Lelaki berusia masih bertenaga?

LELAKI BERUSIA MASIH BERTENAGA?

man 1

“Salam doctor. Saya berumur 35 tahun. Saya telah dirisik oleh seorang lelaki berumur 62 tahun. Jika saya bersetuju, ini kali kedua perkahwinan saya dan saya harap ia memberikan kebahagian pada saya. Soalan saya, adakah lelaki yang berumur 60an masih mempunyai tenaga di kala saya memerlukan? Mohon penjelasan Terima kasih”

WA ALAIKUM MUS SALAM.

Saya ucapkan tahniah kerana puan akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Sudah tentu banyak harapan yang puan impinkan dari perkahwinan ini.

Namun begitu saya minta puan jangan terlalu banyak mengharap, kerana perkahwinan puan tidak boleh disamakan dengan perkahwinan pasangan muda.

Rumah tangga puan sudah tentu akan mempunyai kelebihan kestabilan emosi kerana masing-masing telah berpengalaman. Sementara pasangan muda pula mempunyai kelebihan tenaga tetapi tidak mempunyai kestabilan emosi.

Sukar menjawab soalan puan, namun saya percaya setiap lelaki mampu melakukan hubungan intim sehingga ke akhir hayat, kecuali jika dia mempunyai penyakit kronik.

Antaranya ialah penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan penyakit koronari, sudah pasti akan memberi kesan buruk kepada tahap ereksi.

Penyakit lain yang biasa dihapai oleh lelaki yang semakin berusia ialah masalah prostat, yang juga mengganggu kemampuan ereksi menjadi lebih sempurna.

Seperti yang saya beritahu tadi, puan tidak boleh mengimpikan hubungan intim sebagaimana pasangan muda. Apabila seseorang itu sudah berusia, berlakulah beberapa perubahan pada kemampuan syahwatnya, yang berlaku secara semula jadi.

Apabila seorang lelaki yang sihat memasuki umur 40 tahun, dia akan mula mengalami masalah ketegangan zakar. Ketegangan zakar hanya mencapai antara 70-80%, berbanding ketika dia berusia 20an.

Apatah lagi jika tahap hormone lelaki, testosterone dalam tubuh semakin mengurang, tahap ketegangan zakar boleh mengurang sehingga antara 10 hingga 20 peratus lagi.

Selain itu jika seorang lelaki itu tidak menjalani kehidupan sehariannya dengan seimbang dan sihat, seperti merokok, minum minuman keras, tidak bersenam, obes (gemuk) dan mengalami tekanan tempat kerja, sudah tentu mempengaruhi kemampuan beliau mendapat ketegangan zakar yang maksima.

Oleh saya menasihatkan puan berkomunikasi dengan bakal suami dan berterus tentang masalah kesihatan yang dihadapi, jika hal ini (hubungan intim) ini sangat penting untuk puan.

Jika puan merasakan ia suatu yang tidak berapa penting, maka terimalah beliau seadanya.

Leave a Reply

error: Content is protected !!