“ASSALAMUALAIKUM, Saya mengalami penyakit batu karang sejak empat tahun lalu. Saya sudah menjalani pembedahan membuang batu dari buah pinggang tahun lepas. Tetapi penyakit itu kembali dan saya selalu mengalami kesakitan hingga ke hari ini.Kadang-kala keluar darah semasa saya buang air kecil. Adakah keadaan ini berbahaya, doctor? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Batu karang kerap berlaku di kalangan lelaki berumur antara 20 hingga 40 tahun. Namun, ada juga wanita yang mengalami masalah batu karang. Sakit yang dialami biasanya teruk dan tidak hairan jika lelaki dewasa boleh menangis bila sakit batu karang menyerang. Batu karang merupakan butir-butir …
Read More »Benarkah bayi sedawa dalam rahem?
“Assalamu alaikum, doctor. Saya hamil bayi pertama. Baru-baru ini saya telah berjumpa doctor dan telah menjalani pemeriksaan ultrasound. Kami diberitahu bahawa anak kami sihat dan telah mengalami “hiccup” walaupun masih berada dalam rahem. Saya agak pelik dengan kenyataan doctor itu tetapi saya tidak mendapat penjelasan yang baik dari doctor tersebut. Benarkan bayi dalam rahem boleh “hiccup” atau sedawa?” WA ALAIKUM MUS SALAM Bayi sememangnya boleh sedawa dalam rahem, tetapi sedawa bayi tidaklah seperti sedawa orang dewasa. Apabila bayi semakin matang di dalam rahem, secara semulajadinya mereka akan mula belajar bernafas bagi memudahkan mereka bernafas dengan …
Read More »KEGATALAN KULIT SELEPAS MENERIMA PEMINDAHAN DARAH
“Salam dokter, normal atau tidak sekiranya berlaku simptom kegatalan pada kulit selepas transfusi darah. Selepas bersalin tahun lepas sehinga sekarang saya masih mengalami kegatalan tersebut. Terima kasih dokter.” WA ALAIKUM MUS SALAM Memang boleh berlaku tindakbalas negatif yang berupa alahan dan kegatalan kulit selepas menerima pemindahan darah. Walaupun puan telah diberi darah yang sama dan sepadan dengan jenis darah puan, ia masih boleh memberikan reaksi alahan dan kegatalan kulit. Selalunya ia boleh dirawat dengan ubat antihistamine dan jarang memberikan masalah yang serius. Walau bagaimana pun reaksi alahan dan kegatalan kulit ini boleh berlaku dengan lebih …
Read More »Masalah air mani di kalangan lelaki
Ramai lelaki mempunyai nafsu seks yang normal dan ereksi normal, tetapi mempunyai masalah dengan puncak syahwat dan ejakulasi (orgasm/climax) yang mengganggu keseronokan seksual. Masalah-masalah ini boleh termasuk : Mencapai puncak syahwat dan ejaculating terlalu cepat (pancutan pramatang) Kesukaran mencapai orgasma (pancutan terlalu lambat) Mencapai orgasma tetapi tidak mempunyai ejakulasi (pancutan kering). Setiap satu daripada masalah-masalah ini mungkin mempunyai beberapa sebab-sebab yang berbeza, termasuk keadaan kesihatan, pembedahan dan kesan sampingan ubat. Wallahu a’lam.
Read More »BAYI BERDENGKUR KETIKA TIDUR
“Dr…saya nak btanya.anak saya berusia 4bulan.nafas anak saya selalu berbunyi.mcm ade kahak.tp die xpernah pun selsema atau batuk sblm ni.dan anak saya bdengkur sewaktu tdo..sewaktu cek up di klinik ksihatan. Mereka beritahu mgkin sbb salur pernafasan die masih lg kecik.sbb tu nafas die bbunyi.adakah pkara ini normal Dr?perlukah saya pergi ke Dr pakar utk langkah seterusnya? Trima kasih krana sudi luangkan masa mbaca emel ini.“ WA ALAIKUM MUS SALAM Jawaban yang diberikan seperti itu adalah tidak benar kerana ramai bayi yang normal dilahirkan tidak mempunyai masalah yang sama seperti anak puan. Ini bermakna, anak puan bukan berada dalam …
Read More »Mudharat dan bahaya tidak mengeluarkan IUCD dari rahem
“Assalamu’alaikum Dr Zubaidi. Saya pernah masukkan IUD pada tahun 2008 tujuannya untuk family planning. Tapi sampai sekarang saya masih pakai IUD tu. Ada effect tak? Sebab Doktor tu kata boleh pakai cuma 3 tahun. Ni dah nak masuk 6 tahun. Mohon pencerahan.” WA ALAIKUM MUS SALAM Selalunya doktor akan memberitahu jangka hayat IUCD yang digunakan. Selalunya antara 3-5 tahun. Saya mencadangkan puan mengeluarkannya bergantung kepada tempuh hayat IUCD yang digunakan. Jika puan menyimpan terlalu lama, ia boleh mendatangkan mudharat. IUCD yang lama tidak mencegah puan dari hamil. Ini bermakna puan boleh hamil dengan …
Read More »Bolehkah guna ubat Clomid untuk saluran fallopian tersumbat
“Salam doktor, saya memang memerlukan pendapat dari doktor tentang masaalah saya.saya ada anak berusia 7tahun. 2tahun lepas saya penah mengandung luar rahim.setelah tiub kiri dibuang hasil dari pemedahan itu doktor mengesahkan right tube of fallopian tube adheret to pouch of douglas dan retroverted uterus. hampir 2tahun ni saya berusaha untuk mengandung semula tapi masih tidak berhasil. saya sudah mengambil clomid selama 5pusingan haid dengan kadar dos yg paling tinggi 150mg. hasil dari sperm count dan blood test saya semua normal. Adakah usaha lain yang boleh saya lakukan selain IVF? WA ALAIKUM MUS SALAM Saya bersimpati dengan masalah …
Read More »Anak muntah selepas diberikan ubat.. Perlukah diberikan semula?
“Salam doc, anak saya demam. Dia berumur 8 tahun. Saya baru saja memberikan dia makan ubat demam dan antibiotic. Tidak sampai 5 min dia muntah semula. Perlukah saya beri makan semula ubat tadi tu, atau kena tunggu lama sikit baru beri semula, ataupun tak perlu beri kena tunggu next schedule baru makan ubat semula? terima kasih doctor.” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai kanak-kanak yang agak sukar mengambil ubat-ubatan terutamanya antibiotic. Ada pula yang muntah setelah diberikan ubat. Selalunya muntah begini disebabkan lendiran pada tekak dan saluran pernafasan, atau punperut mereka punuh dengan gas (angin) Jangan …
Read More »Umur 17 Belum Datang Haid
“Assalam..doktor. adik perempuan saya yang kini sudah berusia 17 tahun. Yang menjadi persoalan saya ialah, adik saya masih lg belum datang period…sedang kami adik beradik lain datang period sewaktu sekolah rendah lg. Buat pengetahuan doktor jugak, adik saya telah pergi ke hospital untuk mendapatkan kepastian..tetapi jawapan yang kami perolehi daripada doktor ialah..ia perkara biasa. Adakah normal ape yang dialami oleh adik saya. Di harapkan doktor dapat memberi penjelasan. Terima kasih.” Wa alaikum mus salam Apabila seorang remaja wanita sudah mencapai umur 16 tahun, tetapi tidak pernah datang haid, dan telah menunjukkan sifat kewanitaan, ia bukanlah perkara yang normal. Keadaan ini …
Read More »Mengira Hari Subur
“Salam. Doctor. Saya dan suami berumur 28 tahun. Kami tinggal berjauhan kerana urusan kerja. Saya tinggal bersama ibubapa saya. Kami akan berjumpa di hujung minggu atau hari kelepasan saja. Kami telah berkahwin selama 3 tahun dan masih belum mempunyai zuriat. Saya mendapati kitaran haid seperti berikut: 14 Jun 2013 11 Julai 2013 7 Ogos 2013 3 September 2013 30 September 2013 28 Oktober 2013 23 November 2013 18 Disember 2013 14 Januari 2014 10 Februari 2014 8 Mac 2014 Bolehkah dokter memberikan nasihat. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mendapati kitaran haid …
Read More »Mahu hamil tetapi saluran fallopian tersumbat
“Assalamualaikum Dr..sy nk minta pendapat dr.Sya dh 5thun kwin tp xde rezeki lg..thun lps sya opret buang cyst…tp kputusan tiub folopio sy tersumbt..ade x cara ln utk sya mengandung??” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mencadangkan suami puan membuat pemeriksaan air mani dulu. Jika normal, maka boleh lakukan teknik IVF. Boleh bincang dengan doktor yang merawat puan. Jika tidak, walaupun telah melakukan teknik IVF, keguguran boleh berlaku. Wallahu a’lam. KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link : https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz
Read More »Rasa sakit payudara selepas dan sesudah menyusukan bayi
“Salam. Urat breast belah kanan saya merasa sakit selepas breastfeed anak saya berumur 26hari. Rasa sakit seperti renjatan elektrik pada urat breast kanan. Sakit sangat bila sakit itu datang. Normal atau tidak? Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM. Merasa sakit pada payudara ketika dan selepas menyusukan bayi adalah perkara yang normal. Ini kerana puting dan areola (kawasan hitam di sekeliling puting) ditarik ke dalam mulut bayi. Selalunya selepas satu minit rasa sakit itu menjadi reda. Jika rasa sakit berterusan ketika menyusukan bayi, saya mencadangkan puan menukar kedudukan kepala bayi puan. Jika puan merasa …
Read More »Sperma Yang Berkualiti Rendah
“Assalamu alaikum, doktor, baru-baru ini saya menjalani pemeriksaan air mani. Doktor mengatakan sperma saya rendah kualitinya sehingga menyebabkan isteri saya sukar dihamilkan. saya sangat sedih dan terkejut. Apa yang dimaksudkan sebagai sperma yang berkualiti rendah?” WA ALAIKUM MUS SALAM Sperma dibentuk di dalam organ testis, iaitu telur zakar. Pembentukan sperma bermula apabila seorang remaja mencapai akhil baligh sehingga usia tua. Pada lelaki yang sihat, sperma dihasilkan sebanyak 300 juta sehari, dan mampu bertahan hidup selama 48 jam setelah ditempatkan di dalam vagina. Secara amnya, isipadu air mani seorang lelaki apabila berlakunya ejakulasi adalah 2.5 sampai 6 ml, dan jumlah sperma …
Read More »Bengkakan lemak pada kulit
“Assalamu mu alaikum doctor, saya ingin bertanya. Baru-baru ini saya perasan yang saya mempunyai dua bengkakan di bawah kulit, satu di peha dan satu di lengan yang berukur Antara 2-4cm. Bila ditekan tidak sakit. Saya agak bimbang kerana ada rakan-rakan yang mengatakan bahawa ia adalah tanda kanser kulit. Saya telah berjumpa doctor tetapi doctor hanya mengatakan bahawa ia adalah lipoma, iaitu ketumbuhan lemak di bawah kulit. Saya agak keliru dan masih bimbang jika ia adalah tanda kanser kulit seperti yang diberitahukan oleh rakan saya. Mohon pencerahan, dokter.” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya agak sukar bagi saya memberikan komen kerana saya …
Read More »Punca tangan, kaki dan lidah menjadi bengkak dan kebas semasa hamil
“Assalamualaikum doctor. Saya sedang hamil 38 minggu. Baru-baru ini secara tiba-tiba saya perasan tangan saya mengalami bengkakan (edema) yang mendadak. Saya perasan apabila cincin yang saya pakai menjadi terlalu ketat. Tangan dan kaki saya juga terasa membengkak. Mohon pencerahan. Terima kasih, doctor?” WA ALAIKUM MUS SALAM Wanita yang hamil, biasa mengalami rasa kebas dan bengkak pada pelbagai bahagian tubuh mereka, terutama pada lengan, tangan, jari tangan, kaki dan jari kaki, mulut dan lidah. Rasa kebas dan bengkak seperti ini biasanya disebabkan oleh ‘water retention’ atau pengekalan air dalam tubuh. Oleh itu merasa bengkak dan kebas dan akan …
Read More »Ujian darah untuk mencari punca alahan
“Salam docter, saya mahu membuat pertanyaan. Saya mengalami kegatalan sejak bulan Feb yang lalu. Saya tidak tahu apa punca kegatalan itu. Saya memang ada alahan tetapi sebelum itu saya tidak ada makan makanan seafood dan telur. Sampai sekarang gatal bertambah teruk sehingga menjadi sampai dekat kedua-dua siku dan lutut saya. Mula-mula kegatalan itu hanya dekat celah peha saja, yang mana telah menjadi kurap. Apa sebab kegatalan ini berlaku ya dokter? Saya sudah tidak tahan setiap mlm asyik menggaru sampai menjadi luka. Apa yang bagus diamalkan untuk kurangkan rasa gatal ini ya doc? Mohon bantuan dr doc. Terima kasih.” WALAIKUM MUS …
Read More »Dimarahi kerana kehamilan kembar
“Assalamu alaikum dokter, saya baru-baru ini disahkan kehamilan kembar dan usia kehamilan saya ialah 20 minggu. Akibat kesibukan bekerja sebagai operator di sebuah kilang (majikan saya tidak menggalakkan saya kerap keluar dari kilang untuk ke klinik) maka saya terlepas beberapa tarikh pemeriksaan antenatal. Malangnya saya pula dimarahi oleh jururawat dan bidak di Klinik Ibu dan Anak. Mereka mengatakan bahawa saya menémpah bahaya kerana gagal datang pada tarikh yang ditetapkan. Adakah “menempah bahaya” disebabkan saya hamil kembar? Mohon pencerahan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM. Saya memahami dan bersimpati dengan masalah. Saya juga tidak bersetuju dengan cara majikan puan …
Read More »Rahim tidak kuat
“Assalammualaikum Dokter. Saya ingin bertanya tentang ‘cervical incompetence”. Adakah benar, apabila seorang wanita yang pernah mengalami masalah ini, akan menjalani cerclage pada kehamilan yang berikutnya? Mohon pencerahan. Terima kasih doktor”. WA ALAIKUM MUS SALAM Seorang wanita yang mempunyai ‘cervical incompetence’ bermakna pangkal rahemnya (cervik) di mana ‘jalan’ di mana bayi dikeluarkan dari rahem, sebelum melalui faraj, mengembang lebih awal sebelum tiba masanya, menyebabkan proses kelahiran pramatang bermula. Dalam bahasa yang lebih mudah, pangkal rahem menjadi tidak kuat untuk ‘memegang’ bayi dalam rahem, sehingga menyebabkan bayi mudah keluar (lahir), sebelum waktu yang sepatutnya. Seorang wanita didiagnosakan …
Read More »Rasa Jantung Berdebar-debar..
“Salam Tuan Doktor. Saya hendak bertanya berkenaan jantung. Baru-baru ini saya mengalami debaran atau degupan yang tiba-tiba laju dalam kekerapan setiap dua minit. Masalah ini saya sudah hadapi seminggu. Adakah ia salah satu petanda yang mengatakan jantung saya bermasalah. Apakah tindakan susulan yang harus saya lakukan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Rasa berdebar-debar dan merasa jantung bergedup laju seperti selepas berlari, ada kalanya suatu fenomena yang normal dan ada kalanya menandakan permulaan suatu penyakit. Biasanya jantung berdegup secara normal antara 60 – 100 kali seminit. Degupan jantung yang cepat melebihi 100 seminit, ini dinamakan ‘tachycardia’. Kadar jantung yang …
Read More »Memotong kuku semasa hadas besar
“Ustazah, apakah benar seseorang yang datang haid atau berhadas besar (berjunub) tidak boleh potong kuku atau gunting rambut? Saya mendengar seorang ahli agama berkata, jika berbuat juga anggota itu akan datang di akhirat kelak dlm keadaan kotor jika tidak dimandikan kemudiannya. Apakah terdapat dalil-dalil yang demikian itu?” Dijawab oleh Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad, Soalan ini selalu ditanya pada guru-guru agama dan sudah dijawab dengan jelas sekali. Namun saya cuba menjelaskan sekali lagi dalam ruangan ini. Semoga Allah Taala menguatkan iman kita untuk beramal dengan yakin selepas ini tanpa mempersoalkan hukum-hukum ranting ini kerana banyak lagi perkara asas …
Read More »Merancang Anak Lelaki
“ASSALAMU ALAIKUM. Saya sudah mempunyai 3 orang anak perempuan. Suami saya mahukan anak lelaki pula. Orang kata pemakanan yang diamalkan oleh ibu ketika merancang kehamilan boleh mempengaruhi apa jantina anak dalam kandungannya. Saya menerima pelbagai nasihat dari orang tua saya.Mohon pencerahan dan tip untuk mendapat anak lelaki.” WA ALAIKUM MUS SALAM Pertamanya saya mengucapkan tahniah pada puan kerana ALLAH telah menganugerahkan 3 orang anak perempuan sebagai suatu tanggungjawab untuk puan menjaganya. Puan harus rasa bertuah kerana ramai lagi wanita yang tidak mendapat anugerah seperti mana yang puan perolehi, ramai yang hanya mempunyai seorang anak dan ada yang tiada anak langsung. …
Read More »Tekanan darah yang tidak stabil
“Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya soalan. Minggu lepas saya baru keluar dari hospital disebabkan tekanan darah naik dan turun. Bacaan 171/110 kadang 97/47 dalam masa seminggu. Doktor telah buat ujian CT scan, pemeriksaan jantung dan x-ray dan mendapati saya normal. Saya mengalami masalah sakit kepala di sebelah kanan. Saya tidak tahu apa sakit saya ?apa pendapat doktor denga masalah saya?. Mohon pencerahan”. WA ALAIKUM MUS SALAM Saya tidak dapat memberikan komen yang terperinci kerana tidak memeriksa puan dan tidak melihat keputusan pemeriksaan yang dijalankan oleh doctor. Namun saya percaya puan mengalami masalah yang agak serius kerana sakit …
Read More »Seorang rakan ingin minta saya promosikan “gula tebu hitam” yang cukup hanya setitik dalam minuman atau masakan. Saya mencubanya. “Ini gula tiruan aspartame. Bukan gula tebu hitam..” Ya kah doctor? “Saya pasti. Pertama rasanya macam pahit sikit (metallic taste) dan keduanya aspartame memang sangat manis, iaitu 200 kali lebih manis dari gula tebu. Sebab itu setitik pun sudah cukup. Yang ketiga semua gula tebu sama, Cuma sepsis yang berlainan, tidak mengubah rasa dengan ketara. Keempat menggunakan setitik aspartame memang tiada kalori. Sebab itu ramai pesakit diabetic gunakan sebagai pengganti gula..” Jadi tidak boleh gunalah…? …
Read More »Sembelit Punca dari Pemakanan
“Saya mempunyai anak berusia empat tahun dan dia sering mengalami sembelit banyak. Sejak dia berumur 18 bulan saya telah memberikan makanan separuh pepejal. Saya pernah bawa anak saya untuk pemeriksaan doctor. Dia memberitahu bahawa anak saya sihat. Soalan saya adalah sembelit ini disebabkan pemakanan atau adakah punca lain? Bolehkah saya memberikan ubat klinik untuk melembutkan najis dia. Mohon pencerahan doktor”. Sembelit biasanya disebabkan oleh pemakanan yang diambil oleh kanak-kanak itu dan ia akan menjadi lebih teruk apabila dia berasa sakit ketika hendak membuang air besar. Oleh itu saya menasihatkan agar ibu bapa cuba mengubah cara pemakanan anak mereka …
Read More »Berapa banyak serat yang anak-anak perlu dalam diet mereka?
“Doktor, saya berada di UK dan agak sibuk sebagai pelajar PhD. Adakalanya saya tidak sempat memasak untuk anak saya dan membeli makanan bayi yang telah siap diproses dalam tin, kerana ada kalanya anak saya yang berusia 3 tahun ini agak sukar untukdilayan selerenya. Selalunya saya memesan kepada pengasuh anak saya (pelajar yang sedang bercuti) untuk memberikan makanan itu kepada anak saya. Bagaimana saya memastikan anak saya mendapat cukup serat dalam makanan bagi mengelakkan dia mendapat sembelit?. Mohon pencerahan”. Wa alaikum mus salam. Ramai kanak-kanak yang tidak makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, malah mempunyai lemak yang agak tinggi dalam …
Read More »Memberi susu botol pada bayi sebelum tidur
“Salam doctor. Saya banyak kejadian tersedak susu berlaku di kalangan kanak-kanak dan bayi. Saya ingin bertanya, bahayakah kalau kita membiarkan anak kita minum sendiri dalam botol susu. Kadang kala saya tertidur ketika menemankan anak saya yang berumur setahun ketika dia menyusu botol sebelum tidur di atas katil. Mohon pencerahan” Wa alaikum mus salam. Memberi bayi puan susu dalam botol ketika dia berada di dalam katil, telah menjadi amalan ramai ibu dan pengasuh ketika memujuk bayi mereka untuk tidur. Walau bagaimanapun , meninggalkan botol dalam mulut bayi ketika beliau hendak tidur, bukanlah amalan yang baik. Ia boleh menyebabkan bayi puan mengalami …
Read More »Punca payudara sakit
Terdapat beberapa punca tidak berbahaya yang menyebabkan sakit payudara, yang berkaitan dengan perubahan hormon. Ini boleh termasuk: 1. Awal waktu baligh pada kanak-kanak perempuan 2. Kedatangan haid dan sindrom prahaid (PMS) 3. Kehamilan – terutama di awal kehamilan Jika sakit payudara berlaku selepas beberapa melahirkan anak, ia mungkin disebabkan oleh Mastitis, iaitu jangkitan kuman pada saluran kelenjar susu. EKF sangat baik untuk wanita yang kerap mengalami rasa sakit pada payudara. https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah Wallahu a’lam. Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C …
Read More »Ubat Penahan Sakit untuk Wargatua boleh menyebabkan AF dan MI
Nonsteroidal ubat anti-radang (NSAID), termasuk NSAID nonselective dan cyclooxygenase-2 (COX-2) inhibitor, sering diberikan bagi mengurangkan rasa kesakitan pada sendi dan tubuh, serta akibat kecederaan, dan keradangan . Dalam satu kajian meta-analisis yang diambil dari 31 kajian yang melibatkan 116,429 pesakit, memeriksa risiko berlakukan masalah kardiovaskular yang berkaitan dengan NSAIDs. Berbanding dengan placebo, terdapat peningkatan yang ketara terhadap risiko serangan sakit jantung, strok, dan kematian akibat masalah kardiovaskular terhadap penggunaan NSAID (terutama wargatua). Rujuk: Trelle S, Reichenbach S, Wandel S, et al. Cardiovascular safety of non-steroidal anti-inflammatory drugs: network meta-analysis. BMJ. 2011;342:c7086. Antara punca wargatua …
Read More »MAKANAN YANG MENGHASILKAN ANGIN DALAM ABDOMEN
Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin. Raffinose terdapat pada makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks, manakala bunga kubis (cauliflower), kubis brussel (brussels sprouts), asparagus, brokoli dan kubis. Laktos ialah gula semulajadi yang terdapat pada susu dan makanan yang mengandungi susu seperti keju dan aiskrim. Fruktos banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis (sweetener) dalam minuman ringan dan jus buah-buahan. Sorbitol diperolehi secara semulajadi daripada buah-buahan termasuk epal, pir, pic dan prun. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam makanan untuk diet, gula-gula dan gula getah. …
Read More »Bayi baru lahir Susu ibu tidak cukup
“Assalam mu alaikum, doctor. Saya baru melahirkan anak beberapa minggu yang lepas. Saya tinggal di perantauan di KL bersama suami. Ibubapa saya berada di Sabah. Saya terpaksa menguruskan diri dan anak sendirian tanpa pengetahuan. Saya mendapati anak saya tidak mahu menyusu dengan baik. Dia menysusu sebentar dan mudah kenyang. Berat badan pun semakin menyusut. Banyak nasihat yang saya dengar. Adakah saya sudah tidak mempunyai susu yang cukup. Mohon nasihat doctor” Wa alaikum mus salam. Ramai dari ibubapa yang sering keliru apabila menerima nasihat yang salah dari teman-teman mengenai perkembangan anak mereka. Nasihat yang diberikan bukanlah atas fakta yang betul, tetapi …
Read More »Bengkakan Payudara
Assalamualaikum doktor… Saya hendak bertanya mengenai permasalahan breast lump yg telah saya alami selama 1@2 tahun.Saya perasan timbulnya biji sebesar guli selepas saya memakan “thanyaporn breast enlargement” pada tahun 2012.Saya amat takut untuk bertemu dengan doktor di Brunei. Adakah dengan memakan EKF lumps tersebut akan mengecut? Untuk pengetauhan doktor,saya telah memakan EKF selama 10 hari secara teratur. Saya ingin mengambil suplement ini secara berterusan tanpa perlu membuat sebarang pembedahan.Adakah doktor ada saranan lain? Terima kasih di atas maklum balas yang doktor beri. Wa alaikum mus salam. Berdasarkan pada cerita puan, saya yakin ia bukanlah ketumbuhan yang disebabkan oleh kanser payudara …
Read More »Membantu pesakit dalam penerbangan
Saya sering menaiki kapalterbang. Kadangkala terfikir juga, perlukah saya memberikan reaksi dan pertolongan jika berlaku sebarang kecemasan dalam perubatan. Pengalaman saya dalam perjalanan di sebuah bas, ketika menghadiri Perhimpunan Peladang di Segamat beberapa minggu lepas, amat menyedarkan saya hal ini. Seorang rakan di sebelah saya kebetulan mengalami sawan sehingga mukanya menjadi biru. Alhamdulillah saya membantunya menggunakan kemahiran pertolongan cemas yang saya ada. Dalam masa 15 minit, beliau telah sedar semula. Sejam kemudian, ketika bas berhenti, beliau telah turun dan menikmati minuman panas di sebuah R&R. Bagaimana pula jika ia berlaku dalam sebuah penerbangan? Secara purata dalam dunia penerbangan kormesial, kecemasan …
Read More »Sukar Hamil akibat Azoospremia?
“Salam doc, Saya dan suami pernah berjumpa dengan doctor dan dia mengatakan yang suami saya mengalami azoospermia akibat kecacatan sejak kecil yang mana tidak mempunyai kilang penghasilan hormon lelaki. Betulkah telahan doctor itu? Sebab saya pernah hamil 2 kali tetapi keguguran pada minggu ke7 kehamilan. Mohon pencerahan”. Wa alaikum mus salam. Jika puan pernah hamil dalam waktu terdekat, bermakna suami puan dan puan kedua-duanya tidak mempunyai masalah untuk hamil semula. Ini juga bermakna suami puan tidak mengalami masalah kilang hormone lelaki dan tidak mempunyai masalah sperma yang teruk. Cuma janin yang telah disenyawakan tidak dapat hidup lama kerana kualiti …
Read More »Steroid dalam Ubat Herba
“Salam doctor, saya pesakit gout dan sedang mengamalkan ubat herba. Sangat mujarab dan sakit saya telah hilang sepenuhnya. Cuma saya perasan berat saya bertambah. Adakah ubat herba seperti ini boleh diamalkan dan berkesan untuk penyakit gout saya?” Wa alaikum mus salam. Saya percaya “ubat herba”yang diamalkan oleh saudara mengandungi steroid. Pihak berkuasa telah banyak melakukan serbuan dan rampasan ubat yang mengandungi steroid berbahaya. Kebanyakan ubat ini dijual untuk merawat sakit sendi. Biar pun rampasan demi rampasan dilakukan, namun masih banyak ubat-ubat yang dijual semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Pembuat ubat ini selalunya berselindung atas nama ubatan herba semulajadi …
Read More »Haid tak datang selepas gunakan Postinor
“Assalammualaikum doctor. Saya ingin bertanya. Saya sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Minggu lepas saya ada melakukan hubungan intim bersama suami saya, dan disebabkan kami berada jarak jauh, saya merancang menggunakan postinor 2 tuk mngelakkan hamil. Masalah saya kenapa saya masih belum dating hai, sedangkn saya dah mengambil kedua2 biji seperti yang di sarankan. Seseblum ini saya tiadak ada masalah apabila ambil postinor. Mohon pencerahan” Wa alaikum mus salam. Semua ubat-ubatan pencegah kehamilan mempunyai kesan sampingan. Paling biasa kesan sampingan adalah kecil, namun ada beberapa kesan sampingan yang boleh menjadi lebih serius. Saya harap puan …
Read More »Bayi mati akibat mandi air sejuk
“Assalamu alaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Dktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak. Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kemudaratan da ada yang boleh menyebabkan kematian pada bayi. …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
