Bagaimana saya boleh tahu demam bayi saya serius?

As salam mu alaikum, doctor. Anak saya sudah berusia setahun 2 bulan dan sudah 7 hari demam. Saya ada bawa diake  hospital dan telah melakukan ujian darah. Doktor memberitahu bahawa semuanya OK tetapi saya rasa dia  sekarang makin panas 39 c. Apa nasihat doktor.Terimma kasih.

Wa alaikum mus salam.

Saya memahami perasaan puan. Ibu mana yang tidak risau jika anaknya mengalami demam yang panas dan berlarutan.

Saya juga selalu merawat bayi dan kanak-kanak yang mengalami demam, dan jarang memberikan ubat antibiotic kecuali jika ianya benar-benar perlu.

Cuma ibubapa yang risau, datang semula dan bertanyakan jika anak mereka perlukan antibiotik.

Antibiotik hanya perlu untuk bayi dan kanak-kanak yang demam akibat jangkitan kuman bakteria saja. Jika ia disebabkan oleh virus yang biasa, antibiotic tidak diperlukan dan penggunaan antibiotic akan membawa mudarat. Demam selalunya akan mengambil masa beberapa hari, dan kemudian anak puan akan sihat semula.

Bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, pastikan anak puan benar-benar dengan mengukur suhu badannya dengan menggunakan alat thermometer yang sesuai. Puan perlu hubungi doktor puan jika bayi puan demam dan keadaannya tidak aktif.

Sebagai doctor, saya selalu berpandukan kepada kelakuan bayi atau kanak-kanak itu, berbanding dengan suhu badan mereka. Jika mereka masih aktif, tidak merengek, menyusu atau minum/makan, dan tiada tanda ruam atau bengkakan kelenjar, ubat demam sudah memadai. Berikan dos yang secukupnya.

Namun begitu jika bayi puan berumur setahun ke bawah, eloklah berjumpa doctor untuk pemeriksaan. Jika doctor mendapati pemeriksaan fizikal dan darahnya normal, tidak perlu risau. Berikan ubat demam dan galakkan dia minum secukupnya.

Bayi yang demam, tidak aktif dan tidak mahu menyusu atau makan/minum, beliau harus diberikan rawatan IV drip bagi mengelakkan dehidrasi yang boleh menyebabkan tubuhnya sukar sembuh dan ada kalanya boleh membawa maut.

Wallahu a’lam.

 

 

Tingkatkan daya tahan anak anda terhadap jangkitan dengan Set Anak Sihat :

 

https://www.needsvenue.com.my/collections/kombo-istimewa/products/-set-anak-sihat-1-unit-immuneedz-vit-c-1-unit-fish-oil-500mg

 

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!