Susah Beri Ubat Pada Anak

“Salam doctor, saya mempunyai anak berusia 2 tahun. Baru-baru ini dia mengalami sawan akibat demam yang panas. Doktor menasihatkan agar memberikan ubat demam jika suhu badannya terlalu tinggi. Malangnya anak saya agak sukar untuk menelan ubat. Bolehkan saya memasukkan ubat ke dalam makanannya? Mohon pencerahan”

Wa alaikum mus salam.

Kanak-kanak bukan sengaja tidak mahu menelan ubat. Mereka berbuat demekian kerana rasanya yang pahit atau tidak sedap. Selalunya mereka akan memuntahkan sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja.

Saya tidak rasa ada kanak-kanak yang sengaja melakukannya semata-mata untuk mencari perhatian ibubapa. Jika kanak-kanak melakukan hal tersebut, saya berpendapat sudah semestinyalah seorang anak mengharapkan perhatian yang lebih apabila mereka sakit, dan ianya adalah normal.

Walau pun kanak-kanak itu enggan menelan ubat tersebut, ibu bapa perlu yakin bahawa dengan memberikan ubat itu anak-anak mereka mendapat manfaat dengan izin ALLAH.

Sebagai contoh kanak-kanak yang sering diserang sawan apabila mengalami demam yang kuat, haruslah faham bahawa ubat demam sangat penting diberikan terutama ketika mereka sedang mengalami demam yang kuat.

Jadi memberikan ubat sebenarnya menguji sifat sabra ibubapa. Mereka bertanggungjawab memjuk anak untuk mengambil ubat tersebut. Terangkan kepada kanak-kanak bahawa ubat yang diberikan adalah untuk manfaat mereka sendiri.

Jangan menipu anak-anak, kononnya rasa ubat itu sedap padahal rasanya tidak sedemikian. Menipu begini akan menyebabkan anak-anak akan hilang kepercayaan pada kata-kata ibubapa mereka.

Memberikan ubat dalam makanan atau susu juga tidak harus dilaakukan kerana ia dapat dikesan oleh anak-anak dan mereka akan menganggap bahawa ibubapa mereka cuba menipu mereka.

Berikan sokongan motivasi berupa kata-kata semangat dan pelukan pada anak-anak.

Jika tidak Berjaya, mungkin ibubapa hentikan dulu percubaan mereka anak ubat. Pujuk mereka dan jadikan cara paksaan adalah cara terakhir untuk mereka.

Mungkin dengan memberikan denda dengan tidak membenarkan mereka melakukan aktiviti yang menyeronokkan sehingga ubat itu ditelan. Sebagai contoh tidak memberikan i-pad pada anak-anak sehingga mereka menelan ubat.

Ubat berbentuk sirap hanya boleh dicampurkan dengan makanan yang cair, setelah memberitahu mereka. Sebagai contoh mencampurkan ubat ke dalam jus epal,  ais krim, jeli , kentang lenyek, atau yogurt.  Tujuan  mencampurkan ubat itu adalah untuk membantu mereka menelan ubat dengan lebih baik, bukan untuk menipu mereka.

Cara lain ialah dengan mengambil dos ubat yang diisikan dalam picarigari, kemudian tarik 2-3 ml madu ke dalam picagari yang sama, supaya apabila diberikan anak-anak rasa madu terlebih dahulu sebelu merasa ubat yang diberikan.

Saya harap ia membantu. Wallahu a’lam.

Leave a Reply

error: Content is protected !!