Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Kesan Onani Pada Perkahwinan

Kesan Onani Pada Perkahwinan

KESAN ONANI PADA PERKAHWINAN

bed

“Saya berusia 24 tahun dan masih bujang. Masalah saya ialah saya sering melakukan onani ketika melihat bahan lucah. Bagaimana cara saya menangani masalah ini? Saya bimbang apabila berkahwin nanti saya lebih menikmati onani dari bersama dengan isteri saya kerana tidak mampu mencapai ereksi walaupun dirangsang oleh isteri saya nanti. Mohon penjelasan, doctor”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Saya sebenarnya simpati dengan masalah saudara. Bukan senang seorang yang ketagihan untuk meninggalkan tabiatnya.

Ramai yang mencuba, tetapi tidak ramai yang mampu meninggalkannya terus. Kebanyakan mereka hanya dapat mengurangkan tabiat ini.

Untuk meninggalkan tabiat ini, langkah pertama saudara kena faham apa kesan onani terhadap perkahwinan saudara nanti.

Apa yang saudara risaukan adalah suatu yang benar. Apabila saudara mengalami ketagihan melihat pornografi dan kerap melakukan onani, satu hari nanti saudara tidak lagi mampu melakukan hubungan intim bersama isteri saudara.

Bukan bermakna saudara telah bertukar menjadi homoseksual, tetapi saudara sudah tiada keghairahan melakukan hubungan intim dengan isteri lagi. Saudara hanya akan mencapai kepuasan hanya selepas melayan fantasi pornografi di fikiran saudara sedangkan saudara sedang melakukan hubungan intim dengan isteri saudara.

Pada satu peringkat nanti, saudara tidak mampu melakukan langsung dengan syahwat isteri saudara. Saudara mengalami masalah ketegangan zakar (mati pucuk) bila bersama isteri, sedangkan apabila saudara berada di bilik air bersendirian, saudara dapat kenikmatan orgasm.

Ini akan menghampakan pihak isteri yang telah sedia untuk memulakan hubungan intim. Kekecewaan yang berpanjangan sudah tentu akan meretak hubungan suami isteri.

Malah ada pasangan yang baru berkahwin mengadu pada saya bahawa mereka tidak pernah melakukan hubungan intim walaupun sekali semenjak berkahwin kerana si suami tiada ketegangan zakar. Yang hairannya si suami boleh mengalami ketegangan zakar dan kenikmatan orgasm apabila bersendirian di bilik air.

Maka nanti ada tuduhan bahawa si suami telah disihirkan, didengki dan dibuat orang. Pada hal, punca syahwat si suami tidak mampu dinaikkan bila bersama si isteri, kerana terlalu seronok dengan aktiviti onani dan melihat pronografi.

Akhirnya rumahtangga menjadi hambar. Si isteri tidak dapat dihamilkan dan tiada lagi kasih saying di antara keduanya. Maka berlakulah penceraian.

Setelah saudara faham masalah yang mungkin akan timbul, maka mulakanlah langkah kedua iaitu mengurangkan kekerapan melakukan onani.

Saudara perlu ingat bahawa saudara tidak mampu meninggalkan tabiat ketagihan saudara jika saudara tidak cuba mengurangkannya.

Belum lagi ada ubat dalam perubatan moden ini untuk menghentikan tabiat onani.

Catatkan setiap kali saudara beronani setiap hari selama seminggu. Kemudian cuba kurangkan kekerapan ini secara beransur-ansur.

Banyakkan aktiviti luar yang mengeluarkan peluh dan kurangkan bersendirian di rumah. Cuba hadiri ke masjid untuk solat berjemaah dan mengikuti kuliah agama di sana. Dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk mengurangkan tabiat saudara.

Jika saudara tidak mampu melakukan langkah yang saya beritahu, berjumpalah kaunselor atau pakar psikologi, yang berpengalaman dan professional, supaya saudara dapat menjalani program bimbingan untuk meninggalkan tabiat beronani.

Saya harap apa yang yang tuliskan ini dapat membantu saudara. Hanya saudara saja yang dapat mengubah tabiat saudara. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk meninggatkan ketagihan ini.

Banyakkan doa. Insha ALLAH, ALLAH akan membantu jika saudara bersungguh-sungguh.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: