PENDARAHAN SELEPAS KEGUGURAN Assalamualaikum doktor. Terima kasih kerana sudi membaca permasalahan saya.saya mengalami keguguran semulajadi pada 24/5/15,usia kandungan 13minggu lebih.kemudian melalui proses d&c pada hari berikutnya 25/5/15.pendarahan pada 2 minggu pertama kemudian hanya lendir keruh/coklat tidak berbau dgn kuantiti yg sgt sedikit sehingga hari ke 39.hari ke 40 sudah kering sepenuhnya.kemudian sy mandi hadas dan bersama suami pada hari ke 41.keesokan hari,pada sebelah petang,keluar lendir bercampur darah keruh/coklat(bukan darah fresh) semula tp sedikit,berlarutan seharian kemudian kering semula.persoalan saya: 1)adakah normal begitu?atau rahim saya luka?utk pengetahuan doktor,saya tidak merasa sebarang kesakitan di ari2,atau semasa bersama suami. 2)adakah pendarahan ringan …
Read More »Tag Archives: hamil
Berzikir dengan suara yang kuat dan ubat penenang
BERZIKIR DENGAN SUARA YANG KUAT DAN UBAT TENANG “Assalamualaikum Doktor, saya ingin ajukan soalan berkaitan pengambilan ubat penenang dan ubat tidur. Baru-baru ini salah seorang ahli keluarga saya mengalami gangguan. Pada awalnya, beliau menunjukkan sikap yang aneh dan tidak seperti keadaan normal iaitu kerap berzikir dengan suara yg kuat, tidak tidur malam, dan tidak makan. Keluarga saya telah pun membawanya ke hospital dan dirujuk ke bahagian psikiatri. Beliau juga diberikan ubat penenang dan ubat tidur. Selain rawatan moden, kami juga ikhtiar dengan rawatan islam, dan alternatif. Namun masih belum menunjukkan tanda untuk sembuh. Doktor juga mengatur temujanji untuk melakukan …
Read More »Ambil POSTINOR kitaran haid tidak menentu
AMBIL POSTINOR KITARAN HAID JADI TIDAK MENENTU “Salam Doktor, saya ingin bertanya satu masalah. Saya menggunakan pil pencegah kehamilan POSTINOR, dan saya mengambilnya 4 biji sebulan. Sejak mengambil POSTINOR kitaran haid saya menjadi tidak teratur, kadang kala sedikit dan ada masanya dua kali dalam sebulan. Soalan saya apakah ini kesan sampingan pengambilan POSTINOR? Sebelum ini saya tidak pernah ada masalah kitaran haid yang tidak teratur. Soalan kedua, apakah kesan sampingan lain POSTINOR? Bolekah saya terus mengambil pil postinor ini? Adakah ini akan memberi masalah kesuburan sekiranya saya ingin hamil pada masa akan datang? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA …
Read More »Tunggu sejam UPT ada jalur halus
UPT MENGELIRUKAN TUNGGU SEJAM ADA JALUR HALUS “”Assalamualaikum. Doktor, saya ada buat ujian UPT. Bersama ini saya tunjukkan gambar ujian UPT saya. Kalau macam ini adakah saya hamil? Saya menjadi keliru kerana saya telah menunggu hampir sejam, jalur halus itu tidak hilang. Mulanya jalur itu tidak ada. Selepas setengah jam, baru timbul jalur haus itu. Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Ujian UPT seharusnya dibaca dalam masa 5 min selepas contoh air kencing telah dititiskan. Jika UPT positif, bermakna ada dua jalur. Jika UPT negatif hanya ada satu jalur di bahagian C sahaja. UPT tidak harus …
Read More »Anak Tidak Mahu Menyusu Badan Lagi Sebab Puting Kecil
ANAK TIDAK MAHU MENYUSU IBU LAGI SEBAB PUTING KECIL “ Assalammualaikum Dr. Zubaidi, saya ingin bertanya berkenaan dgn susu badan dimana Ada kwn mengesyorkn injection utk hormon yg menghasilkn susu badan..Sy berharap doctor dpt memberi pandangan utk Sy. Untuk pengetahuan doctor, saya mempunyai bayi berusia 56 hari. Di awal kelahiran susu masih ada sehingga hari ke 6 bayi saya ada sedikit kekuningan (jaundice). Oleh kerana kekurangan susu badan saya memberi susu formula & disebabkan itu bayi saya tak mahu breast feed akibat puting saya yang kecil berbanding puting tiruan. Mohon doktor bantu saya utk breast feeding kerana dua anak yang …
Read More »Suntik Rubella secara tidak sedar telah hamil dan anak dikatakan akan cacat
SUNTIK RUBELLA SECARA TIDAK SEDAR TELAH HAMIL DAN ANAK DIKATAKAN AKAN CACAT “Assalamualaikum. Saya nak ucapkan terima kasih pada doktor.. kerana dgn penulisan dan penerangan doktor dlm blog dan juga di fb byk membantu sy.. terutama semasa sy mengandungkan anak sy yg ke 2 yg mana nurse desa memberi sy suntikan rubella yg ketika tu sy tak sedar sy sedang hamil 4 minggu.. bila sy tahu dan sy rujuk semula pada klinik desa berkenaan semua kata2 negetif dr diorg.. dia ckp anak sy akak cacat dan soh sy pergi mana2 klinik swasta utk cuci.. tp sy tak sanggup sbb …
Read More »Anak meninggal ketika lahir, adakah ubat menghenti susu menghalang kesuburan?
ADAKAH BROMOCRIPTINE MENGGANGGU KESUBURAN ” salam dr. Saya berumur 26thun, dan telah melahirkan anak. Malangnya anak saya telah meninggal dunia dan dapat hidup selama 2jam akibat kecacatan semasa lahir yang telah didiagnosa lebih awal. Saya diberikan sejenis ubat berhenti susu. Adakah ubat berhenti susu itu boleh menyebabkan saya lambat utk hamil lagi? Mohon penecerahan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mengucapkan takziah terhadap apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH kepada puan. Banyakkan bersabar dan semoga ALLAH berikan ganti yang lebih baik. Hanya ALLAH yang tahu hikmah di sebalik apa yang berlaku. Saya percaya doktor telah memberikan …
Read More »Isteri belum hamil, tidak datang haid 3 bulan
ISTERI BELUM HAMIL, TIDAK DATANG HAID 3 BULAN “Assalamualaikum Dr. Zubaidi. Selamat menyambut Romadhon Al-Mubarok. Dr. Saya baru berkahwin awal tahun ini. Sebelum berkahwin isteri saya pernah mengalami period tidak normal yang mana dia tidak datang bulan sebanyak 3 kali. Ketika ini, Isteri saya sudah 3 bulan lebih tidak datang bulan.Dia telah membuat pemeriksaan UPT sebanyak 4 kali (3 kali buat di rumah, dan sekali dibuat di klinik swasta). Agak menyedihkan, keempat-empat ujian tersebut adalah negative. Saya telah membuat appointment lain dengan klinik tersebut untuk membuat scanning pada isteri saya. Di sini ada beberapa soalan ya Dr.: 1. Jika scanning …
Read More »Suntikan perancang haid tidak datang lebih 6 bulan
KESAN SUNTIKAN PERANCANG KELUARGA “as salam dr.. saya nak tanya.. saya ada bayi sekarang berumur 13 bulan.. masih breastfeed walau pun x sepenuhnya.. selepas 2 bulan melahirkan, saya ada mengambil suntikan depo sebanyak 2 kali bagi tempoh 2 bulan sekali. selepas itu saya sudah menghentikan pengambilan suntikan depo.. masalahnya, hingga ke hari ini saya masih x period…adakah itu normal dr ?saya sudah 6 bulan stop injeksion depo tu dr..” WA ALAIKUM MUS SALAM Antara kesan sampingan injeksion perancang tersebut adalah kitaran haid yang tidak menentu. Kesan ini selalunya bersifat sementara, dan paling lama ia berlangsung selama enam bulan. Saya mencadangkan …
Read More »Sedikit pendarahan pada 8 minggu kehamilan
PENDARAHAN PADA MINGGU KE LAPAN KEHAMILAN “salam doc.. sori ,meganggu. ada 1 soalan kecemasan ni. sy pregnant 2 1/2 bulan. ms kandungan 8 minggu ada sedikit bleeding & warded lps tu ok. skg keluar pulak lendir coklat yg terlalut pekat. coklat kehitaman. blh tlg jelaskan tak apa yg berlaku? Tq” WA ALAIKUM MUS SALAM Pendarahan di awal kehamilan adalah perkara biasa, terutamanya dalam masa tiga bulan pertama kehamilan, kadang kala ia tidak membahayakan bayi dalam rahem. Pendarahan ini akan berhenti dalam masa dua atau tiga hari. Punca pendarahan seperti ini disebabkan oleh: Pendarahan implantasi, yang mungkin berlaku apabila …
Read More »Keguguran akibat makan ikan pari
KEGUGURAN AKIBAT MAKAN IKAN PARI “Assalamualaikum doktor dan selamat berpuasa. Sy baru mengalami keguguran pd usia kandungan 3 bulan..dan sy ingin bertanya adakah memakan ikan pari sewaktu kehamilan boleh menyebabkan keguguran. Ini kerana sy ada mkn ikan pari sewaktu hamil dan selepas beberapa hari ada bleeding. Terima kasih sekiranya doktor sudi menjawab persoalan sy ini” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mengucapkan takziah atas kehilangan yang puan alami. Semoga ALLAH mnggantikan kehilangan yang puan alami dengan sesuatu yang lebih baik. Puan mengalami keguguran pada usia kehamilan 3 bulan iaitu lebih kurang 12 minggu. Sebenarnya banyak punca keguguran …
Read More »SELAMATKAH UBAT UNTUK ANAK ANDA?
Dalam merawat kanak-kanak, penggunaan ubat yang selamat sangat penting kerana tindak balas tubuh kanak-kanak terhadap ubat tidak sama dengan orang dewasa. Ini kerana wujud perbezaan keadaan fisiologi dan kematangan organ dalam tubuh mengikut peringkat usia dan perkembangan mereka. Kanak-kanak lebih terdedah kepada risiko mendapat kesan toksik dan kesan sampingan ubat jika berlaku kesilapan pemberian dos ubat. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting, terutama dalam aspek kesedaran dan pengetahuan berkaitan penggunaan ubat yang betul dan selamat untuk kanak-kanak. Antara pengetahuan penting harus diberi penekanan adalah cara penyediaan, pengambilan dan penyimpanan ubat untuk memastikan keselamatan dan keberkesanannya ketika digunakan. Cara …
Read More »Bacaan pemeriksaan darah untuk fungsi hati tidak normal
BACAAN PEMERIKSAAN DARAH UNTUK FUNGSI HATI TIDAK NORMAL “Salam Dr. Baru-baru nie saya ada p buat blood test.. pastu bahagian liver ada menunjukkan peningkatan.. antara part yg meningkat ialah total protein, globulin n SGOT/AST dan A/G Ratio x smpi 1.0 pun,, adakah ini menunjukkan saya mengalami penyakit kritikal… perlu ka saya mendapat rawatan hospital” WA ALAIKUM MUS SALAM Pemeriksaan darah untuk ujian fungsi hati (liver function test) kadang kala menunjukkan bacaan yang tidak normal terutamanya pada parameter SGOT dan AST . Namun jika bacaan itu tidak melebihi dua kali ganda dari bacaan normal, selalunya ia hanya menunjukkan hati …
Read More »Rahem jatuh
RAHEM JATUH “Salam doctor, saya ingin tanya bagi pihak kawan saya. Dia mengalami peranakan jatuh. Dia sudah berubat kampung secara mengurut dan makan jamu tapi masih tidak ok. Dia beritahu seperti ada macam ada sesuatu di lubang faraj. Kalau hamil, ada kesan apa-apa kah? Saya sudah suruh dia pergi hospital tapi dia tidak mahu kerana takut. Saya harap doktor dapat beri penjelasan dan bantu cara rakan saya. Saya kasihan pulak tengok kawan saya tu. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Uterus (rahem) adalah struktur peranakan yang disokong oleh otot-otot dan ligament. Jika ini otot atau ligamen …
Read More »Luka Faraj Lambat Sembuh
LUKA FARAJ BELUM SEMBUH “Assalamualaikum doctor Zubaidi. Saya mengalami bengkak pada kelenjar limfa di bahagian celah peha. Hal ini disebabkan oleh ulcer dalam vagina yg telah terkoyak semasa hubungan kelamin. Untuk makluman doctor sy telah berkahwin. Saya telah diberikan ubat antibiotik cefamyine, ubat bengkak papase, serta gel gengigel untuk di sapu pada ulcer yg terdapat dlm mulut dan dalam vagina. Ubat yang diberikan adalah untuk 7hari sahaja. Sekiranya ubat telah habis dan bengkak masih belum reda..perlukah saya berjumpa dengan doctor semula? Saya juga mengalami demam yang biasanya lebih terasa dalan waktu malam. Saya juga menggunakan alternatif …
Read More »SELALU MENGALAMI BENGKAKAN TIROID
“Assalamualaikum doktor. Terima kasih kasih kerana hari ini doctor banyak kongsikan masalah tiroid. Saya juga menghadapi masalah tiroid. Awal tahun ini saya sudah beberapa kali mengalami bengkakan pada kelenjar tiroid saya. Saya pun tidak tahu puncanya. Saya ada pergi ke klinik kesihatan, Medical Assistant hanya bagi ubat demam, antibiotic dan ubat bengkak. Disebabkan terlalu kerap adik saya ada beritahu yang kawan adik dia yang mempunyai masalah tiroid telah disahkan doctor menghidap kanser hidung tahap3. Adik saya risauda n dia suruh saya buat biopsi. Tetapi bila saya pergi klinik kesihatan medical assistant itu cakap saya punya masalah tiroid tidak teruk. …
Read More »Susu Formula Tidak Serasi Menyebabkan Sembelit
SUSU FORMULA TIDAK SERASI MENYEBABKAN SEMBELIT “Salam doctor. Anak saya minum susu formula, dan tiada masalah. Baru-baru ini saya menukar susu formula jenama lain tetapi bila minum susu yang baru tu, anak saya mengalami sembelit . Dia meneran sampai menangis. Adakah susu yang baru itu tidak serasi dengan anak saya? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Sembelit adalah masalah yang biasa dialami oleh bayi, terutama yang diberikan susu formula. Bayi yang diberi susu formula lebih mudah untuk mengalami sembelit kerana susu formula lebih sukar untuk dihadam daripada susu ibu, menyebabkan najis bayi menjadi keras dan besar. Bayi …
Read More »SUSU FORMULA TIDAK SERASI MENYEBABKAN SEMBELIT
“Salam doctor. Anak saya minum susu formula, dan tiada masalah. Baru-baru ini saya menukar susu formula jenama lain tetapi bila minum susu yang baru tu, anak saya mengalami sembelit . Dia meneran sampai menangis. Adakah susu yang baru itu tidak serasi dengan anak saya? Mohon pencerahan”. Jawapan: WA ALAIKUM MUS SALAM Sembelit adalah masalah yang biasa dialami oleh bayi, terutama yang diberikan susu formula. Bayi yang diberi susu formula lebih mudah untuk mengalami sembelit kerana susu formula lebih sukar untuk dihadam daripada susu ibu, menyebabkan najis bayi menjadi keras dan besar. Bayi yang diberi susu …
Read More »Vaksin untuk URTI?
VAKSIN UNTUK URTI? “Salam dr. Vaksin pneumococcal utk kanak2 bole ambil dr umur brape ye? Ada vaksin lain x yg bagus utk elakkn ank slalu dapat URTI? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Vaksin pneumococcal ada dua jenis. 1. Pneumococcal Conjugate Vaccine (PCV13) adalah disyorkan untuk semua kanak-kanak berumur kurang daripada 5 tahun, semua wargatua berumur 65 tahun atau kanak-kanak dan orang dewasa yang berumur 6 tahun ke atas dan mempunyai faktor-faktor risiko tertentu. 2, Pneumococcal polysaccharide vaccine (PPSV23) adalah disyorkan untuk wargatua berusia 65 tahun ke atas, Tetapi boleh juga diberikan pada kanak-kanak …
Read More »Ibu mempunyai fibroid. Perlukah pembedahan?
IBU MEMPUNYAI FIBROID. PERLUKAN PEMBEDAHAN? “Salam sejahtera doktor zubaidi. Maaf menggangu, Saya ingin bertanyakan soalan. Macam ni..emak sy setelah di scan oleh doktor didapati terdapat fibroid yang sudah membesar di dalam rahimnya, Mohon pencerahan. Terima kasih atas keprihatinan tuan. Sekian.” SALAM SEJAHTERA. Ia bergantung kepada umur ibu puan dan saiz fibroid dalam rahem. Jika saiz fibroid terlalu besar sehingga menyebabkan pendarahan yang banyak ketika haid, atau mengganggu rutin seharian yang lain, mungkin akan mencadangkan pembuangan rahem, kerana secara biologinya fungsi rahem sudah tidak digunakan lagi (kerana fungsi rahem adalah untuk hamil). Ia lebih bermanfaat. Tetapi jika saiz fibroid itu sederhana, …
Read More »HAMIL DAN MENGALAMI SEDIKIT PENDARAHAN
“Assalamualaikum doktor. Maaf mengganggu sekarang ni saya sedang hamil anak ke 4 usia kehamilan 32minggu. Saya mahu bertanya doktor dalam 2 hari kebelakangan ini saya mengalami darah coklat cair yang keluar dari faraj. Apakah puncanya? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Jika pendarahan yang sedikit tanpa rasa ada rasa sakit perut di bahagian bawah pusat (tanda kontraksi mahu lahirkan anak) dan pergerakan bayi dalam rahem seperti biasa, ia tidak perlu dirisaukan. Biasanya berlakunya “engorgement “(pengembangan salur darah) sekitar faraj menyebabkan sedikit darah keluar dari saluran darah. Ini kerana bayi yang bersaiz semakin besar dan menjadi …
Read More »Haid Berpanjangan dan Belum Hamil
HAID BERPANJANGAN DAN BELUM HAMIL “Salam. Saya hendak tanya. Saya sudah berkahwin selama 3 tahun dan ingin menimang cahaya mata. Pertanyaan saya ialah: 1. Saya sudah mengalami darah haid selama 3 bulan, dan tidak menunjukkan sebarang tanda haid saya akan berhenti. Dalam waktu period, darah ketul sebesar ibu jari sering kali keluar setiap kali sya membuang air kecil. 2. Ada yang mencadangkan supaya saya mengambil suplemen GLA kompleks dan Asid Folic untuk utk betulkan haid. Ada juga mengatakan yang rahim saya panas dan susah hendak hamil. Saya mohon sangat supaya doktor dapat membantu. Terima kasih” Jawapan: WA ALAIKUM MUS SALAM …
Read More »Hamil bersama fibroid dan mengalami pendarahan
“Salam doktor, saya berumur 26thn dan sudah genap setahun kahwin . Sekarang asay sedang hamil anak pertama berusia 14 minggu. Masalah saya sekarang adalah saya ada fibroid berukuran 13x11cm yang berada dalam rahem bahagian atas. Baru-baru ini, saya ada mengalami pendarahan yang berwarna coklat. Saya sudah pergi buat pemeriksaan di hospital. Doktor telah melakukan scan, dan mendapati bayi saya dalam rahem alhamdulillah sihat dan degupan jantung juga baik. Tetapi saya risau kenapa masih ada pendarahan untuk beberapa hari sampai sekarang, tambah lagi kalau saya bergerak lebih sikit. Mujur sekarang saya adalah suri rumah, jadi saya kena bed rest je sepanjang …
Read More »Punca Strok dan Bolehkah Ia Berulang?
APA YANG MENYEBABKAN SAYA DISERANG STROK DAN BOLEH IA BERULANG? “Salam doctor, baru-baru ini saya mengalami stroke. Doktor mengesahkannya apabila saya mengalami lemah badan, muka saya yang senget sebelah kaki dan tangan sebelah kiri tidak dapat digerakkan. Doktor membuat CTscan dan mendapati saya mengalami pendarahan kecil di bahagian otak tetapi terkawal. Dengan ubat yang diberikan dan physiotherapy Alhamdulillah keadaan saya semakin bertambah baik. Apa yang menyebabkan saya diserang stroke atau angina ahmar? Bolehkah saya mengalami serangan stroke kali kedua? Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Lapan puluh peratus daripada semua pesakit yang diserang penyakit angin …
Read More »PEMULIHAN PESAKIT STROKE
“Salam doktor. Saya ingin bertanya. Ibu saya diserang stroke 2 kali dalam masa sebulan. Ada kemungkinan atau tidak, dia boleh sihat seperti sedia kala? Sekarang keadaan dia agak teruk. Dia tidak boleh bergerak, tidak boleh bercakap, hanya mata yang bukak dan berkelip. Kadang-kadang dia bergantung sepenuhnya kepada susu yng disuap melalui tiup. Saya sangat-sangat sedih melihat seorang ibu terpaksa melalui keadaan ini. Mohon doktor terangkan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Sukar untuk menentukan sama ada seorang individu yang diserang stroke boleh sembuh sepenuhnya atau tidak. Sokong dari ahli keluarga membantu pesakit dari segi fizikal dan emosi sangat …
Read More »Darah Nifas Berlarutan Melebihi 60 Hari
DARAH NIFAS BERLARUTAN MELEBIHI 60 HARI. “Salam doctor. Saya berumur 25tahun Dan hari ni hari ke 82 selepas saya bersalin anak sulung pada 14 Mac lalu. Pada hari ke 43 saya mendapat suntikan pertama suntikan perancang keluarga dan menurut nurse selepas mendapat suntikan Peredaran haid tidak menentu atau darah yg keluar akan berpanjangan yang mengambil masa mungkin sehingga tiga bulan. WA ALAIKUM MUS SALAM Suntikan perancang keluarga yang diberikan memberikan beberapa kesan sampingan antaranya ialah kitaran haid yang tidak menentu. Antaranya ialah darah haid yang terlalu sedikit atau tidak datang langsung untuk beberapa bulan. Dalam kes puan, inkesion …
Read More »KELENJAR LIMFA BENGKAK DI KETIAK
“Salam. Saya mahu tanya, 2 bulan lepas saya demam panas selama seminggu dan ketiak kanan saya telah membengkak agak besar jugaklah. Bila demam saya sudah baik, ketiak saya masih bengkak cuma saiznya sudah kecik sikit. Doktor sudah memeriksa payudara saya dan memberitahu ia normal . Tapi tiada apa-apa yang tidak kena, sama ada denggi, TB, nanah atau darah. Cuma saya rasa ada rasa ada biji kecil dan bengkak sedikit pada ketiak kanan sy. Macam mana, ya doktor. Mohon pencerahan.” WA ALAIKUM MUS SALAM Tubuh kita mempunyai kira-kira 20 hingga 40 kelenjar limfa (lymph node) pada sebelah ketiak. …
Read More »HAMIL LIMA MINGGU DAN KELUAR DARAH WARNA COKLAT
“Salam doctor, saya nak bertanya doc. Saya baru sahaja hamil anak pertama dan usia kehamilan dalam 5minggu. Pagi tadi ada berlaku pendarahan berwarna coklat. Doktor ada beri ubat untuk kuatkan rahim. Kenapa ya jadi macam tu dan apa perlu saya perlu buat. Adakah bahaya utk baby saya. Terima kasih? “ WA ALAIKUM MUS SALAM Tahniah atas kehamilan puan. Usia kehamilan 5 minggu masih lagi dikategorikan sebagai peringkat awal kehamilan, dan ia sangat mudah untuk mengalami keguguran. Puan mengalami pendarahan berwarna coklat. Lendiran yang bercampur dengan darah, selalunya berwarna coklat ketika awal kehamilan disebut “spotting”. Ia adalah …
Read More »Kehamilan dan ubat jerawat
KEHAMILAN DAN UBAT JERAWAT “Salam doktor. Saya ingin bertanya. Saya telah hamil 9 minggu dan mengalami jerawat di muka. Boleh ke saya pakai ubat jerawat kat muka ? Ubat jerawat tersebut saya beli di klinik pakar kulit. Bahaya tak untuk kandungan? Terima kaseh.” WA ALAIKUM MUS SALAM Jerawat yang berlaku semasa hamil bukanlah sesuatu yang luar biasa, ia hanya disebabkan oleh tahap hormon puan yang tinggi. Bagi mereka yang hamil, perlu lebih berhati-hati menggunakan ubat merawat jerawat. Antara ubat jerawat yang harus dielakkan adalah: Kream Accutane: mengandungi bahan isotretinoin. Kream Retinoid: mengandungi bahan adapalene, tazarotene …
Read More »ANAK DIVAKSIN TAPI MUDAH DIJANGKITI DEMAM DAN PENYAKIT
“Salam doc. Anak pertama saya umur 6tahun-imunisasi saya ambil penuh dari bayi mengikut jadual yg diberi oleh klinik kesihatan (tapi kerap dmm,sakit,senang dapat jangkitan kuman dan senag dapat penyakit berjangkit) Anak ke2 pula umur 3tahun-imunisasi lengkap sama macam anak pertama saya dan sehingga sekarang masih ada temujanji di klinik kesihatan untuk follow up perkembangan juga ubat cacing (tapi masalah sama macam anak pertama saya,senang dijangkiti penyakit) Kawan saya anak pertama dia hanya mendapat vaksin (imunisasi dr bayi sampai 6bulan shj) dan ank ke2 pula hanye mendapat suntikan selepas lahir.imunisasi setiap bulan seperti dijadualkan dia tidak pernah ambil. Kawan saya mengatakan …
Read More »Menghilangkan rasa berdebar dan pening kepala walaupun tidak lagi mengambil ubat kurus
MENGHILANGKAN RASA BERDEBAR DAN PENING WALAUPUN TIDAK LAGI MENGAMALKAN UBAT KURUS “Salam, doc tumpang tanya. Saya ada makan ubat kurus, kesan yang ketara pada saya ialah tekanan darah menjadi tidak stabil, sakit kepala, jantung berdebar. Saya sudah berhenti makan pil kurus tu. Sekarang kesan ubat itu masih lagi ada. Bagaimana hendak hilangkan kesan2 yang saya rasa sekarang. Harap doktor boleh bantu. Saya tidak tahan jantung selalu berdebar. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kebanyakan ubat kurus mengandungi bahan terlarang sibuteramine, yang menyebabkan seseorang yang mengambil ubat ini tidak berasa lapar. Pengambilan ubat kurus ini harus mendapat pemantauan dari doktor. …
Read More »Perlukah rawatan antibiotik jika pemeriksaan air kencing menunjukkan “air kencing kotor”?
PERLUKAH ANTIBIOTIK JIKA PEMERIKSAAN AIR KENCING MENUNJUKKAN “AIR KENCING KOTOR? “Salam doktor. Saya ingin bertanya. baru-baru ini saya menjalan pemeriksaan air kencing sebagai pemeriksaan perubatan sebelum saya diterima masuk ke dalam sebuah syarikat multinasional. Doktor mendapati air kencing saya mempunyai beberapa sel darah putih, darah dan elemen protein. Doktor memberitahu saya mengalami kencing kotor, sedangkan saya tidak ada rasa apa-apa. Perlukah saya mengambil antibiotik?” WA ALAIKUM MUS SALAM “Kencing kotor” adalah istilah yang digunakan untuk makna terdapat jangkitan kuman dalam air kencing. Tanda-tanda jangkitan kuman adalah rasa kerap mahu kencing, pedih semasa kencing, rasa tidak puas kencing dan rasa tidak …
Read More »Keracunan Plumbum dari cat di rumah
KERACUNAN PLUMBUM DARI CAT DI RUMAH Plumbum (atau dikenali sebagai lead dalam Bahasa Inggeris) sangat berbahaya dan boleh merosakkan organ-organ tubuh kita terutamanya otak dan saraf hujung. Ia merosakkan selaput saraf dan menghalang saraf hujung daripada menghantar isyarat dengan betul. Ini akan menyebabkan rasa kebas. Keracunan plumbum selalunya berlaku pada pekerja di kilang bateri yang banyak menggunakan plumbum. Plumbum juga boleh melintasi uri dan pergi ke pada bayi dalam rahem dan merosakkan otak, hati dan tulang bayi. Bayi yang terdedah kepada keracunan plumbum selalunya akan dilahirkan secara pramatang dan mengalami masalah berat badan kurang daripada biasa. …
Read More »ELAK KANAK-KANAK DIJANGKITI BISUL
(Berikut adalah artikel yang disiarkan di Utusan Malaysia pada 7 hb Mac 2015) Bisul lazimnya menyerang golongan dewasa berbanding kanak-kanak, namun risiko untuk golongan kanak-kanak terkena bisul juga tinggi, malah memungkinkan komplikasi yang lebih buruk memandangkan kanak-kanak lebih terdedah kepada kekotoran. Bisul merupakan kumpulan nanah yang berlaku di bawah kulit yang sangat menyakitkan akibat proses jangkitan, biasanya disebabkan oleh bakteria atau parasit. Selalunya, masyarakat menganggap kelompang pada kulit yang berwarna kuning (nanah) adalah bisul, namun pengumpulan nanah boleh berlaku pada mana-mana tisu dalam tubuh seperti otak, hati dan ginjal. Menurut Doktor Kanan Kumpulan Perubatan …
Read More »KEKURANGAN MINERAL BOLEH MENYEBABKAN RASA KEBAS
“Salam doktor. saya ingin bertanya. Pemeriksaan darah baru-baru ini menunjukkan saya mengalami kekurangan potassium. Doktor memberitahu ginjal saya tidak berfungsi dengan baik. Adakah ia boleh menyebabkan rasa berasa kebas ? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kekurangan mineral seperti kalsium, kalium, natrium atau di dalam badan boleh menyebabkan rasa kebas. Isyarat yang dibawa oleh saraf dihantar memerlukan mineral sodium (natrium), potassium (kalium) dan kasium. Apabila seorang individu ini tidak cukup tahap mineral-mineral tersebut dalam tubuh, ia akan menyebabkan isyarat yang dibawa ditafsirkan secara rambang. Ini menyebabkan sentuhan yang ringan pada kulit, menyebabkan otak kita menerima isyarat yang dibawa …
Read More »Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya
HUKUM MINYAK IKAN YANG DIPROSES TANPA DIBUANG PERUT DAN NAJISNYA Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 – 11 Februari 2015 membincangkan Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa kandungan isi perut ikan adalah antara hukum yang tidak disebut secara jelas mengenainya sama ada dalam al-Quran ataupun Sunnah Rasulullah SAW. Ibn Hajar, Ziyad, al-Ramli dan lain-lain telah bersepakat bahawa apa-apa yang ada dalam perut ikan yang kecil sama ada darah …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
