Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Anak berbakat adalah anugerah

Anak berbakat adalah anugerah

children playing

“Salam doctor, saya ada seorang anak yang saya rasa dia berbakat. Umur dia 3 tahun. Percakapan dia sangat jelas dan tidak pelat. Pandai menggunakan perkataan yang betul. Dia sudah kenal huruf seawal umur satu setengah tahun dan sudah boleh mengeja. Saya bimbang mendengar orang bercakap mengatakan budak yang bijak ini nanti apabila masuk ke dalam tadika akan cepat bosan kerana banyak yang dipelajari dia sudah tahu. Ini menyebabkan saya kurang mengajarnya.

Ada lagi yang mengatakan budak yang terlalu bijak sangat nanti akhirnya tidak berjaya. Itu yang saya risaukan. Apa yang perlu saya buat. Minta pencerahan dari doktor.

WA ALAIKUM MUS SALAM

Saya ucapkan tahniah kerana puan memiliki anak yang berbakat. Segala puji bagi ALLAH atas kurniaan yang hebat itu. Apabila kita mendapat satu anugerah yang hebat, maka ramai yang akan merasa IRIHATI. Ini adalah lumrah kehidupan. Ramai yang sakit hati apabila melihat mendapat kelebihan.

Akhirnya kita diberikan nasihat yang salah sehingga anugerah kita tidak menjadi terus hebat dan menjadi biasa.

Kanak-kanak yang hebat, otaknya bagaikan span yang sangat mudah meresap segala pengetahuan dan ilmu yang diajar. Jadi mengapa dihadkan pengajaran untuk beliau.

Otak anak puan ibarat kereta FERRARI yang boleh memecut dalam masa beberapa saat saja berbanding dengan PROTON. Jadi berbaloikah puan memandu FERRARI 30km/hr?

Jika saya mendapat anugerah ini, saya pastikan anak saya dimasukkan ke TADIKA yang baik dan saya akan pantau perkembangannya. Pedulikan kata orang yang IRIHATI.

Anak kita adalah amanah. Kita akan mencorakkan kehidupan mereka pada masa akan datang. Kita akan ditanya mengenainya.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: