Penjagaan Luka Pembedahan Cesarean

PENJAGAAN LUKA PEMBEDAHAN CESAREAN

 

“Salam doctor. Isteri saya baru melahirkan anak melalui pembedahan Cesarean. Bolehkah saya mengamalkan petua-petua yang sama bagi wanita yang melahirkan anak secara normal? Mohon pencerahan. Terima kasih

WA ALAIKUM MUS SALAM

Luka selepas pembedahan Cesarean ketika melahirkan anak, memerlukan penjagaan yang lebih teliti kerana luka yang dijahit itu lebih besar dan dalam berbanding luka episiotomy di faraj.

Bagi wanita yang dibenarkan pulang ke rumah, saya mencadangkan agar melakukan pergerakan lebih awal iaitu berjalan secara perlahan-lahan di sekeliling katil.

Jangan risau dengan luka tersebut akan terbuka atau sebagainya, kerana banyak kajian menunjukkan melakukan pergerakan selepas pembedahan Cesarean membantu proses penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku.

Minta bantuan ahli keluarga yang menjaga untuk melakukan pergerakan ini jika rasa tidak selesa atau tidak berkeyakinan untuk berjalan.

Wanita yang baru lepas melahirkan anak juga digalakkan memakan makanan berzat dan seimbang. Banyak tenaga, protein dan darah telah hilang semasa proses pembedahan dan perlu digantikan dengan segera.

Saya mencadangkan agar memakan makanan yang kaya dengan protein seperti ikan, daging dan ayam. Makanlah banyak sayur-sayuran dan buah- buahan kerana ia kaya dengan vitamin dan mineral.

Minum air secukupnya dan jangan risau luka pembedahan akan menjadi bengkak. Air dapat membuang toksin melalui air kencing.Kekurangan minum air akan menyebabkan sembelit. Air yang banyak juga diperlukan untuk penghasilan susu ibu. Saya mencadangkan agar minum air sebanyak 2 L sehari.

Saya mencadangkan pengambilan suplemen pil multivitamin yang mengandungi zat besi. Ambillah pil ini secara sederhana dan tidak perlu mengambilnya terlalu banyak.

Tujuan pengambilan vitamin ialah untuk menambah semula darah merah yang banyak hilang ketika pembedahan dan mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Ubat tahan sakit hanya perlu diambil apabila tidak dapat menahan rasa sakit yang melampau supaya lebih selesa untuk bergerak dan bersemangat untuk menyusukan anak.

Pastikan luka kering dan bersih bagi mengelakkan jangkitan kuman. Jangkitan kuman yang tidak terkawal akan menyebabkan luka akan terbuka dan menjadi lebih besar.

Menyusu bayi yang baru dilahirkan juga boleh membantu proses penyembuhan rahem yang cedera akibat pembedahan. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahem.

Ramai doctor yang menasihatkan agar berhati-hati ketika mengambil ubat tradisional dan herba. Ini kerana ada beberapa campuran herba yang menyebabkan rahem tidak mengecut dan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula produk herba yang dicampurkan dengan bahan kimia bagi mendatangkan kesan yang cepat tetapi memudaratkan ginjal.

Dapatkan nasihat orang yang berpengalaman dalam bidang ubatan tradisional. Bagi mempercepatkan kesembuhan pada rahem selepas pembedahan Cesarean, saya mencadangkan pengambilan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah.

****

 

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

2 comments

  1. Set Bersalin Shaklee sangat baik untuk digunakan oleh mak lepas bersalin cesarean

    apakata doktor tulis artikel tentang isu ini

Leave a Reply

error: Content is protected !!