“As salamualaikum doktor, saya ingin bertanya, anak saya berusia 2 bulan. Adakah menjadi kebiasaan bayi berusia 2 tahun membuang air besar sebanyak 4-5 kali sehari. Najis dia berwarna kuning dan kadangkala kehiijauan. Saya risau. Mohon pencerahan.”
Walaikum mus salam.
Ramai ibu bapa seperti puan berasa bimbang bahawa bayi mereka mengalami ceret beret kerana kerap membuang air besar. Secara kebiasaannya bayi yang baru lahir mempunyai banyak pergerakan usus. Ini akan menyebabkan anak puan akan buang air besar banyak kali dalam sehari.
Warna najis bayi puan akan bergantung kepada pemakanan yang diberikan, sama ada dia meminum susu ibu atau formula.
Najis bayi yang baru lahir susu ibu biasanya kekuningan , sama ada lembut atau cair. Ia boleh berlaku sehingga lima kali sehari.
Kadang-kadang bayi yang diberikan susu ibu akan membuang air besar semasa atau selepas puan memberikan susu ibu.
Namun begitu dalam tempoh sebulan, bayi yang diberikan susu ibu secara perlahan-lahan akan kurang membuang air besar dalam sehari.
Najis bayi yang diberi susu formula pula selalu berlaku sekali atau dua kali sehari dan agak tegas.
Bayi puan mungkin mengalami cirit-birit jika:
1. Dia membuang air besar lebih kerap daripada hari-hari biasa
2. Najis dia berbau , berair atau berlendir
3. Dia demam
4. Dia tidak aktif dan mengalami pengurangan berat badan
5. Dia tidak berselera untuk makan dan minum.
Jumpa doktor jika bayi puan mempunyai tanda-tanda cirit-birit.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :