Advertorial
Home » Sakit Kulit » Penyakit untut harus dirawat segera.

Penyakit untut harus dirawat segera.

 

Sadia Abdinur, 35, dijauhi oleh jiran-jirannya di Somalia hanya kerana mereka menyangka beliau dirasuk oleh jin padahal dijangkiti penyakit untut atau elephantiasis

Sadia Abdinur, 35, dijauhi oleh jiran-jirannya di Somalia hanya kerana mereka menyangka beliau dirasuk oleh jin padahal dijangkiti penyakit untut atau elephantiasis

 

Saya tidak berniat untuk memalukan sesiapa. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman ini sekadar menyedarkan masyarakat tentu perlunya mendapatkan rawatan yang betul sebelum parah.

 

Untut atau elephantiasis adalah penyakit yang menyebabkan penebalan kulit, terutama kulit kaki dan kerandut zakar (scrotum).

 

Dianggarkan enam peratus penduduk negara kita dijangkiti, terutama yang tinggal di perkampungan tepi sungai seperti di Pahang, Terengganu, Perak, Bintulu dan Miri di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah.

 

Kajian pada 2002 mendapati, kira-kira 200 kes jangkitan dikesan dan 10 pesakit disahkan menghidap untut.

 

 

Apabila memperkatakan mengenai penyakit untut, sudah tentu kita akan membayangkan pesakitnya dengan kaki yang besar seperti gajah.

 

Penyakit untut disebabkan jangkitan cacing parasit Wuchereria bancrofti, Brugia malayi dan Brugia timori yang sangat halus, hidup dalam persekitaran panas lembap seperti negara kita.

 

Ia bermula dengan gigitan nyamuk yang mempunyai mikrofilaria ke tubuh pesakit. Sepanjang hidup dalam badan, ia tidak mendatangkan masalah.

 

Kesannya hanya dirasai apabila cacing dewasa bertindak menyekat dan menghalang sistem limfa mangsa dan pada peringkat yang teruk, ia akan menyebabkan bengkak pada beberapa bahagian tubuh mangsa terjangkit tersebut seperti di bahagian kaki.

 

Dalam kes yang teruk, ia boleh menyebabkan kerandut zakar membesar sebesar saiz bola keranjang.

 

Jadi segera mendapatkan rawatan dan jangan menunggu sehingga menjadi teruk sebegini.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: