduan yang mengatakan bahawa dari wanita yang sedang menyusukan bayi mereka dan mengatakan susu semakin kering.   Kekeringan susu ibu bukanlah suatu yang normal dan ia tidak juga berlaku secara semula jadi. Ia selalu berlaku pada awal tempuh pantang setelah melahirkan anak. Ia hanya bersifat sementara. Susu ibu selalunya akan bertamah jika dia tidak segera menghentikan penyusuan ibu.   Saya menasihatkan puan agar meneruskan penyusuan dan memberikannya dengan lebih kerap. Susu puan akan berkurangan apabila puan kurang menyusukan bayi atau mengurangkan masa penyusuan dan puan berada kedudukan yang tidak betul ketika ... Read More »

Makanan Tambahan dan Produk Herba juga ada kesan sampingan

    “Doktor, merujuk pada posting doctor, adakah suplemen yang berbentuk herba atau makanan tambahan yang selamat? Mohon pencerahan”   Wa alaikum mus salam.   Tidak semua suplemen herba dan makanan tambahan adalah selamat. Jika puan tidak pasti tentang keselamatan sesuatu makanan tambahan atau herba, bertanyalah dengan doktor puan, ahli farmasi, atau pakar diet.   Jika puan memngalami apa-apa penyakit dan sedang mendapatkan rawatan doctor, beritahu doktor yang merawat puan bahawa puan ingin menggunakan makanan tambahan atau herba jika puan menggabungkan suplemen herba atau makanan tambahan dengan dengan ubat-ubat doctor.   Adalah tidak selamat jika puan meninggalkan rawatan dan ubat-ubatan doctor dan hanya bergantung pada suplemen atau herba ini.   Bagitu juga dengan wanita yang sedang hamil atau menyusukan bayi. Pastikan produk yang mereka ambil selamat untuk diri dan anak ... Read More »

Perbezaan antara suplemen (makanan tambahan) dengan ubat

    “As salamu alaikum, doktor. Saya ingin bertanya, apa perbezaan antara ubat dengan suplemen? Adakah produk suplemen yang dijual di pasaran boleh merawat penyakit? Adakah suplemen selamat digunakan? Mohon pencerahan”   Di Amerika Syarikat makanan tambahan (dietary supplement) ditakrifkan sebagai bahan yang boleh dimakan atau diminum, sama ada dalam bentuk vitamin, mineral , herba, asid amino, atau campuran dari bahan-bahan ini.   Ia dipasarkan dalam bentuk pil , kapsul , tablet, atau bentuk cecair. Perlu diingat ia hanya menambah keperluan pemakanan dan dan tidak boleh dianggap sebagai pengganti untuk makanan.     Di Amerika Syarikat pasaran bagi suplemen sangat terbuka, sama ada boleh didapati di kedai-kedai makanan kesihatan, kedai runcit , farmasi, di Internet, dan melalui pos.   Masyarakat telah menggunakan bahan-bahan aktif dalam produk suplemen atau makanan tambahan ... Read More »

Susah Beri Ubat Pada Anak

“Salam doctor, saya mempunyai anak berusia 2 tahun. Baru-baru ini dia mengalami sawan akibat demam yang panas. Doktor menasihatkan agar memberikan ubat demam jika suhu badannya terlalu tinggi. Malangnya anak saya agak sukar untuk menelan ubat. Bolehkan saya memasukkan ubat ke dalam makanannya? Mohon pencerahan” Wa alaikum mus salam. Kanak-kanak bukan sengaja tidak mahu menelan ubat. Mereka berbuat demekian kerana rasanya yang pahit atau tidak sedap. Selalunya mereka akan memuntahkan sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja. Saya tidak rasa ada kanak-kanak yang sengaja melakukannya semata-mata untuk mencari perhatian ibubapa. Jika kanak-kanak melakukan hal tersebut, saya berpendapat sudah semestinyalah seorang anak mengharapkan perhatian yang lebih apabila mereka sakit, dan ianya adalah normal. Walau pun kanak-kanak itu enggan menelan ubat tersebut, ibu bapa perlu yakin bahawa dengan memberikan ubat itu anak-anak ... Read More »

Jangkitan Kuman di Paru-paru Lambat Baik

  “Salam doctor, baru-baru ini abang saya mengalami penyakit pneumonia dan telah dimasukkan ke dalam hospital selama dua minggu. Sebelum ini beliau mengalami penyakit diabetis. Walau pun telah dibenarkan keluar dari hospital, beliau masih kelihatan belum sihat kerana mengalami batuk dan susah bernafas. Sekarang sudah masuk sebulan, tetapi beliau masih kelihatan tidak sihat. Mohon pencerahan”    Wa alaikum mus salam.   Pneumonia adalah penyakit jangkitan kuman dalam paru-paru yang menyebabkan pesakit akan berasa letih dan sukar bernafas.   Selain itu, pesakit juga mungkin mengalami batuk berkahak yang teruk dan mengalambil masa yang lama, demam panas yang kuat dan pesakit mengalami rasa sukar bernafas.   Biasanya bagi pesakit dapat boleh dirawat di rumah dengan diberikan antibiotic dan insha ALLAH akan sembuh dalam masa seminggu.   Bagi pesakit yang telah berusia 60 ... Read More »

Hemodialisis noktural lebih baik dari hemodialisis biasa

    “Salam doctor, saya mendapat tahu rawatan dialysis waktu malam yang dilakukan di sesetengah hospital swasta lebih berkesan dari hemodialisis biasa. Adakah ia sesuai untuk suami saya seorang pesakit ginjal yang sedang menjalani dialysis dan mempunyai tekanan darah dan kolestrole yang tinggi. Beliau sering pengsan dan keletihan selepas rawatan hemodialisis. Mohon pencerahan, doctor”   Wa alaikum mus salam.   Alhamdulillah, sekarang pesakit ginjal ini masih ada harapan untuk meneruskan kehidupan kerana boleh menjalani rawatan haemodialisis, peritoneal dialisis atau pemindahan ginjal.   Majoriti pesakit memilih untuk menjalani haemodialisis kerana kos rawatannya yang tidak terlalu tinggi berbanding dengan pemindahan ginjal.   Tetapi pesakit juga mengalami penyakit jantung, rawatan hemodialisis yang biasa boleh menyebabkan sakit dada, tekanan darah rendah atau serangan jantung. Pesakit juga selalunya keletihan apabila selesai menjalani rawatan itu.   ... Read More »

Hadkan Penggunaan Minyak Masak untuk Menggoreng

    Penggunaan minyak masak dalam menyediakan makanan sama ada untuk tumisan atau menggoreng perlu dihadkan.  Ini kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak.   Jika minyak ini digunakan berulang kali, semakin banyak sisa toksik HNE atau 4-hydroxy-trans-2 nonel yang terkumpul dalam minyak itu. Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.   Menggunakan minyak yang telah digunakan beberapa kali akan mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit alzheimer, parkinson dan barah.   Sebaik-baiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja.  Jika minyak berkenaan telah bertukar warna menjadi perang kehitaman, minyak berkenaan perlu dibuang.   Minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!