Ubat Penahan Sakit untuk Wargatua boleh menyebabkan AF dan MI

 

old man medicine

 

Nonsteroidal ubat anti-radang (NSAID), termasuk NSAID nonselective dan cyclooxygenase-2 (COX-2) inhibitor, sering diberikan bagi mengurangkan rasa kesakitan pada sendi dan tubuh, serta akibat kecederaan, dan keradangan .

 

Dalam satu kajian meta-analisis yang diambil dari 31 kajian yang melibatkan 116,429 pesakit, memeriksa risiko berlakukan masalah kardiovaskular yang berkaitan dengan NSAIDs.

 

Berbanding dengan placebo, terdapat peningkatan yang ketara terhadap risiko serangan sakit jantung, strok, dan kematian akibat masalah kardiovaskular terhadap penggunaan NSAID (terutama wargatua).

 

Rujuk: Trelle S, Reichenbach S, Wandel S, et al. Cardiovascular safety of non-steroidal anti-inflammatory drugs: network meta-analysis. BMJ. 2011;342:c7086.

 

Antara punca wargatua mempunyai risiko yang tinggi ialah apabila NSAID boleh menyebabkan AF (degupan jantung di bahagian atrium yang laju) terutama pada wargatua yang mempunyai masalah tekanan darah yang tinggi atau lemah jantung.

 

Rujuk: Gurwitz JH. NSAID and fibrilasi atrium. BMJ. 2011; 343: d2495.

 

Jadi wargatua yang mempunyai penyakit kronik seperti penyakit tekanan darah yang tinggi, dan masalah lemah jantung diingatkan agar berhati-hati ketika mengambil NSAID sebagai ubat penahan sakit.

 

Wargatua harus mengambil langkah proaktif dengan memberitahu doctor mereka penyakit yang mereka alami sebelum diberikan ubat itu.

 

Wallahu a’lam.

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!