Doktor Menjawab

Menghilangkan kulit hitam di leher

MENGHILANGKAN KULIT HITAM DI LEHER     “Salam Doktor, seorang pesakit diabetes berusia 45 tahun dan berat saya 120kg. Masalah saya ialah saya mengalami ‘skin tag’ dan mempunyai daki yang tebal pada leher saya. Bolehkah daki yang tebal ini dihilangkan? Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebenarnya saudara mengalami masalah yang dinamakan “Acanthosis Nigricans” iaitu kulit menjadi tebal dan gelap terutama di kawasan berlipat seperti leher, ketiak, atau lipatan antara payudara dan dada.   Acrochordons (tags kulit) sering hadir di kawasan-kawasan terlibat.   Ia selalu berlaku pada pesakit diabetes mellitus, obese, Polycyctic Ovarian Syndrome, dan Cushing Syndrome.   …

Read More »

Adakah saya hamil dan bagaimana mengira hari subur?

ADAKAH SAYA HAMIL DAN BAGAIMANA MENGIRA HARI SUBUR?       “Salam doktor. Saya ingin bertanyakan hal yang berkaitan dgn kehamilan. Saya sudah berkahwin selama 6 bulan, kami suami isteri memang hendak zuriat secepat mungkin tetapi belum lagi ada rezeki dari Allah. Tetapi kami tetap mencuba. Saya ingatkan bulan ini saya akan hamil tetapi tidak. Saya kecewa doktor.   Sebelum ini saya memang makan asid folic tetapi lepas sudah mencuba tetapi tiada apa-apa, saya berhenti dari makan asid folic. Sebelum haid yang lepas saya ada rasa macam tanda-tanda hamil kerana selera makan pun bertambah tetapi saya telah datang haid sehari …

Read More »

Ruam berlingkar di kulit

RUAM BERLINGKAR DI KULIT   “Salam doktor. Saya berusia 28 tahun, baru-baru ini saya pergi berbulan madu di sebuah pantai terkenal. Masalah saya ialah saya mengalami rasa gatal keterlaluan pada betis kanannya akibat gigitan (?serangga) yang saya tidak sedari. Saya adalah seorang yang sihat, dan tidak mengambil apa-apa ubat-ubatan. Isteri saya juga tidak mempunyai masalah kulit. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya telah melihat gambar yang diberikan. Saya dapati ada ruam yang berbentuk lingkaran berkeluk seperti ada cacing halus di bawah kulitnya.     Saya percaya saudara mungkin mengalami penyakit “cutaneous larva migrans” yang …

Read More »

Retak tulang leher disedari selepas beberapa hari kemalangan jalanraya

PATAH TULANG TENGKUK DISEDARI SELEPAS BEBERAPA HARI KEMALANGAN JALANRAYA     “Salam doktor. Saya ingin bertanya. Baru-baru ini saya mengalami kemalangan jalanraya apabila motorsikal saya dilanggar dari belakang dan saya tercampak ke dalam parit. Saya tidak pengsan. Di hospital saya diberikan rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang. Setelah beberapa hari berehat di rumah, saya mengalami sakit tengkuk. Saya kembali ke hospital dan pemeriksaan xray menunjukkan saya mengalami keretakan pada tulang leher C6 dan C7. Alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang lumpuh pada anggota. Boleh doctor komen masalah saya ni. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Selalunya doctor di …

Read More »

Jangkitan kudis buta Impetigo

JANGKITAN KUDIS BUTA IMPETIGO ” Salam doktor, baru-baru ini anak saya mengalami penyakit kudis buta. Doktor hanya memberikan ubat gatal dan sapu saja. Namun tidak berkesan. Mohon pandangan doktor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kudis buta disebut dalam bahasa perubatan sebagai IMPETIGO. Impetigo adalah salah satu jangkitan kuman pada kulit yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan kulit menghasilkan lepuhan, luka yang cetek dan kerakan, terutama pada muka, leher, tangan, dan kawasan yang biasa ditutupi lampin. Penyakit ini berpunca dari salah satu dua jenis bakteria, iaitu Staphylococcus aureus atau Streptococcus pyogenes. Terdapat satu lagi kuman yang jarang sekali …

Read More »

Ujian tahap kesuburan suami isteri gempal

UJIAN TAHAP KESUBURAN SUAMI ISTERI GEMPAL   “ Salam doctor. Saya telah berkahwin selama 4 tahun. Usia perkahwinan saya sudah mencecah empat tahun. Tetapi saya lagi hamil. Adakah disebabkan saya dan suami berbadan besar menyebabkan saya sukar hamil? Bagaimana saya boleh memeriksa tahap kesuburan saya dan suami. Mohon pencerahan. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Lelaki dan wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan selalunya mempunyai masalah kesuburan. Ini tidak bermakna puan dan suami tidak boleh mempunyai zuriat, tetapi proses untuk hamil akan memerlukan usaha yang lebih dari pasangan yang mempunyai berat badan yang normal.   Selalunya …

Read More »

Clomid ubat penyubur

CLOMID UBAT PENYUBUR     “Salam doktor. Baru-baru ini saya ke klnik kerana masalah kitaran haid saya tidak menentu dan saya telah berkahwin selama 3 tahun tapi belum ada anak. Doktor memberikan saya ubat CLOMID. Bolehkah saya menggunakannya?  Mohon pencerahan”    WA ALAIKUM MUS SALAM Pada kebiasaannya penyebab utama sukar untuk hamil ialah apabila seorang wanita mengalami ANOVULATION , iaitu wanita itu gagal menghasilkan telur ovum dalam setiap kitaran haid mereka. Selalu masalah ini selalu dihadapi oleh wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. Namun begitu sebilangan kecil wanita yang mempunytai kitaran haid yang normal mengalami masalah yang sama. …

Read More »

Anak Terhantuk dan Kepala Berdarah

  “SALAM doctor, baru-baru ini anak saya berusia 3 tahun mengalami hentakan yang kuat di kepala apabila rak buku terjatuh setelah digoyangnya menimpa beliau. Anak saya mengalami luka, tetapi berhenti selepas beberapa ketika. Selain itu beliau pernah beberapa kali tergelincir dan jatuh kepala dulu. Saya sangat risau terhadap kesan hantukan itu? Adakah ia berbahaya? Mohon pandangan doctor, terima kasih”    WA ALAIKUM MUS SALAM   Anak-anak dalam usia segini memang aktif dan selalu terdedah kepada kecederaan kepala.   Walau bagaimana pun, kesan luka atau koyakan pada kulit kepala sebenarnya adalah kecederaan yang tidak serius, terutama apabila tiada pendarahan yang banyak …

Read More »

Pendarahan Selepas Hubungan Intim

PENDARAHAN SELEPAS HUBUNGAN INTIM “Selamat sejahtera Dr. Saya Puan XXX . Saya mengalami pendarahan selepas mengadakan hubungan intim. Saya tidak merasa sakit. Mohon pencerahan dari doktor. Terima kasih” Jawapan: Mengenai pendarahan selepas hubungan intim saya ada menulis dalam blog. 1. https://drzubaidi.com/blog/pendarahan-selepas-persetubuhan/ 2. https://drzubaidi.com/blog/lendiran-bercampur-darah-selepas-hubungan-intim/ Semoga bermanfaat. [IKLAN] Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM, Vitamin C dan Natrieo di http://needsvenue.com.my Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea …

Read More »

KUALITI UDARA DALAM RUMAH JUGA PERLU DIBERIKAN PERHATIAN

“Salam doctor. Saya pesakit asthma yang agak teruk, pernah dalam sebulan, saya dimasukkan ke dalam wad sebanyak 4 kali. Saya telah melakukan terbaik unuk mengelakkan diri dari melakukan aktiviti luar, banyak minum air dan menggunakan penutup muka bagi apabila berada di luar rumah. Bagaimana cara lain untuk saya lakukan agar saya kurang diserang asthma?. Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Apabila kita bercakap tentang pencemaran udara, kebanyakan orang menumpukan semata-mata kepada kualiti udara di luar rumah dan terlepas pandang bahawa udara di dalam rumah boleh tercemar juga. Pencemaran udara di bandar-bandar utama Asia Tenggara merupakan antara yang paling …

Read More »

Kitaran Haid Tidak Menentu Selepas Menukar IUCD Baru

KITARAN HAID TIDAK MENENTU SELEPAS MENUKARKAN IUCD BARU     “Saya baru membuka IUCD dan telah menukarkannya dengan yang baru. Sebelum ini kitaran saya teratur, tetapi sekarang saya mengalami haid hanya sehari saja selepas memasang IUCD yang baru. Adakah ini kesan daripada IUCD yang menghalang pengeluaran darah haid? Saya risau darah kotor berkumpul dan muncul pula penyakit lain. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   IUCD adalah alat pencegah kehamilan, berbentu seperti “T”  yang dimasukkan ke dalam rongga rahem. Ia boleh bertahan kira-kira 3 tahun dan IUCD baru akan dipasang pada hari yang sama selepas IUD yang …

Read More »

Tidak datang haid 2 tahun

TIDAK DATANG HAIDS 2 TAHUN   “Salam doctor. Saya berusia 20 tahun, belum berkahwin, berat saya 75kg dan ketinggian saya 155cm. Saya mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu.  Kali terakhir haid saya pada awal 2012. Saya pernah ke klinik kerajaan dan doctor hanyamemberitahu bahawa  hormon saya tidak stabil dan dia tidak berikan sebarang ubat.  Apa yang perlu saya lakukan? Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tidak mengalami darah haid selama dua tahun, bukanlah suatu yang normal bagi seorang gadis.   Saya berpendapat bahawa masalah ini adalah berpunca dari masalah ketidakseimbangan hormone yang yang dihasilkan …

Read More »

Bahan kimia penyebab kanser payudara

BAHAN KIMIA PENYEBAB KANSER PAYUDARA     “Salam doktor. Baru-baru ini saya membaca sebuah artikel yang mengatakan bahawa terdapat bahan-bahan kimia dalam palstik makanan, kosmetik, barang permainan kanak-kanak dan pencuci boleh menyebabkan kanser. Kakak saya baru saja menjalani pembedahan pembuangan kanser payudara, dan akan menjalani radioterapi dan kemoterapi di HKL. Soalan saya adakah saya berisiko untuk mengalami masalah yang sama (kanser payudara) jika saya terdedah pada bahan-bahan kimia ini? Mohon penjelasan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kanser payudara adalah penyakit yang amat ditakuti oleh semua wanita. Secara amnya menunjukkan satu dari lapan wanita akan menghidap penyakit itu. …

Read More »

KERAP KEGUGURAN

“Salam doctor. Saya berumur 35 tahun dan sudah sepuluh tahun berkahwin, tetapi masih belum dikurniakan zuriat. Sebelum ini saya pernah hamil beberapa kali, malangnya setiap kali hamil, saya keguguran di awal kehamilan. Kali terakhir saya hamil dan keguguran ialah pada akhir tahun lepas. Sehingga kini, saya sudah lima kali keguguran. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya bersimpati dengan masalah puan. Namun saya percaya setiap yang berlaku ini tentu ada kebaikannya. Saya doakan ALLAH menggantikan kehilangan puan dengan sesuatu yang lebih baik di akhirat nanti. Keguguran di aal kehamilan adalah suatu yang normal. Namun jika ia melebihi …

Read More »

Saiz zakar kecil sebelum berkahwin

SAIZ ZAKAR KECIL SEBELUM BERKAHWIN “Salam doctor, benarkah zakar lelaki yang sudah berkahwin lebih besar berbandingkan dengan lelaki yang belum berkahwin. Saya masih risau mengenai saiz zakar saya kerana saya akan berkahwin tidak lama lagi. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Zakar seorang lelaki tidak sama jika dibandingkan dengan seorang lelaki lain. Saiz dan bentuk zakar bergantung kepada baka keturunan dan umur. Saiz dan bentuk zakar seorang yang sudah berkahwin selalunya lebih besar berbandingkan ketika dia masih bujang mungkin disebabkan kerap melakukan hubungan seks dengan isteri menyebabkan otot-otot zakar lebih mudah mengembang dan membesar. Jadi tidak perlu risaukan …

Read More »

Mudahkah Untuk Hamil?

MUDAHKAH UNTUK HAMIL?   “Salam doctor. Saya berumur 28 tahun dan sudah 3 tahun berkahwin. Masalah saya ialah saya belum lagi mempunyai zuriat. Saya juga perhatikan bahawa beberapa orang rakan saya juga mempunyai masalah yang sama walaupun telah berkahwin beberapa tahun. Adakah pada masa sekarang seorang wanita memang sukar untuk hamil? Mohon penjelasan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya tidak menafikan bahawa pada masa sekarang ramai pasangan yang mempunyai masalah kesuburan. Dalam erti kata yang lain, mereka mengalami masalah untuk mendapat zuriat. Ramai wanita muda yang baru berkahwin menyangka bahawa mereka akan hamil sebaik saja bernikah dan melakukan hubungan …

Read More »

Benarkah Masalah Kesuburan Berpunca dari Wanita?

BENARKAH MASALAH KESUBURAN BERPUNCA DARI WANITA?   “Salam doctor. Saya berumur 32 tahun dan telah berkahwin selama 3 tahun tetapi belum dikurniakan zuriat. Apabila balik beraya, saya sangat tertekan kerana saya selalu ditanya tentang anak. Mertua saya menuduh saya mandul dan tidak subur, sedangkan anaknya yang kuat merokok, tidak pula dipersalahkan. Saya mohon pandangan doctor, Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Apabila sepasangan suami isteri masih tidak mempunyai zuriat, selalunya isteri yang dipersalahkan.  Seolah-olah di pihak suami tiada masalah langsung. Fakta sebenar menunjukkan bahawa dakwaan ini tidak benar.  Yang sebenarnya, lelaki juga menyumbang kepada masalah ketidaksuburan pasangan ini. Kajian …

Read More »

KEGUGURAN TANPA DISEDARI AKIBAT KEHAMILAN KIMIA

“Salam doctor, saya baru berkahwin. Beberapa minggu yang lepas, saya tidak datang haid seperti biasa. Saya beli alat UPT dan hasilnya positif. Tidak lama kemudian, saya buat semula pemeriksaan UPT dan saya mendapati negative pula. Kemudian saya mengalami darah haid seperti biasa. Apakah saya keguguran kerana saya tidak perasaan ada tisu janin yang keluar. Mohon penjelasan. Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Saya berpendapat pada mulanya puan telah hamil dan pemeriksaan UPT menunjukkan keputusan positif.   Ini berlaku selepas telur perempuan (ovum) telah disenyawakan oleh benih lelaki (sperma) di fallopian tiub, dan bergerak ke rahem dan akhirnya tertanam …

Read More »

Tanda luka pembedahan Caesarean mengalami masalah

TANDA LUKA PEMBEDAHAN CAESAREAN MENGALAMI MASALAH “Salam. Saya telah menjalani pembedahan Caesarean dua minggu lepas. Saya mendapati ada cecair jernih yang keluar dari luka tersebut. Adakah ia tanda bahaya doctor. Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Cecair yang keluar dari luka Caesarean adalah perkara yang normal, terutama terutama bagi wanita yang berbadan besar. Namun terdapat banyak cecair itu, ia akan mengganggu penyembuhan kerana luka pembedahan seharusnya kering dan bersih bagi mengelakkan jangkitan kuman. Secara ringkasnya, saya berikan beberapa tanda yang menunjukkan luka Caesarean mengalami jangkitan kuman dan perlu dirawat segera. 1. Demam berterusan. 2. Sakit pada luka 3. …

Read More »

Penjagaan Luka Pembedahan Cesarean

PENJAGAAN LUKA PEMBEDAHAN CESAREAN   “Salam doctor. Isteri saya baru melahirkan anak melalui pembedahan Cesarean. Bolehkah saya mengamalkan petua-petua yang sama bagi wanita yang melahirkan anak secara normal? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Luka selepas pembedahan Cesarean ketika melahirkan anak, memerlukan penjagaan yang lebih teliti kerana luka yang dijahit itu lebih besar dan dalam berbanding luka episiotomy di faraj. Bagi wanita yang dibenarkan pulang ke rumah, saya mencadangkan agar melakukan pergerakan lebih awal iaitu berjalan secara perlahan-lahan di sekeliling katil. Jangan risau dengan luka tersebut akan terbuka atau sebagainya, kerana banyak kajian menunjukkan melakukan pergerakan selepas pembedahan …

Read More »

Punca Pendarahan Ketika Hamil

PUNCA PENDARAHAN KETIKA HAMIL   “Salam doctor, isteri saya sedang hamil. Beliau mengadu ada sedikit pendarahan berlaku. Adakah ianya berbahaya? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya sukar menjawab soalan yang sauadara kemukakan kerana saya tidak mendapat keterangan dengan lebih lanjut. Pendarahan ketika hamil, selalunya menandakan ada sesuatu yang tidak baik berlaku ketika hamil. Namun punca pendarahan itu bergantung kepada usia kehamilan dan pemeriksaan yang dijalankan. Jika pendarahan berlaku di awal kehamilan, berkemungkinan disebabkan oleh “Pendarahan Implantasi”, di mana pendarahan berlaku apabila telur wanita ovum yang telah disenyawakan dengan sperma, bergerak menuju ke rahem dan menanamkan dirinya …

Read More »

Jenis-jenis pendarahan yang tidak normal di kalangan wanita

JENIS-JENIS PENDARAHAN YANG TIDAK NORMAL DI KALANGAN WANITA     “Salam doctor. Selain dari pendarahan haid, bolehkan doctor menerangkan pendarahan yang tidak normal pada waniat. Sekian, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Apabila seorang wanita mengalami masalah pendarahan yang tidak normal, iaitu pendarahan yang tidak menentu atau berlaku di luar waktu haid yang sepatutnya, berkemungkinan beliau mengalami masalah yang besar.   Oleh itu pemeriksaan perlu dijalankan kerana pendarahan sebegitu bermungkinan berlaku disebabkan masalah ketidak-seimbangan hormon, fibroid, PCOS atau masalah lain.   Wanita yang hamil juga boleh mengalami masalah pendarahan di luar waktu haid yang sepatutnya. Oleh itu jangan …

Read More »

Pendarahan tidak berhenti-henti

PENDARAHAN TIDAK BERHENTI-HENTI     “Salam, saya telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang anak. Selepas melahirkan anak pada Ogos 2013 saya dinasihatkan untuk mengambil pil perancang. Saya berhenti makan pil perancang tidak sampai setahun. Selepas itu, saya mengalami pendarahan haid yang banyak. Apabila dirujuk kepada pihak hospital, saya mempunyai fibroid dalam rahim sebesar diameter 3 cm. Dalam tempoh 6 bulan, fibroid saya menghilang tapi saya mengalami masalah pendarahan yang banyak ketika haid. Menurut doktor ia adalah DUB (Dysfunctional Uterine Bleeding).   Setiap bulan, darah yang keluar sangat banyak dan berketul-ketul dan banyak sehingga badan lemah dan pitam. Doktor membekalkan ubat …

Read More »

DARAH KELUAR DARI DUBUR

“Salam Dr, saya hendak bertanya, kalau keluar darah dari dubur kita, adakah ia buasir? Tapi masa buang air besar tidak rasa sakit pun. Darah pun keluar bukan pada masa buang air besar. Darah hanya keluar hanya sesekali. Mohon pencerahan doktor, terima kasih doktor atas masa diluangkan”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebenarnya banyak punca pendarahan dari dubur. Ada yang berbahaya dan ada yang tidak berbahaya. Antaranya luka di lubang dubur, buasir (haemoroid) ketumbuhan tidak berbahaya seperti polyps dan yang ketumbuhan yang berbahya ialah kanser rectum.   Jangan ambil mudah. Saya banyak pengalaman di mana pesakit yang mulanya didiagnosa sebagai …

Read More »

Mudah hamil pada usia 35 tahun ke atas

MUDAH HAMIL PADA USIA 35 TAHUN KE ATAS   “Salam doctor. Saya telah berusia 35 tahun dan suami pula 40 tahun. Kami telah berkahwin selama setahun dan belum lagi dikurniakan zuriat. Mohon penjelasan doctor mengenai masalah saya. Bolehkah doctor berikan tips agar saya mudah hamil? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Seorang wanita berumur 35 tahun yang ingin hamil, bukanlah suatu perkara yang sukar. Yang paling utama ialah usaha dengan cara yang betul, banyakkan berdoa dan bersedkah. Insha ALLAH ia bukan menjadi satu yang mustahi. Antara tips yang mungkin boleh saya kongsikan ialah: 1. KETAHUI WAKTU SUBUR Ramai yang …

Read More »

Bolehkah saya hamil walaupun tidak datang haid?

  BOLEHKAH SAYA HAMIL WALAUPUN TIDAK DATANG HAID?   “Assalamualaikum doctor, saya ingin tanya, adakah saya berpontensi untuk hamil walaupun saya tidak  datang haid? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ia bergantung pada punca tidak datang haid. Jika dari awal tidak pernah mengalami haid, memang terlalu sukar dan hampir mustahil untuk hamil kerana terdapat masalah dalam sistem reproduktif puan.   Tetapi jika pernah mengalami haid, tetapi kitaran haid puan sekarang tidak teratur puan masih lagi boleh hamil walaupun agak sukar sedikit.   Semakin panjang masa untuk puan tidak mengalami haid, semakin sukar peluang puan untuk hamil …

Read More »

PENDARAHAN AKIBAT KETUMBUHAN POLYPS SEMASA HAMIL

“Salam doctor, saya berumur 37 tahun, hamil kali pertama. Sewaktu saya umur kehamilan saya 19 minggu saya mengalami pendarahan. Doktor telah melakukan pemeriksaan ultrasound dan memberitahu saya bahawa uri saya berada di bahagian atas. Jadi pendarahan saya alami bukanlah disebabkan oleh masalah uri di bahagian bawah.   Semenjak itu saya kerap mengalami pendarahan dan ketika usia kehamilan saya berusia 21 minggu, doctor mendapati ada  ketumbuhan polyp yang bertangkai.   Adakah ketumbuhan polyp ini bahaya, doctor? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Masalah yang puan alami sebenarnya jarang berlaku. Namun ia bukanlah suatu yang berbahaya pada diri …

Read More »

Kesan Onani Pada Perkahwinan

KESAN ONANI PADA PERKAHWINAN “Saya berusia 24 tahun dan masih bujang. Masalah saya ialah saya sering melakukan onani ketika melihat bahan lucah. Bagaimana cara saya menangani masalah ini? Saya bimbang apabila berkahwin nanti saya lebih menikmati onani dari bersama dengan isteri saya kerana tidak mampu mencapai ereksi walaupun dirangsang oleh isteri saya nanti. Mohon penjelasan, doctor” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya sebenarnya simpati dengan masalah saudara. Bukan senang seorang yang ketagihan untuk meninggalkan tabiatnya. Ramai yang mencuba, tetapi tidak ramai yang mampu meninggalkannya terus. Kebanyakan mereka hanya dapat mengurangkan tabiat ini. Untuk meninggalkan tabiat ini, langkah pertama saudara kena faham …

Read More »

Lelaki berusia masih bertenaga?

LELAKI BERUSIA MASIH BERTENAGA? “Salam doctor. Saya berumur 35 tahun. Saya telah dirisik oleh seorang lelaki berumur 62 tahun. Jika saya bersetuju, ini kali kedua perkahwinan saya dan saya harap ia memberikan kebahagian pada saya. Soalan saya, adakah lelaki yang berumur 60an masih mempunyai tenaga di kala saya memerlukan? Mohon penjelasan Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Saya ucapkan tahniah kerana puan akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Sudah tentu banyak harapan yang puan impinkan dari perkahwinan ini. Namun begitu saya minta puan jangan terlalu banyak mengharap, kerana perkahwinan puan tidak boleh disamakan dengan perkahwinan pasangan muda. Rumah tangga …

Read More »

JANGKITAN HEPATITIS B KETIKA HAMIL

  “Salam, doctor. Saya hamil anak pertama dan doctor telah mengesahkan bahawa saya telah mengalami jangkitan Hepatitis B. Saya agak risau dan bingung kerana sepanjang pengetahuan saya, penyakit Hepatitis B hanya berjangkit melalui hubungan kelamin. Bagaimana saya boleh dijangkiti penyakit ini sedangkan suami saya telah melakukan pemeriksaan darah dan disahkan negative. Bagaimana pula dengan anak saya dalam kandungan? Adakah ia boleh diubati dengan ubat-ubatan tradisional? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Saya bersimpati dengan puan. Namun puan bukanlah berseorangan. Menurut statistic, dianggarkan seramai 1.3 juta penduduk Malaysia dijangkiti kuman Hepatitis B. Ramai pesakit pulih setelah diberikan …

Read More »

WANITA BERHALKUM

Salam Dr., adakah normal untuk wanita mempunyai benjolan di leher (menyerupai halkum lelaki)? Adakah ini mempengaruhi tahap kesuburan wanita tersebut? Ciri-ciri lain seperti berbulu lebat seperti lelaki. Walaubagaimanapun, suara, haid, dan bentuk tubuh adalah seperti wanita normal yang lain. Mohon pencerahan. Terima kasih.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Benjolan di leher tidak semestinya halkum, tetapi ia boleh jadi beberapa masalah yang lain antaranya Thyroglossal cyst, kelenjar thyroid yang membesar, dan beberapa masalah yang lain.   Oleh itu pemeriksaan yang teliti harus dilakukan. Jika benar ia adalah halkum, puan tidak perlu risau.   Halkum terbentuk apabila tulang rawan thyroid yang …

Read More »

PENDARAHAN DARAH MERAH SEMASA PANTANG

“Salam doctor, saya berumur 24tahun, bersalin normal kelahiran pertama dan sekarang saya berpantang pada hari ke 39. Jahitan semakin baik semasa pemeriksaan hari ke 32. Pada tempoh awal berpantang saya sembelit dan hanya dapat buang air besar selepas hari ke 20. Darah nifas saya pada ketika itu sudah berkurangan dan berwarna kelabu coklat. Pada hari ke 37, saya terpaksa keluar rumah atas urusan yang tak dapat dielakkan, dalam cuaca hujan serta memerlukan saya berjalan kesana ke mari. Keesokan harinya (hari ke38) darah nifas saya kembali banyak dan merah serta terdapat sedikit ketulan-ketulan kecil tompokan darah. Selepas 2 jam tuala wanita …

Read More »

Ruam Peluh

MILIARIA ATAU RUAM PELUH   Salam doctor, saya mengalami masalah ruam dari sejak kecil lagi. Terutama apabila saya berpeluh. Apakah rawatan yang sesuai untuk saya? Mohon pencerahan, terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Setelah saya melihat gambar yang saudara berikan dan percaya punca utama masalah ini apabila saudara berpeluh atau apa saja keadaan yang menyebabkan saudara berpeluh.   Saudara mungkin mengalami keadaan penyakit yang dinamakan “Miliaria” atau juga dikenali sebagai “ruam peluh”.   Miliaria adalah penyakit biasa dalam masyarakat seperti kita, tinggal dalam cuaca panas dan lembap.   Ia bermula dari peringkat kanak-kanak dan bayi kerana punca …

Read More »

Bahayakah menahan kentut?

ADAKAH BERBAHAYA MENAHAN KENTUT? “Salam doctor. Baru-baru ini saya mengerjakan umrah dan ketika beriktikaf, saya menahan kentut kerana tempat mengambil wuduk agak jauh. Adakah menahan kentut ini berbahaya? Mohon pencerahan”. WA ALAIKUM MUS SALAM Saya faham keadaan saudara kerana saya pernah berada di sana. Memang tempat mengambil wuduk dan bilik air agak jauh dari tempat solat. Ramai yang menyangka menahan kentut sangat berbahaya. Ini disebabkan kentut mengandungi gas Hidrogen Sulfida, yang menyebabkan kentut kita busuk. Namun dalam satu kajian di Universiti Exeter di England menunjukkan bahawa hidrogen sulfida boleh mencegah kerosakan mitokondria. Mitokondria adalah struktur penting dalam sel yang menjana …

Read More »

TEKANAN DARAH TINGGI KETIKA HAMIL

“Salam doctor. Saya berumur 25 tahun dan hamil 24 minggu. Baru-baru saya menjalani pemeriksaan di Pusat Kesihatan Ibu dan Anak. Saya disyaki mempunyai darah tinggi. Bacaan tekanan darah saya ialah 150/90. Saya tidak pernah mnghidap penyakit ini sebelumnya. Cuma ibu dan bapa saya memang kedua-duanya pesakit darah tinggi dalam rawatan. Saya ingin bertanya, apakah punca penyakit darah tinggi dialami oleh wanita hamil? Mohon nasihat doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Seorang wanita didiagnosakan sebagai mempunyai penyakit darah tinggi ketika hamil (Pregnancy Induced Hypertension) apabila bacaan tekanan darahnya melebihi 140/90 atau bacaan diastoliknya saja yang melebihi 90 mmHg. Bacaan ini …

Read More »

TEKANAN DARAH RENDAH KETIKA HAMIL

Salam doktor, saya seorang ibu muda berusia 19 tahun. Saya mempunyai persoalan yang memerlukan kepastian. Saya kini sedang hamil dan semenjak hamil, tekanan darah saya semakin turun. Tekanan darah normal saya adalah 110/70 dan 110/60, tetapi telah mencecah kepada 90/53 dan kini 90/40. Adakah keadaan ini membahaya atau petanda yang tidak baik? Malahan, berat saya juga menurun sebanyak 3.7 kg. dalam masa tujuh minggu. Saya pernah pitam dan menjadi seram sejuk dengan tiba-tiba. Saya juga selalu hampir pitam apabila ingin berdiri ketika sedang duduk atau baring. Keadaan ini kerap berlaku. Mohon keterangan lanjut daripada yang pakar. Segala maklum balas, saya …

Read More »
error: Content is protected !!