Simpan susu formula dalam peti sejuk

 

susu formula petisejuk

 

“Doktor, anak saya selalu tidak menghabiskan susu Isomil yang saya berikan. Memandangkan susu itu agak mahal, bolehkah saya menyimpan dalam peti sejuk, dan berapa lama ia boleh disimpan?”

 

Wa alaikum mus salam.

 

Setelah puan membancuh susu formula, jangan biarkan ia berada pada suhu bilik untuk lebih dari sejam.

 

Ini kerana dibimbangi susu itu akan membiakkan bakteria di dalamnya.

 

Jadi jika bayi puan tidak mahukan lagi sus botol, buangkan saja bakinya jika sudah melebihi sejam pada suhu bilik.

 

Oleh itu, saya mencadangkan puan membancuh susu formula setiap kali waktu penyusuan dan bukannya membancuh susu formula dan disimpan.

 

Walaupun menyimpannya didalam petisejuk, bakteria boleh membiak dalam susu dalam tempoh masa empat jam. Jadi jangan simpan susu formula di dalam peti sejuk selama lebih 4 jam.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

error: Content is protected !!