Bahayakah Pemanis Tiruan?

“Salam doctor, saya ada soalan berkenaan dengan pemanis tiruan, memandangkan saya sedang berdiet, jadi saya cuba mengelak gula dalam keperluan tubuh saya, tetapi pada masa yg sama saya menggantikan pemanis tiruan brand equal dalam minuman saya. Adakah pemanis ini akan memberi apa-apa kesan dalam tubuh saya sekiranya saya mengambilnya 1 sacshet sehari bagi menggantikan gula? mohon pencerahan. terima kasih”

 

Wa alaikum mus salam.

 

Equal adalah jenama pemanis tiruan mengandungi aspartame, dekstrosa dan maltodekstrin. Ia digunakan untuk mendapatkan rasa manis dalam minuman dan makanan tanpa mendapat kalori.

 

Isu tentang sama ada aspartame adalah bahan yang berbahaya atau tidak, telah menjadi perbincangan hebat semenjak tahun 1990an lagi.

 

Aspartame adalah bahan utama dalam pemanis tiruan, kira-kira 200 kali lebih manis daripada sukrosa, atau gula biasa. Oleh ini, aspartame boleh menghasilkan empat kilokalori tenaga per gram.

 

Tetapi selalunya untuk mendapatkan rasa manis, kuantiti aspartame diperlukan sangat sedikit dan menghasilkan tenaga kalori yang sangat kecil sehingga boleh diabaikan.

 

Satu artikel dalam satu journal yang diterbitkan dalam 2007, telah membuat kesimpulan bahawa ” bukti saintifik yang sedia ada menunjukkan bahawa aspartame adalah selamat pada paras yang dibenarkan”

 

Rujuk: Magnuson BA, Burdock GA, Doull J et al. (2007). “Aspartame: a safety evaluation based on current use levels, regulations, and toxicological and epidemiological studies”. Critical Reviews in Toxicology 37 (8): 629–727

 

Walau bagaimanapun, ia tidak boleh digunakan oleh pesakit phenylketonuria(PKU).

 

Dos yang dibenarkan ialah 40-50 mg / kg berat badan untuk aspartame.

 

Cuma jika puan dapat mengurangkan keperluan untuk mendapatkan rasa manis dalam makanan dan minuman, maka puan tidak memerlukan aspartame. Maka ini lebih baik.

 

Wallahu a’lam.

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!