“Salam dokter, normal atau tidak sekiranya berlaku simptom kegatalan pada kulit selepas transfusi darah. Selepas bersalin tahun lepas sehinga sekarang saya masih mengalami kegatalan tersebut. Terima kasih dokter.”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Memang boleh berlaku tindakbalas negatif yang berupa alahan dan kegatalan kulit selepas menerima pemindahan darah.
Walaupun puan telah diberi darah yang sama dan sepadan dengan jenis darah puan, ia masih boleh memberikan reaksi alahan dan kegatalan kulit.
Selalunya ia boleh dirawat dengan ubat antihistamine dan jarang memberikan masalah yang serius.
Walau bagaimana pun reaksi alahan dan kegatalan kulit ini boleh berlaku dengan lebih serius jika ia menyebabkan kesukaran bernafas, tekanan darah rendah, denyutan jantung yang cepat dan rasa loya.
Saya mencadangkan puan berjumpa dengan doctor semula bagi mendapatkan rawatan yang lengkap.
Krim sapuan keluaran UTM yang diformulakan oleh penyelidik (saintis) tempatan. Dirumuskan dari ekstrak Labicea Pumila (Kacip Fatimah), didapati dapat membantu meningkatkan kekenyalan dan kelembapan kulit, di samping melicinkan kulit tanpa meninggalkan kesan minyak. Sangat selamat digunakan dan tidak mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya.
Boleh dapatkan LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER di S I N I :

Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
