Sudah Setahun Tapi Belum Tumbuh Gigi

“Assalamualaikum doktor, anak saya hamper berusia setahun, tetapi belum tumbuh gigi lagi. Adakah ia normal? Mohon pencerahan?”.

 

Walaikum mus salam.

Selalunya gigi susu tumbuh pada usia 6 bulan, dimulai dengan siri gigi bawah pada usia 6-10 bulan diikuti dengan siri gigi atas pada usia 8-12 bulan.

Namun jangan risau kerana setiap kanak-kanak mempunyai pertumbuhan gigi yang berbeza. Malah ada yang lambat tumbuh gigi, sehingga berusia satu tahun baru tumbuh.

Pertumbuhan gigi ini selalunya disebabkan oleh tulang rahang atau gusi yang tebal.

Tetapi jika gigi susu masih tidak tumbuh selepas anak berusia 18 bulan, puan perlu membawa anak puan untuk pemeriksaan xray oleh doktor gigi.

 

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!