Pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi untuk pelbagai penyakit kanser sering mengalami kesakitan dan ketidakselesaan, akibat kesan sampingan yang melemahkan tubuh mereka.
Sesetengah pesakit sanggup mengambil apa saja suplemen tambahan bagi mengurangkan kesan-kesan sampingan ini atau bertujuan untuk membantu menyembuhkan penyakit mereka.
Tetapi harus diingat bahawa sesetengah suplemen atau makanan tambahan atau ubat-ubatan herba mempunyai interaksi negatif dengan rawatan kanser ditetapkan.
Satu kajian dari Klinik Onkologi Midwestern diterbitkan pada tahun 2005 menunjukkan bahawa 65 peratus daripada pesakit yang menerima kemoterapi juga telah mengambil makanan tambahan , tidak termasuk vitamin.
Dua puluh lima peratus daripada mereka telah menggunakan satu atau lebih rawatan herba yang dianggap mempunyai interaksi negatif dengan ubat-ubatan kemoterapi. Majoriti pesakit tidak berunding dengan doktor yang merawat sebelum mengambil suplemen atau makanan tambahan ini.
Apa yang membimbangkan, ada suplemen, atau makanan tambahan atau ubatan herba yang berinteraksi dengan dan mengurangkan tahap keberkesanan rawatan kemoterapi.
Makanan tambahan yang mempunyai antioksida seperti vitamin E juga mempunyai potensi untuk mengganggu rawatan ini.
Ini kerana suplemen yang mempunyai kesan antioksida jika diambil dalam dos yang tinggi boleh melindungi kedua-dua biasa dan sel-sel tumor. Oleh itu ia tidak digalakkan.
Walaupun bagaimana begitu pun ada beberapa makanan tambahan berbentuk herba yang membantu meningkatkan keberkesanan rawatan kemoterapi.
Jadi yang penting, harus berbincang dengan doctor yang merawat.
Wallahu a’lam.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link ini
MODUL KELAS PEMAKANAN PESAKIT KANSER
Pelajari dan ketahui pemakanan yang baik dan tidak baik kepada pesakit kanser melalui Modul Kelas Kanser dan Pemakanan oleh Dr Zubaidi