Keracunan Plumbum dari cat di rumah

KERACUNAN PLUMBUM DARI CAT DI RUMAH

man painting

 

Plumbum (atau dikenali sebagai lead dalam Bahasa Inggeris) sangat berbahaya dan boleh merosakkan organ-organ tubuh kita terutamanya otak dan saraf hujung. Ia merosakkan selaput saraf dan menghalang saraf hujung daripada menghantar isyarat dengan betul. Ini akan menyebabkan rasa kebas.

 

Keracunan plumbum selalunya berlaku pada pekerja di kilang bateri yang banyak menggunakan plumbum.

 

Plumbum juga boleh melintasi uri dan pergi ke pada bayi dalam rahem dan merosakkan otak, hati dan tulang bayi. Bayi yang terdedah kepada keracunan plumbum selalunya akan dilahirkan secara pramatang dan mengalami masalah berat badan kurang daripada biasa.

 

Plumbum juga boleh mengganggu fungsi mitokondria (‘jenerator’ yang menghasilkan tenaga dalam tubuh) dalam otak. Oleh kerana mitokondria adalah penting untuk pengeluaran tenaga, kegagalan mitokondria menghasilkan tenaga boleh merosakkan sel. Plumbum juga menjejaskan fungsi otak dengan mengganggu pengeluaran neurotransmitter dan pembentukan sinaps.

 

Plumbum menjejaskan banyak kawasan yang penting dalam otak termasuk serebrum korteks, dan hippocampus. Ia juga mengganggu struktur saluran darah di dalam otak sehingga menyebabkan bengkakan otak.

 

Pada kanak-kanak, pendedahan plumbum telah dikaitkan dengan IQ lebih rendah, masalah pembelajaran, pertumbuhan fizikal, tingkah laku hiperaktif dan antisosial, dan deria pendengaran berkurangan. Keracunan plumbum di kalangan orang dewasa pula boleh menyebabkan sakit otot dan sendi, masalah penghadaman, masalah ingatan (mudah lupa) dan sukar focus, tekanan darah tinggi, sakit kepala, dan pening.

 

Sesetengah keracunan plumbum boleh berlaku apabila terdedah dengan cat di dinding rumah.

 

IKLAN

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!