PEMULIHAN PESAKIT STROKE

“Salam doktor. Saya ingin bertanya. Ibu saya diserang stroke 2 kali dalam masa sebulan. Ada kemungkinan atau tidak, dia boleh sihat seperti sedia kala? Sekarang keadaan dia agak teruk. Dia tidak boleh bergerak, tidak boleh bercakap, hanya mata yang bukak dan berkelip. Kadang-kadang dia bergantung sepenuhnya kepada susu yng disuap melalui tiup. Saya sangat-sangat sedih melihat seorang ibu terpaksa melalui keadaan ini. Mohon doktor terangkan. Terima kasih”.

WA ALAIKUM MUS SALAM

Sukar untuk menentukan sama ada seorang individu yang diserang stroke boleh sembuh sepenuhnya atau tidak. Sokong dari ahli keluarga membantu pesakit dari segi fizikal dan emosi sangat penting. Pesakit juga hanya mempunyai daya juang untuk meneruskan hidup dan tidak mudah kecewa. Jika tidak, seorang pesakit mengambil masa yang agak lama untuk pulih. Malah ada yang tidak pulih sehingga meninggal dunia.

Oleh itu, seorang pesakit dapat dijangka akan pulih apabila dalam masa sebulan, pesakit akan menunjukkan perubahan yang positif dan semakin pulih secara perlahan-lahan. Ini bermakna, kebarangkalian untuk beliau pulih sepenuhnya amat cerah.

Jika tiada perubahan positif dalam masa sebulan, selalunya beliau tidak akan pulih seperti sedia kala dan keadaan strokenya berkemungkinan akan kekal. Semakin cepat beliau menunjukkan pemulihan, semakin cerahlah beliau untuk pulih sepenuhnya.

Selain itu bagaimana cepat seseorang individu yang diserang stroke akan pulih bergantung kepada jenis strok yang menyerangnya, sama ada disebabkan oleh thrombus (darah beku) atau pendarahan.

Faktor lain ialah bergantung kepada keputusan CT scan yang menunjukkan berapa banyak kerosakan otak yang telah berlaku semasa serangan strok itu, dan umur pesakit yang diserang stroke. Pesakit yang telah berusia lanjut agak sukar untuk pulih sepenuhnya berbanding dengan pesakit yang masih muda.

Jadi hal ini harus diteliti oleh seorang doctor kerana setiap pesakit mempunyai factor-faktor yang berbeza. Berbincanglah dengan doctor dan jangan berputus asa untuk memberikan sokongan kepada pesakit.

Wallahu a’lam.

error: Content is protected !!