Tag Archives: tooth

Perbezaan antara sakit kepala dan pening kepala

APA BEZA ANTARA SAKIT KEPALA DAN PENING?       “Salam doktor. saya ingin bertanya jika ada perbezaan antara pening dan sakit kepala? Terima kasih”   Ramai orang yang sering menggunakan perkataan ‘pening’ apabila mengalami rasa tidak selesa pada bahagian kepala. Kadang kala istilah itu mengelirukan, bukan saja doctor yang merawat tetapi juga orang yang mendengar.   Sebagai contoh ramai yang mengatakan bahawa mereka pening apabila mereka sebenarnya sakit kepala. “Saya peninglah melihat telatah awak” Apa yang cuba dimaksudkan ialah sakit kepala melihat telatah kawan dia yang mungkin menyakitkan hatinya.   Sakit kepala sebenarnya rasa sakit pada bahagian kepala, sama …

Read More »

ENDOMETRIOSIS ADALAH PENYAKIT AKIBAT KERADANGAN DAN KETIDAKSEIMBANGAN HORMON

Ramai yang bertanya saya mengenai masalah endometriosis. Endometriosis adalah masalah yang dialami oleh ramai wanita dan doctor perubatan masih tidak mengetahui punca berlakunya masalah ini. Banyak teori yang diberikan. Namun teori yang diberikan tidak banyak membantu dalam merawat pesakit wanita yang mengalaminya. Saya berpendapat bahawa endometriosis adalah gabungan dari dua masalah utama, iaitu keradangan (inflammation) daan ketidakseimbangan hormone. Endometriosis berlaku apabila tisu normal dalam rahem (lapisan endoendometrium) berada di luar rahem. Tisu ini mengalami perubahan seperti mana tisu dalam rahem, iaitu membesar dan menjadi darah haid, dengan kesan hormone peningkatan estrogen. Ia menyebabkan rasa sakit dan pendarahan yang banyak dalam …

Read More »

UTM menemukan formulasi rawat kulit bermasalah

UTM MENEMUKAN FORMULASI RAWAT KULIT MUKA BERMASALAH   Kacip Fatimah dikenali sebagai herba tradisional yang telah banyak digunakan di nusantara sejak dari zaman dahulu lagi. Ia biasanya digunakan sebagai rawatan selepas melahirkan anak. Ini kerana Kacip Fatimah dikatakan dapat merawat kecederaan pada rahem dan faraj ketika proses melahirkan anak. Namun tiada sebarang kajian saintifik yang membuktikannya, sehingga Universiti Tekonolgi Malaysia melalui Institute Bioproduct Development (IBD) membuktikan kesan positif ekstrak Kacip Fatimah  terhadap sel-sel kulit.   Dalam kajian itu menunjukkan Kacip Fatimah atau nama sainsnya, Labisia pumila mengandungi banyak  sebatian phenolic acid dan flavonoid yang dipercayai bertanggungjawab dalam merawat pelbagai jenis …

Read More »

Hamil Walaupun UPT Negatif

UPT NEGATIF TETAPI HAMIL   “Salam doktor, saya berusia 32 tahun dan sudah tidak datang haid selama 5 minggu. Baru-baru ini saya buat pemeriksaan UPT dan mendapati keputusannya negatif. Adakah sah saya tidak hamil?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Mengikut pengalaman saya, tidak datang haid selama 5 minggu dari tarikh akhir haid pertama yang lepas atau seminggu dari tarikh haid yang sepatutnya, masih dianggap sebagai terlalu awal.     Ini kerana kitaran haid yang normal adalah antara 21 hari hingga 35 hari. Oleh itu tidak datang haid sehingga hari ke 35 atau minggu ke 5 masih dikira normal, dan …

Read More »

ANAK-ANAK YANG LAMBAT BERKEMBANG

    Ramai ibubapa yang risau jika anak mereka tidak mencapai berat tertentu. Berat, tinggi dan ukurlilit kepala adalah perkembangan fizikal yang penting.     Namun ada satu lagi perkembangan pada bayi yang kadang-kadang kita terlepas pandang, hingga bayi kita berusia setahun. Pada masa itu barulah kita menyedari bahawa anak kita mengalami masalah dalam perkembangannya.     Perkembangan seorang kanak-kanak tidak sepatutnya terbantut. Ini kerana ia adalah proses di mana mereka berinteraksi dan belajar menjadi dewasa. Mereka belajar kemahiran yang rumit yang melibatkan kematangan berfikir seperti berjalan, berkomunikasi, bermain dan berfikir.     Kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lewat berlaku …

Read More »

MASALAH KECACINGAN

  Baru-baru ini seorang ibu membawa anak perempuannya ke klinik berjumpa saya. Apa yang merisaukan beliau adalah perut anak beliau yang berusia 9 tahun itu kelihatan membuncit. Ibunya mendesak saya lakukan pemeriksaan ultrasound, kerana bimbang anaknya hamil. Saya berfikir panjang. Namun saya hanya mengikuti kehendak ibu kanak-kanak ini memandang beliau sangat runsing. Ini kali ketiga beliau membawa anaknya ke klinik. Sebelum ini pergi ke satu klinik swasta, tetapi oleh kerana tiada kemudahan ultrasound, doctor merujukkan ke pusat kesihatan kerajaan. Di pusat kesihatan kerajaan pula doctor yang bertugas tidak mahu melakukan pemeriksaan ultrasound kerana tidak percaya kanak-kanak perempuan itu hamil. Saya …

Read More »

SAKIT DI TENGKUK

    SAKIT  DI TENGKUK       “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya nak minta sedikit nasihat doktor utk panduan. Saya mengalami kesakitan sejak mlm tadi, macam tersalah urat. Sakitnya rasa pada tengkuk sebelah kiri hingga ke bahagian belakang badan sebelah kiri dan sakitnya berdenyut2. Rasa sakit sangat setiap kali bergerak. Kalau ke klinik biasa dr akan bg ubat apa dan kalau berurut, boleh ker… Risau sbb melibatkan tengkuk… Terima kasih dr.”             WA ALAIKUM MUS SALAM       Banyak punca sakit di bahagian tengkuk, bergantung kepada umur, berapa lama sudah alami, pekerjaan puan dan …

Read More »

Minyak Kelapa untuk Kulit Kering Eczema, Dermatitis dan Psoriasis

MINYAK  KELAPA UNTUK KULIT KERING   Pesakit yang mengalami penyakit chronic dermatitis mempunyai masalah keradangan kulit yang menyebabkan kulit menjadi kering. Di samping masalah ketidaksempurnaan pada lapisan epidermis, sehingga tidak mampu menghasilkan pelembap semulajadi untuk kulit mereka sendiri. Sebab itu kulit pesakit chronic dermatitis memerlukan pelembap yang natural, yang dapat melembutkan dan membaiki kulit yang berterusan dan perlu digunakan lama. Kebanyakan produk yang dijual mengandungi minyak mineral atau produk yang diperbuat dari petrochemical yang menyumbangkan kepada keradangan kulit yang lebih teruk, dan dibimbangi boleh menyebabkan kanser apabila bahan-bahan ini diserap ke dalam tubuh. Ini kerana tubuh kita tidak sesuai untuk …

Read More »

MAKNA KEBEBASAN EMOSI

Tanda kita memiliki KEBEBASAN EMOSI ialah apabila kita sudah tidak perdulikan pandangan orang pada kita. Yang penting pandangan ALLAH pada kita. #inspirasidrzubaidi

Read More »

Awas 5 Makanan Ini Dilarang Kepada Bayi. Belum Masanya!

AWAS 5 MAKANAN INI DILARANGKAN KEPADA BAYI. BELUM MASANYA!       Kadang kala kita terlalu teruja untuk memperkenalkan makanan kepada bayi yang baharu mula makan makanan pejal. Kita rasa sudah memberikan makanan yang terbaik kepada si manja.   Tetapi tanpa diketahui kita sebenarnya telah memberikan makanan tidak sihat kepada si kecil. Ini kerana bayi tidak memerlukan banyak kalori, apa yang diperlukan adalah makanan yang kaya dengan nutrisi.   Ketahui beberapa jenis makanan yang masih dilarang untuk bayi.   1. Jus Eh! Bukankah jus adalah minuman yang berkhasiat? Ya, jika yang meminumnya orang dewasa atau kanak-kanak sudah besar. Itu pun …

Read More »

hadapi musibah dengan jiwa yang besar

HADAPI MUSIBAH DENGAN JIWA YANG BESAR       Semua orang buat silap atau ditimpa musibah, tidak kira orang yang berdarjat tinggi atau rendah, orang yang berilmu atau jahil, orang yang kaya atau orang miskin. Ia boleh berlaku pada semua orang, sama ada disengajakan atau tidak disengajakan.   Yang penting bagaimana kita menghadapi dan menerima kesilapan kita atau musibah yang dihadapi. Itu yang membezakan orang yang hebat, bukannya darjatnya, ilmunya atau harta kekayaannya.     #inspirasidrzubaidi    

Read More »

kurma dicampur dengan gula

KURMA DIJUAL DICAMPUR DENGAN GULA   “Salam dr zubaidi nak tanya betul ke kurma yg jual di Malaysia nie ade campur gula. Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mohon maaf sebab tidak dapat menjawab isu ini. Saya tidak dapat fakta yang tepat mengenai buah kurma yang dicampurkan dengan gula ini.   Walau bagaimana pun saya ada membaca laporan akhbar KOSMO mengenai kegiatan penjual yang ingin mengaut keuntungan besar, dengan mengimport buah kurma secara pukal dengan harga yang murah. Kemudian diproses (dibersihkan dan dicampurkan dengan gula) dan disimpan beberapa lama untuk sebati sebelum dicampur semula dengan buah kurma …

Read More »

diam itu lebih utama

DIAM ITU LEBIH UTAMA   Apabila orang bertanya dengan tujuan untuk menyakitkan hati kita, kita tidak perlu menjawab. Kerana mereka hanya mahu mendengar jawapan yang mereka mahu dengar. Selagi tidak tidak memberikan jawapan yang mereka mahu, selagi itu mereka akan menyakitkan hati kita dan kita terus disakiti.   Oleh itu, elok diamkan saja. Bukan untuk kemenangan mereka, tetapi ketenangan jiwa kita. Bimbang masa kita berzikir pun, masih ada rasa marah, benci dan dendam.   Diam adalah jawapan yang menenangkan hati kita, meredakan kemarahan diri. #inspirasidrzubaidi    

Read More »

Implanon, haid tidak menentu dan solat

IMPLANON, HAID TIDAK MENENTU DAN SOLAT “Assalamualaikum Dr Zubaidi , maaf menganggu doctor. Saya ingin bertnya. Saya menggunakan alat suntikan susuk perancang keluarga implanon. Semenjak memakainya , saya mengalami kitaran haid yang tidak menetu. Darah kekadang ada , kekadang tidak ada, kadang-kadang tengahari keluar, darah pekat sikit-sikit saja macam orang dah hari last haid. Bila malam tiada pulak, lepas 2-3jam darah itu ada semula. Bila tiada darah saya mandi hadas. Bila saya solat dank e bilik air, darah itu ada semula. Soalan saya macam mana saya nak solat? Saya keliru lah doctor. Mohon pencerahan.” WA ALAIKUM MUS SALAM Masalah yang …

Read More »

15 perkara yang perlu kita tahu tentang garam

15 PEKARA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG GARAM     1 – Garam atau nama saintifiknya Sodium Chloride, terdiri daripada 2 komponen, iaitu 40% Sodium dan 60% Chloride.   2 – Dalam diet manusia, garam tergolong dalam kelompok MIKRONUTRIEN – yakni nutrien yang diperlukan dalam jumlah yang kecil saja. Jika kurang mineral ini, pesakit akan mendapat penyakit. Jika berlebihan juga akan mendatangkan penyakit.   3 – Sodium sudahpun wujud secara semulajadi dalam semua makanan, maka pengambilan garam haruslah terkawal agar pengambilan sodium anda tidak terlebih.   4 – Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sodium agak jarang berlaku kerana diet kita …

Read More »

MASALAH HAID AKIBAT RAWATAN KEMOTERAPI

“Assalammualaikum Dr. Zubaidi, Saya ingin bertanya bagaimana untuk seorang wanita 30an yang lepas menjalani chemotherapy untuk kembali mendapat haid nya yang telah 2 tahun berhenti selepas tamat rawatan chemotherapy tersebut. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Rawatan kimoterapi untuk peyakit kanser memang akan menyebabkan beberapa kesan sampingan berlaku pada diri pesakit. Oleh itu doctor akan memastikan rawatan yang diberikan benar-benar memberikan manfaat melebihi kemudaratan yang mungkin akan diterima oleh pesakit. Doktor akan memastikan ubat kimoterapi tersebut adalah ubat yang spesifik dan berkesan untuk penyakit kanser tersebut memandangkan kesan sampingannya amat besar. Doktor juga akan berusaha untuk meminimakan kesan sampingan yang …

Read More »

URUT GANTI SENAM?

“Assalamualaikum Dr., adakah mengurut adalah satu amalan yg baik bg yang kurang bersenam atau tidak sempat bersenam sebagai salah satu cara menjaga tahap kesihatan yang baik.. tqvm” WA ALAIKUM MUS SALAM Amalan berurut badan seperti yang kita amalkan sejak dari zaman dulu, adalah amalan yang bagus terutama bagi mereka yang selesai menjalani proses fizikal yang stress seperti selepas melahirkan anak, menjalani pembedahan (pada anggota tertentu), dan selepas temasya sukan. Bagi individu yang mempunyai penyakit kronik dan mengalami sakit-sakit badan dan sendi, amalam ururtan juga membantu mendapat kesegaran kerana ia melancarkan perjalanan darah dan lendiran limfatik. Ia sangat bermanfaat. Namun begitu …

Read More »

Tidak datang haid setahun selepas ambil implan

TIDAK DATANG HAID SETAHUN SELEPAS MENDAPAT IMPLANT DI BAWAH KULIT LENGAN  Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya berusia 30 tahun, bekas rakan utm skudai dalam bidang kaunseling. Saya ingin bertanya. Saya telah melahirkan anak tahun lepas dan mula menggunakan implan pada jun 2015 sehingga kini, sudah setahun tapi saya tiada mengalami haid yang teratur. Bulan lepas, saya ada kedatangan haid yang banyak, lebih kurang kurang 20 hari. Kemudian pada bulan berikutnya ada pendarahan berterusan selama 30 hari. Apa masalahnya ya Doktor?” WA ALAIKUM MUS SALAM Kitaran haid yang tidak teratur selepas suntikan hormon perancang sama ada yang dimasukkan ke bawah kulit (implant) …

Read More »

kerosakan ginjal akibat penyakit autoimmune dan ubat penahan sakit

KEROSAKAN GINJAL AKIBAT PENYAKIT AUTOIMMUNE DAN UBAT PENAHAN SAKIT     Dulu saya ada seorang pesakit lelaki berusia 25 tahun. Beliau sering dibawa berjumpa dengan saya semenjak berusia 12 tahun lagi kerana penyakit biasa seperti asma, ruam pada kulit, batuk, selsema dan demam. Lama saya tidak berjumpa dengan beliau. Mungkin sebab saya sudah tidak bekerja di klinik lama, dan berpindah ke klinik yang baru di daerah berlainan. Tetapi ibunya berusaha mendapatkan telefon saya dan menjejaki saya. Mahu membawa anaknya berjumpa saya. Kali ini beliau datang bersama dengan ibunya kerana masalah yang berlainan. Beliau mengalami sakit sendi, sakit badan dan mudah …

Read More »

Segera menyahut jika kita sayang

SEGERA MENYAHUT JIKA KITA SAYANG         Seorang suami bertanya pada isterinya : ” Sudah solat asar ke?”   “Belum” jawab isterinya ringkas.   Suami bertanya lagi : “Kenapa belum solat ?”   Lalu isterinya menjawab : ” Saya baru sahaja balik, badan letih sekali dan saya tertidur tadi “   Suaminya menjawab : ” Baiklah … Bangun dan solatlah asar dan maghrib sekaligus. Sebentar lagi sudah masuk waktu Isyak “   Pada keesokan harinya suami pergi untuk bertugas ke Singapura. Si suami selalunya akan menelefon isterinya bila telah sampai ke destinasi. Si isteri menunggu panggilan telefon berjam-jam …

Read More »

PENGAMBILAN CECAIR BAGI PESAKIT GINJAL YANG MENJALANI RAWATAN HEMODIALYSIS

  Pesakit yang mengalami kegagalan ginjal selalunya akan melakukan rawatan hemodialisis tiga kali seminggu di pusat hemodialysis. Mereka terpaksa melakukan rawatan ini kerana ginjal mereka tidak mampu lagi menghasilkan air kencing. Jadi semua bahan kumuh yang sepatutnya keluar melalui air kencing tidak dapat dikeluarkan.   Ini menyebabkan mereka mengalami komplikasi apabila terlalu banyak cecair dalam tubuh yang biasanya berkumpul dalam paru-paru, akhirnya menyebabkan pesakit sukar bernafas dengan baik. Selain itu bahan kumuh akan berkumpul terutamanya dalam otak, menyebabkan pesakit mungkin pengsan dan meninggal dunia.   Setakat ini tiada lagi ubat sintetik moden yang mampu merawat kegagalan ginjal ini. Rawatan hemodialysis …

Read More »

Jangan cepat sangka buruk terhadap nasib kita

JANGAN CEPAT BURUK SANGKA DENGAN NASIB KITA     Ini adalah pelajaran tauhid yang sangat bernilai.   Dahulu kala, ada seorang lelaki arab memiliki seekor kuda putih yang sangat cantik dan gagah. Ramai yang cuba membeli dari lelaki ini, namun dia tidak mahu menjualnya.   Suatu hari, seorang saudagar kaya dari bandar ingin membeli kuda itu dan menawarkan harga yang sangat mahal. Sepuluh ganda dari harga yang biasa ditawarkan.  Lelaki itu masih tidak mahu menjualnya. Teman-temannya mengejek karena dia tidak menjual kudanya.   “Rugi kamu tidak jual kuda putih itu. Mana tahu kuda kamu akan mati esok hari” kata mereka …

Read More »

Bolehkah menaiki pesawat ketika hamil

BOLEHKAH MENAIKI PESAWAT KETIKA HAMIL?     Apabila seorang wanita hamil menaiki kapalterbang, timbul keraguan tentang keselamatan ibu dan anak dalam rahem. Ini disebabkan oleh faktor ketinggian tahap kelembapan rendah serta perubahan tekanan udara di dalam kabin pesawat yang mungkin menjejaskan kesihatan mereka. Sekiranya berlaku sebarang kecemasan semasa di atas, tiada kemudahan perubatan yang lengkap, kecuali apa yang ada dalam perut kapal sahaja.   Faktor yang disebutkan tadi boleh menyebabkan ibu-ibu hamil yang mempunyai masalah kesihatan jantung boleh mengalami kadar degupan jantung, tekanan darah tinggi naik atau sukar bernafas.   Ramai yang bertanya, bilakah masa yang terbaik untuk menggunakan perkhidmataan udara …

Read More »

Cara berdiet dengan pil

CARA BERDIET DENGAN PIL     Kebanyakan pil-pil diet di pasaran mempunyai dua kaedah, sama ada pil yang mengandungi bahan terlarang silbuteramine, yang menyebabkan kita tiada selera untuk makan atau bahan yang mengandungi dulcolax, yang menyebabkan kita membuang air besar secara kerap.   Silbuteramine adalah bahan yang menyebabkan selera kita berkurangan, dalam masa yang sama akan menyebabkan tekanan darah meningkat, degupan jantung laju, berpeluh kuat, mudah marah, dan sukar tidur. Kesan sampingannya sangat besar, selalunya menyebabkan pengguna mengalami penyakit darah tinggi, diabetis, kerosakan hati dan kerosakan ginjal.   Sementara produk pelangsing yang menyebabkan kita buang air besar kerap pula, mungkin mengandungi …

Read More »

Ibu jari mahu dipotong

IBU JARI KAKI MAHU DIPOTONG Lama saya tidak bertemu dengan rakan saya. Pagi-pagi lagi dia telefon kerana mahu berjumpa saya di klinik. Ada hal mustahak katanya. Saya kata, “datanglah”. Lagi pun saya sudah lama tidak berjumpa dia untuk mengetahui perkembangan dirinya. Lapan bulan lepas dia mengunjungi saya kerana risau jari kakinya mula membusuk. Hujung ibu jari kakinya kemerah-merahan. Membengkak. Dalam keradangan. Tidak sakit. Rasa kebas. Saya percaya tisu-tisu di hujung jarinya sedang mengalami keadaan kekurangan oksigen dan nutrisi, sebab salur darah yang membekalkan keperluan di situ mengalami ‘sumbatan’ dan ‘penyempitan’ Saya minta dia teruskan ubat yang diberikan oleh doktor di …

Read More »

Kesalahan minta sijil cuti sakit

KESALAHAN MINTA SIJIL CUTI SAKIT   “Assalammualikum Dr Zubaidi. Saya ingin mohon pertolongan doctor untuk saya membeli ‘back dated MC’. Sebenarnya pada  hari Sabtu lepas saya mengalami sembelit sehingga menyebabkan menyebabkan buasir. Saya rasa sakit sangat sehingga tidak mampu bergerak, dan tidak dapat ke klinik kerana tiada orang yang membantu menghantar saya. Ini kerana saya tinggal bersendirian di rumah sewa saya. Pada keesokan harinya, saya cuba mencari klinik namun tiada klinik yang buka pada hari Ahad. Saya tidak tahu buat macam mana sebab saya beritahu pada syarikat saya yang saya cuti sakit pada hari Sabtu tersebut.  Kebetulan pula saya mengalami …

Read More »

masalah mata anak berair seperti menangis

MASALAH MATA ANAK BERAIR SEPERTI MENANGIS Pada keluaran kali ini, saya ingi berkongsi jawaban pada pertanyaan yang ditanyakan oleh seorang ibu yang risau terhadap keadaan mata nakanya yang berumur lapan bulan.   Pertanyaan beliau seperti berikut: “Assalamu’alaikum. Dr. maaf saya mengganggu. Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjawab pertanyaan ini.  Saya merupakan seorang ibu pada seorang anak perempuan. Alhamdulillah sekarang umur anak saya hampir mencecah 8 bulan.   Saya ada satu soalan yang ingin ditanya kepada doktor. Sudilah sekiranya doktor berkongsi pengetahuan bagi soalan saya.  Untuk pengetahuan doktor, mata anak saya sering mengeluarkan cecair seperti (menangis). Ia …

Read More »

BANYAK AIR DALAM OTAK

APA YANG MENYEBABKAN BANYAK CECAIR DALAM OTAK ORANG DEWASA? Hydrocephalus atau air pada otak, boleh berlaku di kalangan bayi dan juga orang dewasa. Apabila pesakit mengalami keadaan hydrocephalus, cecair dalam otak (yang disebut cerebrospinal fluid, CSF) bertambah banyak dan memberikan tekanan kepada otak. Ia seperti satu belon yang terus ditambah air, sehingga belon itu membesar. Dalam kepala, tengkorak tidak akan membesar bila isipadu cecair bertambah, kerana tengkorak adalah tulang yang keras dan tidak boleh membesar. Jadi ia akan menekan pada otak yang bersifat lembut. Jadi apabila cecair dalam otak bertambah, maka tisu otak akan dihimpit dan boleh menyebabkan tisu-tisu otak …

Read More »

CARA MENGURANGKAN KEMARAHAN

     Salah satu cara untuk mengawal kemarahan , selain kita mengingati ALLAH SWT dan mengambil wudhu’, ialah dengan cara mengamalkan “konsep diam dan berfikir “.     Konsep ini adalah cara yang baik bagi mengurus kemarahan dengan cara rasional. Dengan ini kita dapat berfikir secara rasional tentang diri kita. Oleh itu, konsep ini sangat membantu diri menjadi rasional semasa marah.   Kita hanya perlu melakukan dua perkara iaitu:   1) Diam   2) Berfikir     Langkah yang pertama, kita perlu diam. Kuasa diam begitu besar kerana secara tidak langsung ia mampu menerbitkan kesabaran akibat dari permulaan kita melakukan …

Read More »

Boleh suntik ubat penahan sakit dua kali dalam sehari?

BOLEH SUNTIK UBAT PENAHAN SAKIT DUA KALI DALAM SEHARI?         ” Salam doktor, ibu saya jatuh di bilik mandi. Bila saya bawakan ke klinik, doktor memberikan suntikan penahan sakit. Rasa sakit telah berkurang tetapi ibu saya masih tidak mampu menahan kesakitan. Bolehkah saya bawa ke klinik semula untuk satu lagi suntikan? Jika tidak boleh disuntik, bilakah tempoh perlu djarakkan dengan tarikh suntikan yg pertama tu. Mohon pencerahan. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM     Sebenarnya tiada bezanya sama ada disuntik atau dimakan melalui mulut (untuk ubat berbentuk tablet, kapsul atau cecair).     Ubat …

Read More »

Kencing tidak lawas

KENCING TIDAK LAWAS     “Salam doctor. Saya mohon doctor menjawab persoalan saya ini. Saya sangat risau kerana abah saya sakit, sedangkan saya sedang menduduki peperiksaan. Abah saya asyik kembung perut, sakit angin, dan kencing tak lawas. Masalahnya dia tidak mahu pergi hospital. Bolehkah saya ikhtiar dengan sakanjabeen, kerana dia juga menghidap penyakit darah tinggi juga. Terima kasih”   WALAIKUM MUS SALAM   Sebenarnya agak sukar saya menjawab soalan ini kerana saya tidak mengetahui biodata diri pesakit, terutamanya umur dan sejarah rawatan sebelum ini. Masalah yang dihadapi oleh bapa juga diberitahu hanya secara ringkas.   Saya mencadangkan, jika dia tidak …

Read More »

PCOS DAN RAHEM TERBALIK

  “Assalamualaikum Doktor. Saya Sabirah. Berumur 23 tahun dan belum berkahwin. Saya telah didiagnos mempunyai PCOS dan juga mengalami retroverted uterus. Saya juga ada membaca dari blog-blog mengenai kedua penyakit ini. Namun saya mempunyai sedikit kemusykilan mengenai kedua penyakit ini. 1) adakah PCOS berhubungkait dengan retroverted uterus? 2) adakah retroverted uterus berhubungkait dengan masalah usus/penghadaman? Untuk makluman doktor, saya juga mempunyai masalah sembelit dan kembung perut yang berpanjangan. Jujurnya setelah membaca pelbagai cerita di blog, saya rasa seolah-olah hidup saya sampai disini sahaja. Majlis perkahwinan yang bakal berlangsung juga saya rasa nak batalkan. Saya betul-betul perlukan pencerahan dan motivasi. Harap …

Read More »

ketika ujub menyelimuti hati

KETIKA UJUB MENYELIMUTI HATI Assalamualaikum, Sekadar perkongsian bersama sebelum solat terawih…..   Penyakit ujub ialah perasaan kagum dan bangga diri dengan kelebihan dan kebaikan yang dimilikinya. Ia adalah muqaddimah kepada takabbur(sombong/angkuh) apabila dia mula membanding-bandingkan dirinya dengan orang lain. Imam Ibnu Qoyyim al-Jauziyah rahimahullah (691H1270M) berkata dalam nasihatnya; “Jika Allah mudahkan bagimu mengerjakan solat malam, maka janganlah memandang rendah orang-orang yang tidur.” “Jika Allah mudahkan bagimu melaksanakan puasa, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak bepuasa dengan tatapan menghinakan.” “Jika Allah memudahkan bagimu pintu utk berjihad, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berjihad dengan pandangan meremehkan.” “Jika Allah mudahkan pintu rezeki …

Read More »

Demam tonsillitis tidak surut, adakah diphtheria?

DEMAM TONSILLITIS TIDAK SURUT, ADAKAH DIPHTHERIA ?   “Assalamualaikum doktor . Saya hendak bertanya , anak saya berusia 3 tahun dan disahkan oleh doctor menghadapi penyakit tonsillitis. Dengan kemunculan wabak diphtheria, saya sangat bimbang. Sya sudah bawa ke kilinik kerajaan tetapi doctor hanya berikan ubat antibiotic dan ubat demam. Demamnya sekarang ‘on and off’, kurang selera makan dan kurang minum susu. Sesekali ada muntah. Adakah saya perlu bawakannya ke hospital? Sudah sebulan tekaknya membengkak seperti tonsillitis. Boleh saya dapat pendapat pendapat doktor ? Terima kasih banyak atas pendapat doctor. Saya amat saya hargai. “   WA ALAIKUM MUS SALAM   …

Read More »

Maklumat Tidak Tepat Punca Segelintir Ibu Bapa Menolak Vaksin

MAKLUMAT TIDAK TEPAT PUNCA SEGELINTIR IBUBAPA MENOLAK VAKSIN   Salah faham masyarakat dalam mendapatkan maklumat tidak sahih daripada sumber terbuka seperti laman web dan media sosial menjadi punca segelintir ibu bapa menolak pemberian vaksin kepada anak-anak mereka.   Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd, Dr Zubaidi Hj Ahmad berkata banyak artikel berkaitan dengan anti-vaksin yang mempunyai ciri yang sama seperti sumber yang diambil bukan daripada orang yang pakar.   “Didapati juga blog atau web mendakwa mereka adalah daripada pertubuhan atau orang yang boleh dipercayai, namun mereka sebenarnya tidak amanah dalam menjaga kesejahteraan masyarakat.   “Selain itu, penyebar maklumat adalah …

Read More »

Telah vaksin tapi masih dijangkiti kuman

ADAKAH KANAK-KANAK YANG TELAH DISUNTIK VAKSIN MASIH BOLEH DIJANGKITI VAKSIN?     “Salam doctor, saya ini penjelasan berkenaan jangkitan diphtheria. Adakah kanak-kanak yang menerima vaksin berpotensi mendapat jangkitan difteria daripada pesakit lain?  Apakah cara rawatan yang sesuai untuk kanak-kanak yang bervaksin sekiranya mendapat jangkitan itu? Adakah kanak-kanak yang bervaksin akan mengalami sakit yang lama sehingga boleh membawa maut sekiranya mendapat jangkitan difteria?. Sekian, terima kasih”       WA ALAIKUM MUS SALAM   Ya, kanak-kanak yang telah diberikan vaksin boleh dijangkiti semula dengan kuman diphtheria dari pesakit lain. Ini berlaku pada sebahagian kecil kanak-kanak yang diberikan suntikan vaksin, kerana:   …

Read More »
error: Content is protected !!