RUAM BERLINGKAR DI KULIT

“Salam doktor. Saya berusia 28 tahun, baru-baru ini saya pergi berbulan madu di sebuah pantai terkenal. Masalah saya ialah saya mengalami rasa gatal keterlaluan pada betis kanannya akibat gigitan (?serangga) yang saya tidak sedari. Saya adalah seorang yang sihat, dan tidak mengambil apa-apa ubat-ubatan. Isteri saya juga tidak mempunyai masalah kulit. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”.

WA ALAIKUM MUS SALAM

Saya telah melihat gambar yang diberikan. Saya dapati ada ruam yang berbentuk lingkaran berkeluk seperti ada cacing halus di bawah kulitnya.

Cutaneous larva migrans

Saya percaya saudara mungkin mengalami penyakit “cutaneous larva migrans” yang disebabkan oleh sejenis cacing ‘hookworm’.

Hookworm ini mungkin saudara dapati dari aktiviti berjalan, berjemur, atau berjalan di atas pasir, di pantai-pantai yang tercemar.

Selalunya dalam tempoh sejam setelah dijangkiti, saudara mula merasa gatal yang keterlaluan. Cacing ini boleh berpindah bergerak perlahan-lahan di bawah kulit, dengan kadar kira-kira 1-2 cm/hari.

Saya berpendapat ubat yang terbaik ialah ubat pembunuh cacing (antiparasit) seperti “thiabendazole”.

Untuk mahu menghilangkan parut akibat jangkitan ini,  boleh mencuba kream Labicea Revitalizing Moisturizer keluaran UTM yang tidak mengandungi steroid dan bahan racun yang berbahaya.

Boleh dapatkan LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER di S I N I :

Leave a Reply

error: Content is protected !!