Tanda luka pembedahan Caesarean mengalami masalah

TANDA LUKA PEMBEDAHAN CAESAREAN MENGALAMI MASALAH

“Salam. Saya telah menjalani pembedahan Caesarean dua minggu lepas. Saya mendapati ada cecair jernih yang keluar dari luka tersebut. Adakah ia tanda bahaya doctor. Mohon pencerahan, terima kasih”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Cecair yang keluar dari luka Caesarean adalah perkara yang normal, terutama terutama bagi wanita yang berbadan besar.

Namun terdapat banyak cecair itu, ia akan mengganggu penyembuhan kerana luka pembedahan seharusnya kering dan bersih bagi mengelakkan jangkitan kuman.

Secara ringkasnya, saya berikan beberapa tanda yang menunjukkan luka Caesarean mengalami jangkitan kuman dan perlu dirawat segera.

1. Demam berterusan.

2. Sakit pada luka

3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj

4. Keluar nanah dari luka

5. Tanda kemerahan pada sekitar luka

6. Keluar air jernih dari luka

7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak

8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka

Sekiranya mengalami tanda-tanda sebegini, puan harus berjumpa doktor dengan segera.

Bagi mempercepatkan penyembuhan luka pada rahem,  saya mencadangkan pengambilan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM.

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

error: Content is protected !!