Tag Archives: umur

DATUK ADA DIABETES LUKA DI KAKI SEMASA BANJIR

“Salam doctor, baru-baru ini datuk saya berusia 67 tahun pesakit, semasa banjir tempuhari dia telah mengharung air banjir dan terpijak benda tajam. Beberapa hari selepas itu, beliau pengsan dan dimasukkan ke dalam wad. Lukanya masih belum sembuh, malah belum kering. Doktor mengatakan datuk saya dijangkiti kuman yang menyebabkan penyakit melioidosis. Adakah ia berbahaya, doctor?” WA ALAIKUM MUS SALAM Antara  risiko penyakit berjangkit akibat bencana banjir yang melanda Negara (Dec 2014-Jan 2015) ini adalah penyakit melioidosis disebabkan bakteria Burkholderia pseudomallei yang boleh dijumpai di sumber air dan tanah yang tercemar seperti sawah padi, air bertakung dan tasik. Penyakit ini disebarkan kepada …

Read More »

Amalan menyusukan anak ketika hamil

AMALAN MENYUSUKAN ANAK KETIKA HAMIL     “Salam doktor. Saya sedang hamil 12 minggu dan masih menyusukan anak. Ibu saya melarang saya memberikan susu pada bayi saya yang berumur 8 bulan ini kerana dikhuatiri keguguran. Adakah itu benar, doktor? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM Banyak nasihat dari orang tua-tua yang hanya berdasarkan pengalaman dan logik akal  saja. Anataranya mereka menyuruh dihentikan penyusuan pada bayi yang sedang menyusu ketika ibu sedang hamil seorang bayi lagi. Namun sebenarnya wanita yang hamil boleh menyusukan anak mereka dan ia adalah selamat dan bagus untuk bayi yang sedang menyusu. Penyusuan tidak akan menyebabkan …

Read More »

3 produk kesihatan tradisional dikesan beracun

3 PRODUK KESIHATAN TRADISIONAL DIKESAN BERACUN  Tiga produk kesihatan tradisional dalam pasaran dikesan mengandungi bahan racun berjadual dan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. Produk berkenaan termasuk Li Long Mei Guo Mo Bang dan Africa Black Ant yang mengandungi bahan racun berjadual sildenafil dan Ginseng Tu Chong Wan Lin Heong yang mengandungi dexamethasone. Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah A Rahman, berkata pengambilan sindenafil melalui produk berkenaan menyebabkan pesakit mengalami kesan sampingan seperti sakit bahagian dada, sesak nafas, serangan jantung dan angin ahmar. Katanya, pengambilan dexamethasone pula menyebabkan pesakit mengalami sindrom Cushing iaitu muka membulat, peningkatan berat badan mendadak, bengkak …

Read More »

Tanda seorang wanita mengalami endometriosis

TANDA SEORANG WANITA MENGALAMI ENDOMETRIOSIS     “Salam doctor, boleh beritahu saya tanda-tanda seseorang itu mungkin mengalami masalah endometriosis?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Endometriosis adalah sejenis penyakit wanita yang  belum dikenalpasti punca sebenar bagaimana ianya terjadi. Terdapat teori yang memberikan penjelasan bahawa darah haid yang sepatutnya keluar dari rahem melalui faraj, telah berundur ke belakang telah membawa bersama tisu endometrium, masuk ke dalam saluran fallopian dan akhirnya keluar dalam peritoneum (bahagian abdomen).   Ini  menyebabkan membesar saiznya dalam pelvis dan berdarah seperti mana kitaran haid ke dalam abdomen.   Tanda-tanda seorang wanita itu mungkin mengalami endometriosis ialah apabila …

Read More »

Anak berusia sebulan masih kekuningan (jaundice)

ANAK BERUSIA SEBULAN MASIH KEKUNINGAN (JAUNDICE)   “Salam doctor, saya ingin bertanya adakah normal bagi bayi yg usianya sudah sebulan masih ade kuning di mata dan badannya, saya risau sebab kulit dan mata anak saya masih lagi nampak kuning, dan warna najisnya pun kuning, adakah itu normal, mohon penjelasan doktor secepat mungkin. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan bayi yang dilahirkan secara matang (cukup bulan) mengalami masalah kekuningan pada tubuh mereka. Ia dikenali sebagai sebagai penyakit kuning atau jaundice.   Kekuningan ini amat jelas selepas berumur seminggu dan perlahan-lahan akan berkurangan. Ia adalah proses yang normal. Malah …

Read More »

Masih ceret beret akibat jangkitan rotavirus walaupun telah dibenarkan keluar hospital

MASIH CERET BERET AKIBAT JANGKITAN ROTAVIRUS WALAUPUN TELAH DIBENARKAN KELUAR HOSPITAL   “Salam doc. Saya mempunyai anak saya kecil yang dijangkiti rota virus. Anak saya mengalami muntah yang teruk dan telah dimasukkan ke dalam hospital selama 3 hari. Selepas keluar dari hospital, anak saya masih mengalami ceret beret. Adakah ia normal ? Mohon pencerahan.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Jangkitan rotavirus sering berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah. Jangkitan ini merupakan salah satu punca ceret-berit.   Bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti dengan jangkitan rotavirus selalunya akan menunjukkan tanda-tanda seperti demam, loya, dan muntah-muntah, sering diikuti …

Read More »

KUDIS AKIBAT SCABIES

Scabies adalah penyakit kulit yang menyebabkan pesakit mengalami gatal yang melampau dan mudah disebabkan oleh jangkitan hama Sarcoptes scabiei. Ia merebak melaui sentuhan pada kulit. Selain dari gatal, tanda-tanda lain termasuk ruam kulit yang terbentuk dari lebam kecil berwarna merah dan melecet pada kawasan-kawasan tertentu pada badan. Gatal yang melampau menyebabkan pesakit menggaru dengan kerap, sehingga kulit menjadi luka atau jangkitan kuman dan bernanah. Rawatan termasuk ubat scabicidal oral atau topikal.

Read More »

APA MAKNANYA NAJIS BERWARNA HIJAU?

“Assalamualaikum doctor , Saya ingin bertanya kan pada dr tentang masalah yang sedang hadapi sekarang. Bahaya ke najis berwarna hijau? Kerana 2 hari lepas selepas makan beberapa jam perut saya rasa memulas dan kemudian sy dapati najis berwarna hijau. Diawal tu najis berwarna coklat kemudian hijau bila diakhir2 najis bercampur hijau dan coklat.. selepas 2 hari sy buang pon keluar najis hijau selepas sarapan. Adakah kerana keracunan makanan? Sbb selama ni sy blm pernah lagi keluar najis hijau. Sblm keluar najis hijau ni sy ada memakan aym kfc yg tersimpan selama 3hari di dlm peti ais serta sejak ibu mertua …

Read More »

Sukar hamil walaupun telah menjalani rawatan kesuburan akibat berat badan berlebihan

SUKAR HAMIL WALAUPUN TELAH MENJALANI RAWATAN KESUBURAN AKIBAT BERAT BADAN BERLEBIHAN   “Salam doctor. Saya ingin bertanya mengenai masalah saya yang sukar hamil walaupun telah menjalani rawatan kesuburan dengan 3 orang pakar kesuburan yang terkenal. Saya akui berat badan saya agak berlebihan. Adakah ini punca yang mengalami masalah sukar hemail? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Banyak kajian yang dilakukan menunjukkan apabila seorang wanita mempunyai berat yang berlebihan, iaitu BMI sama atau melebihi 30kg/m2, akan mengalami masalah sukar untuk hamil. Ini tidak bermakna mereka tidak boleh hamil, tetapi mungkin kena banyak bersabar dan harus melakukan usaha yang bersungguh-sungguh. Ini kerana …

Read More »

JENIS-JENIS KEGUGURAN

“Salam doctor. Saya hamil 10 minggu dan mengalami pendarahan. Doktor telah melakukan pemeriksaan ultrasound dan mendapati masih ada denyutan nadi janin. Doktor memberitahu bahawa janin hampir gugur. Apakah yang doctor maksudkan itu doctor? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mengucapkan tahniah pada kehamilan puan. Namun ALLAH menduga kita dengan sedikit kebimbangan dan ketakutan. Bersabarlah. Allah berfirman yang bermaksud: “…Dan Kami pasti akan uji kamu dengan sedikit rasa takut, rasa lapar, kekurangan harta, kekurangan nyawa dan kekurangan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang sabar“. (Surah al-Baqarah ayat 155) Dalam kehamilan puan, ia dinamakan sebagai “threatened miscarriage”  kerana pendarahan …

Read More »

Wanita yang berisiko tinggi untuk keguguran

WANITA YANG BERISIKO TINGGI UNTUK KEGUGURAN   antiphospho lipid, “Salam doctor. Saya bermur 38 tahun, baru saja berkahwin dan hamil 12 minggu setelah berusaha selama 5 tahun dengan bantuan beberapa ubat dan suplemen. Apa yang merisaukan saya ialah ada berita yang saya dengar bahawa wanita yang berusia lebih 35 tahun lebih mudah untuk mengalami keguguran. Mohon pendapat doctor. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Memang benar, semakin meningkat umur seseorang wanita, semakin tinggi untuk beliau mengalami kegugurannya.   Ini bermakna kebarangkalian untuk puan untuk mengalami keguguran sangat tinggi berbanding dengan wanita lain yang masih muda, namun tidak …

Read More »

Mahu Hamil Semula Selepas Gugur

MAHU HAMIL SEMULA SETELAH GUGUR “Salam doctor, saya mengalami mengalami keguguran  pada  dua bulan lepas, dan saya telah habis mengalami haid sekarang.  Saya  ingin tahu, adakah saya perlu rehat beberapa bulan utk hamil semula? Sekian, mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya ucapkan takziah pada puan atas kehilangan yang puan alami. Berdoalah agar ALLAH menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Janganlah bersedih. Rasulullah S.A.W bersabda:  “Siapa saja dari hamba yang tertimpa suatu musibah lalu ia mengucapkan:”Segala sesuatu adalah milik Allah dan akan kembali pada-Nya. Ya Allah, berilah ganjaran terhadap musibah ang menimpaku dan berilah ganti dengan yang lebih baik”, maka …

Read More »

Ubat selsema ketika menyusukan anak

UBAT SELSEMA KETIKA MENYUSUKAN ANAK     Bagi ibu yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu, saya menasihatkan agar berhati-hati mengambil ubat antihistamine yang digunakan untuk rawatan selsema,batuk dan alahan. Ini kerana ubat-ubatan itu mungkin boleh diresap ke dalam susu ibu dan memberikan kesan kepada bayi yang disusukan. Antara ubat yang perlu dielakkan ialah: Alimemazine Cetirizine Cinnarizine Cyproheptadine Desloratadine Dimenhydrinate Fexofenadine Hydroxyzine Loratadine Mizolastine Ketotifen Jika tidak selesa dengan selsema, batuk dan masalah alahan ketika menyusukan anak dan mahu menggunakan ubat-ubatan ini, dapatkan nasihat doktor agar pemantauan dapat dilakukan.   IKLAN   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang …

Read More »

Kuku jari berlekuk

KUKU JARI BERLEKUK “Salam doctor. Saya seorang wanita berusia 35 tahun, dan masalah saya ialah saya perasan kuku jari saya berlekuk-lekuk, dan kuku saya semakin menebal. Saya tidak pernah menggunakan sebarang pewarna kuku sebelum ini. Saya juga perasaan terdapat ‘kerakan’ berwarna putih pada kulit kepala dan siku saya semenjak setahun yang lepas. Mohon pendapat doctor. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya percaya pun mula mengalami penyakit “psoriasis” iaitu sejenis gangguan kulit dan kuku. Penyakit psoriasis ini tidak berjangkit kepada orang lain. Ia berpunca dari kombinasi factor genetic, hypersensitive dan factor sekeliling. Penyakit ini selalunya diwarisi dalam keluarga. Jika seseorang …

Read More »

Punca Pendarahan Ketika Hamil

PUNCA PENDARAHAN KETIKA HAMIL   “Salam doctor, isteri saya sedang hamil. Beliau mengadu ada sedikit pendarahan berlaku. Adakah ianya berbahaya? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya sukar menjawab soalan yang sauadara kemukakan kerana saya tidak mendapat keterangan dengan lebih lanjut. Pendarahan ketika hamil, selalunya menandakan ada sesuatu yang tidak baik berlaku ketika hamil. Namun punca pendarahan itu bergantung kepada usia kehamilan dan pemeriksaan yang dijalankan. Jika pendarahan berlaku di awal kehamilan, berkemungkinan disebabkan oleh “Pendarahan Implantasi”, di mana pendarahan berlaku apabila telur wanita ovum yang telah disenyawakan dengan sperma, bergerak menuju ke rahem dan menanamkan dirinya …

Read More »

Punca Sakit Belakang Ketika Hamil

“Salam doctor. Saya hamil sudah 28 minggu. Saya mengalami sakit belakang yang sangat kuat. Namun setelah berbaring seketika sakit saya akan hilang. Apakah kehamilan menjadi punca sakit belakang saya. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sakit belakang di bahagian pinggang semasa hamil adalah normal. Jangan terlalu risau kecuali jika sakit yang puan alami terlalu kuat dan tidak kurang walaupun telah berehat.   Sakit belakang ini sebenarnya disebabkan bayi dan rahem yang semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila parut puan semakin menonjol ke luar.   Bagi mengimbangkan pusat gravity itu, selalunya puan akan menukarkan …

Read More »

AIR KETUBAN YANG BANYAK

“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi …

Read More »

Beli katil urutan Ceragem untuk ibubapa

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.   Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari …

Read More »

Anak berbakat adalah anugerah

“Salam doctor, saya ada seorang anak yang saya rasa dia berbakat. Umur dia 3 tahun. Percakapan dia sangat jelas dan tidak pelat. Pandai menggunakan perkataan yang betul. Dia sudah kenal huruf seawal umur satu setengah tahun dan sudah boleh mengeja. Saya bimbang mendengar orang bercakap mengatakan budak yang bijak ini nanti apabila masuk ke dalam tadika akan cepat bosan kerana banyak yang dipelajari dia sudah tahu. Ini menyebabkan saya kurang mengajarnya. Ada lagi yang mengatakan budak yang terlalu bijak sangat nanti akhirnya tidak berjaya. Itu yang saya risaukan. Apa yang perlu saya buat. Minta pencerahan dari doktor.” WA ALAIKUM MUS …

Read More »

Umur 17 Belum Datang Haid

“Assalam..doktor. adik perempuan saya yang kini sudah berusia 17 tahun. Yang menjadi persoalan saya ialah, adik saya masih lg belum datang period…sedang kami adik beradik lain datang period sewaktu sekolah rendah lg. Buat pengetahuan doktor jugak, adik saya telah pergi ke hospital untuk mendapatkan kepastian..tetapi jawapan yang kami perolehi daripada doktor ialah..ia perkara biasa. Adakah normal ape yang dialami oleh adik saya. Di harapkan doktor dapat memberi penjelasan. Terima kasih.” Wa alaikum mus salam Apabila seorang remaja wanita sudah mencapai umur 16 tahun, tetapi tidak pernah datang haid, dan telah menunjukkan sifat kewanitaan, ia bukanlah perkara yang normal. Keadaan ini …

Read More »

Rasa Jantung Berdebar-debar..

  “Salam Tuan Doktor. Saya hendak bertanya berkenaan jantung. Baru-baru ini saya mengalami debaran atau degupan yang tiba-tiba laju dalam kekerapan setiap dua minit. Masalah ini saya sudah hadapi seminggu. Adakah ia salah satu petanda yang mengatakan jantung saya bermasalah. Apakah tindakan susulan yang harus saya lakukan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Rasa berdebar-debar dan merasa jantung bergedup laju seperti selepas berlari, ada kalanya suatu fenomena yang normal dan ada kalanya menandakan permulaan suatu penyakit. Biasanya jantung berdegup secara normal antara 60 – 100 kali seminit. Degupan jantung yang cepat melebihi 100 seminit, ini dinamakan ‘tachycardia’. Kadar jantung yang …

Read More »

Sembelit Punca dari Pemakanan

“Saya mempunyai anak berusia empat tahun dan dia sering mengalami sembelit banyak. Sejak dia berumur 18 bulan saya telah memberikan makanan separuh pepejal. Saya pernah bawa anak saya untuk pemeriksaan doctor. Dia memberitahu bahawa anak saya sihat. Soalan saya adalah sembelit ini disebabkan pemakanan atau adakah punca lain? Bolehkah saya memberikan ubat klinik untuk melembutkan najis dia. Mohon pencerahan doktor”.   Sembelit biasanya disebabkan oleh pemakanan yang diambil oleh kanak-kanak itu dan ia akan menjadi lebih teruk apabila dia berasa sakit ketika hendak membuang air besar.   Oleh itu saya menasihatkan agar ibubapa cuba mengubah cara pemakanan anak mereka termasuk …

Read More »

Bayi mati akibat mandi air sejuk

  “Assalamu alaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Dktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak.   Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kemudaratan da ada yang boleh menyebabkan kematian pada bayi. …

Read More »

Adakah bayi montel adalah bayi yang sihat ?

“Assalamu alaikum doctor. Saya ingin bertanya tentang anak saya. Anak saya berumur dua tahun tetapi berat beliau 20kg. Adakah anak saya obese dan perlukah saya berikan ubat diet untuk beliau?” Wa alaikum mus salam. Ramai ibubapa yang percaya bahawa bayi yang montel adalah bayi yang sihat. Penambahan berat badan bayi secara berterusan, dan menandakan bayi itu mempunyai selera makan yang baik. Hanya bayi yang sihat saja mempunyai selera makan yang baik. Bagi mendapat anak yang “sihat”, ramai ibubapa yang memberikan makanan  bayi mereka dengan makanan yang mempunyai banyak lemak dan kalori minyak sapi, mentega dan gula. Ini adalah konsep yang …

Read More »

Sukar Meninggalkan Bayi Walaupun mahu ke Bilik Air

“Assalamu alaikum. Saya adalah seorang ibu muda berusia 21 tahun dan mempunyai anak sulong berusia setahun dan sudah boleh berjalan. Saya tidak bekerja dan tiada pembantu. Saya tinggal bersendirian. Adakalanya saya amat bimbang hendak meninggalkan anak saya, sama ada untuk buang air, mandi atau memasak. Hanya hanya melakukan perkara-perkara tersebut apabila anak saya telah tidur. Doktor, adakah selamat untuk saya meninggalkan bayi saya tanpa pengawasan semasa saya mandi lima minit? Mohon pendapat doctor. Terima kasih.” Wa alaikum mus salam. Saya memahami situasi puan yang terpaksa menjaga anak dan menguruskan rumah tanpa pembantu. Saya percaya ia sangat sukar untuk menguruskan anak …

Read More »

MENGESAN SERANGAN SAKIT JANTUNG

  “Assalamu alaikum doctor. Saya berusia 35 tahun dan mempunyai dua orang anak. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada. Isteri saya telah membawa saya ke klinik. Doktor di klinik telah memeriksa saya dengan meletakkan stethoscopenya di dada. Dia beritahu saya agar bimbang dan memberikan saya ubat gastrik. Saya rasa tidak puas hati. Saya bimbang saya mengalami serangan sakit jantung. Mohon penjelasan”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan marah dan kecewa yang saudara rasakan. Saya berpendapat bahawa doctor yang bertugas seharusnya memeriksa saudara dengan lebih teliti.   Saya tidak dapat memberikan komen lanjut tentang pemeriksaan, diagnosa dan rawatan yang …

Read More »

Penyakit untut harus dirawat segera.

    Saya tidak berniat untuk memalukan sesiapa. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman ini sekadar menyedarkan masyarakat tentu perlunya mendapatkan rawatan yang betul sebelum parah.   Untut atau elephantiasis adalah penyakit yang menyebabkan penebalan kulit, terutama kulit kaki dan kerandut zakar (scrotum).   Dianggarkan enam peratus penduduk negara kita dijangkiti, terutama yang tinggal di perkampungan tepi sungai seperti di Pahang, Terengganu, Perak, Bintulu dan Miri di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah.   Kajian pada 2002 mendapati, kira-kira 200 kes jangkitan dikesan dan 10 pesakit disahkan menghidap untut.     Apabila memperkatakan mengenai penyakit untut, sudah tentu kita akan membayangkan pesakitnya …

Read More »

Banyakkan doa dan sedekah jika anak lahir pramatang

  Ramai ibubapa yang berputus harap apabila melahirkan anak secara pramatang, dan bayi pula dilahirkan mempunyai berat yang kurang dari 1.0kg.   Walaupun pada amnya, kebarangakalian untuk bayi sebegini untuk meneruskan kelangsung hidup agak rendah, namun sebenarnya mereka mempunyai peluang untuk terus hidup jika diberikan peluang dan dijaga dengan baik.   Satu contoh yang menarik di mana seorang bayi, yang dipercayai paling kecil dilahirkan seberat hanya 0.25 kilogram dan setinggi ukuran telefon bimbit telah dilahirkan.   Inilah tanda kebesaran ALLAH.   “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran …

Read More »

Hilangan ingatan selepas hubungan intim

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya berumur 48 tahun. Saya mengalami masalah di mana pada suatu malam saya mengalami sakit kepala dan telah menelan ponstan. Keesokkan paginya suami saya mengajak saya melakukan hubungan intim dan saya menikmatinya. Satu tertidur selepas itu. Apabila bangun saya agak keliru. Saya tidak perasaan sama ada hari masih pagi atau sudah petang. (Suaminya saya memberitahu masa itu tengah hari). Saya duduk di atas katil, tetapi saya tidak ingat apa yang berlaku dan sedang berlaku. Apakah saya mengalami maslah serius?”   Wa alaikum mus salam.   Melakukan hubungan intim, boleh menyebabkan beberapa kesan yang agak tidak baik, …

Read More »

TANDA-TANDA MENGALAMI FIBROID

“As salammu alaikum. Doktor, saya berumur 34 tahun dan baru berkahwin.  Sebelum ini saya mengalami masalah senggugut yang agak kuat, sehingga terpaksa mengambil MC untuk berehat di rumah.  Adakah saya mengalami masalah fibroid? Terima kasih”   Wa alaikum mus salam.   Tidak semua wanita yang mempunyai masalah fibroid menunjukkan tanda-tanda mereka mengalami fibroid.   Wanita yang mengalami fibroid juga menunjukkan tanda-tanda yang berbeza berbanding dengan wanita yang lain. Ada wanita yang menunjukkan tanda-tanda yang kuat dan ada wanita yang menunjukkan tanda-tanda yang sederhana.   Secara amnya, antara wanita yang mungkin mengalami fibroid ialah: 1. Wanita yang berumur antara 30 hingga …

Read More »

Menghilangkan Batuk berlendir pada Kanak-kanak

“Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama. Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibubapa tidak puas hati dengan rawatan yang diterima. Ini menyebabkan ada ibubapa yang lebih suka terus membeli ubat di farmasi daripada berjumpa dengan  …

Read More »

Makanan yang Tidak Baik Diambil ketika Menyusukan Bayi

  Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu. Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi. Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang. Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan …

Read More »

Sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak

  “Doktor, anak saya sudah tidak buang air besar semenjak semalam. Saya risaulah..”   Itu  adalah pertanyaan yang sering saya terima sama ada ketika bekerja di klinik, atau menjawab soalan-soalan di facebook.   Saya sering memberitahu ibubapa bahawa sembelit bukanlah penyakit, dan ia tidak didiagnosakan dengan mengira bilangan hari mereka tidak buang air besar.   Malah kalau tiga hari sekali masih dikira normal jika tiada tanda-tanda bayi atau kanak-kanak itu mengalami sembelit.   Antara tanda-tanda itu ialah bayi atau kanak-kanak itu menangis dan menunjuk rasa resah atau tidak selesa ketika membuang besar. Bagi kanak-kanak yang lebih besar akan mengadu rasa …

Read More »

Ubat Zyrtec dan Kehamilan

“Assalamu alaikum doktor. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Saya sedang hamil 20 minggu dan mengalami selsema yg teruk. Bolehkah saya ambil zyrtex (clarityne) dan berapa dos yang sesuai?”   Wa alaikum mus salam. Terima kasih kerana bertanya dan saya berpendapat eloklah penerangan saya dikongsikan agar dapat dimanfatakan oleh ramai wanita-wanita hamil yang mengalami masalah yang sama.   Zyrtec® (cetirizine hydrochloride) adalah ubat antihistamine yang biasa digunakan dan telah disahkan berkesan untuk merawat masalah alahan termasuk selsema. Ia dijual di farmasi tanpa preskripsi doctor. Saya selalu dikunjungi oleh wanita hamil yang mengalami masalah alahan dan selsema. Wanita yang hamil lebih …

Read More »

Antibiotik bukan ubat wajib bagi demam dan selsema untuk bayi dan kanak-kanak

Demam, batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah adalah hal yang kerap berlaku. Hampir satu pertiga pesakit yang datang ke Pusat Kesihatan di tempat saya bekerja, kebanyakan kanak-kanak dan bayi yang dibawa oleh ibubapa mereka untuk masalah yang sama. “Doktor sebelum ini tidak memberikan antibiotik, jadi anak saya sudah seminggu demam” Itulah antara keluhan yang biasa saya dengar. Telah menjadi amalan saya untuk tidak memberikan ubat yang banyak untuk merawat kanak-kanak kecuali ubat yang saya fikirkan perlu. Namun ada kalanya saya agak terkilan dengan desakan ibubapa yang mahukan antibiotik untuk anak mereka yang demam dan selsema. …

Read More »

‘Hanya nampak kantung’ saja…

“HANYA NAMPAK KANTUNG SAJA…”     “Salam doctor. Mengikut perkiraan saya, last period saya adalah pada 19.09.2012. Pada 04.11.2012 saya melakukan pemeriksaan ultrasound dan didapati saya hamil 8 minggu lebih. Doktor memberitahu bahawa ‘hanya nampak kantung saja’, tetapi janin masih belum nampak. Kemudian saya lakukan semula pemeriksaan sama pada 14.11.2012 dan menunjukkan saya hamil 5 minggu lebih dan doctor masih mengatakan bahawa ‘hanya nampak kantung sahaja’. Pada 20.112012 saya mendaftar kehamilan di klinik kerajaan dan doktor juga membuat scan. Doktor mengatakan usia kehamilan saya 6 minggu lebih  dan jawapan yang doktor berikan adalah sama, iaitu ‘hanya nampak kantung saja’ seperti …

Read More »
error: Content is protected !!