Perlukah rawatan antibiotik jika pemeriksaan air kencing menunjukkan “air kencing kotor”?

PERLUKAH ANTIBIOTIK JIKA PEMERIKSAAN AIR KENCING MENUNJUKKAN “AIR KENCING KOTOR?

urine

“Salam doktor. Saya ingin bertanya. baru-baru ini saya menjalan pemeriksaan air kencing sebagai pemeriksaan perubatan sebelum saya diterima masuk ke dalam sebuah syarikat multinasional. Doktor mendapati air kencing saya mempunyai beberapa sel darah putih, darah dan elemen protein. Doktor memberitahu saya mengalami kencing kotor, sedangkan saya tidak ada rasa apa-apa. Perlukah saya mengambil antibiotik?”

WA ALAIKUM MUS SALAM

“Kencing kotor” adalah istilah yang digunakan untuk makna terdapat jangkitan kuman dalam air kencing.

Tanda-tanda jangkitan kuman adalah rasa kerap mahu kencing, pedih semasa kencing, rasa tidak puas kencing dan rasa tidak dapat menahan kencing, walaupun kuantiti air kencing itu kecil.

Walau bagaimana pun, ada kalanya ia dikesan di dalam kencing tanpa memberikan sebarang tanda, terutama apabila melakukan pemeriksaan air kencing secara rutin ketika pemeriksaan kesihatan.

Jadi ia tidak perlukan rawatan anti mikrobial (antibiotik) kecuali dalam keadaan tertentu di mana seorang individu itu mempunyai risiko untuk mengalami kemudaratan yang lebih besar.

Antaranya individu yang berisiko itu ialah wanita yang hamil, individu yang dimasukkan alat salur air kencing sebelum atau selepas pembedahan. Pesakit yang mempunyai sistem daya tahan yang rendah kerana penyakit atau disebabkan rawatan, juga berisiko tinggi. Jadi mereka ini akan diberikan antibiotik walaupun tiada tanda-tanda jangkitan.

Bagi individu yang sihat, pemeriksaan air kencing yang menunjukkan “kencing kotor” atau jangkitan kuman selalunya ubat antibiotik tidak diberikan kecuali jika ada tanda-tanda jangkitan kuman seperti rasa kerap mahu kencing, pedih semasa kencing, rasa tidak puas kencing dan rasa tidak dapat menahan kencing, walaupun kuantiti air kencing itu kecil.

Mereka dinasihatkan untuk minum air secukupnya, sekurang-kurangnya dua liter sehari, agar kuman yang berada di pundi dapat keluarkan melalui air kencing.

Minum air yang beralkali juga digalakkan, atau mencampurkan air yang diminum dengan serbuk URAL untuk menjadikan pH air kencing lebih beralkali dan mematikan bakteria. Boleh juga minum air barli.

Kemudian ulang semula ujian airkencing, jika perlu.

Wallahu a’lam.

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

error: Content is protected !!