Punca Strok dan Bolehkah Ia Berulang?

APA YANG MENYEBABKAN SAYA DISERANG STROK DAN BOLEH IA BERULANG?

 

“Salam doctor, baru-baru ini saya mengalami stroke. Doktor mengesahkannya apabila saya mengalami lemah badan, muka saya yang senget sebelah kaki dan tangan sebelah kiri tidak dapat digerakkan. Doktor membuat CTscan dan mendapati saya mengalami pendarahan kecil di bahagian otak tetapi terkawal. Dengan ubat yang diberikan dan physiotherapy Alhamdulillah keadaan saya semakin bertambah baik. Apa yang menyebabkan saya diserang stroke atau angina ahmar? Bolehkah saya mengalami serangan stroke kali kedua? Mohon pencerahan, terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Lapan puluh peratus daripada semua pesakit yang diserang penyakit angin ahmar atau stroke berlaku apabila aliran darah ke otak secara tiba-tiba terputus. Ia  biasanya disebabkan oleh pembentukan darah beku dari bahagian tubuh yang lain (contohnya di dalam jantung) kemudiannya bergerak ke saluran darah di otak dan akhirnya menyumbati saluran darah yang kecil di situ.

 

Selain itu, serangan stroke boleh disebabkan oleh saluran darah arteri yang tersumbat akibat pembentukan plak iaitu campuran kolesterol dan lipid lain.  Oleh itu jika seorang pesakit jantung akibat masalah  artherosclerosis atau pengerasan saluran darah arteri, mereka berisiko untuk mengalami stroke.Ini kerana plak yang semakin membesar menyumbati saluran darah dalam otak.

 

Selain itu serangan stroke berlaku apabila terdapat pendarahan pada saluran darah di otak, menyebabkan bekalan darah  yang membawa oksigen dan nutrient tidak mencukupi. Biasanya ia disebabkan oleh tekanan darah tinggi yang tidak terkawal. Kedua-dua keadaan ini meningkatkan risiko strok, dan menguruskan mereka boleh membantu mencegah strok kedua.

 

Untuk mendapatkan rawatan yang sempurna, doctor haruslah melakukan pemeriksaan yang lengkap untuk mengetahui punca sebenar penyakit. Hanya dengan mengetahui punca serangan stroke, doctor dapat memberikan rawatan yang betul dan sempurna.

 

Semua pesakit yang pernah diserang stroke mempunyai risiko untuk mendapat serangan stroke kedua. Selalunya stroke kali kedua biasanya lebih parah dari stroke kali pertama, malah ada yang menyebabkan kematian.

 

Kebanyakan (75%) stroke kali kedua berlaku dalam masa 30 hari dari serangan stroke pertama. Sementara 25% berlaku dalam masa dua tahun.

 

Oleh itu, setiap pesakit stroke mempunyai risiko berbeza untuk mendapat serangan stroke kali kedua, bergantung kepada punca berlakunya stroke. Sebab itu pesakit dan ahli keluarga yang membantu pesakit stroke harus berbincang mengenai masalah mereka dengan doctor, agar serangan stroke kali kedua ini boleh dielakkan.

 

Wallahualam.

 

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!