KEKURANGAN MINERAL BOLEH MENYEBABKAN RASA KEBAS

“Salam doktor. saya ingin bertanya. Pemeriksaan darah baru-baru ini menunjukkan saya mengalami kekurangan potassium. Doktor memberitahu ginjal saya tidak berfungsi dengan baik. Adakah ia boleh menyebabkan rasa berasa kebas ? Mohon pencerahan. Terima kasih” 

WA ALAIKUM MUS SALAM

Kekurangan mineral seperti kalsium, kalium, natrium atau di dalam badan boleh menyebabkan rasa kebas.

Isyarat yang dibawa oleh saraf dihantar memerlukan mineral sodium (natrium), potassium (kalium) dan kasium. Apabila seorang individu ini tidak cukup tahap mineral-mineral tersebut dalam tubuh, ia akan menyebabkan isyarat yang dibawa ditafsirkan secara rambang. Ini menyebabkan sentuhan yang ringan pada kulit, menyebabkan otak kita menerima isyarat yang dibawa sebagai rasa mencucuk-cucuk.

Seorang pesakit ada berjumpa saya kerana mengadu hujung jari tangannya agak kebas. Setiap kali tersentuh kain pakaiannya beliau akan merasa seperti dicucuk jarum. Pemeriksaan darah bagi menguji tahap mineral menunjukkan beliau mengalami kekurangan mineral potassium, akibat ginjalnya tidak berfungsi dengan baik.

Apabila ginjal bermasalah, penyerapan semula mineral ini dari airkencing tidak berjlan dengan lancar. Banyak mieral tidak dapat diserap semula dan keluar melalui air kencing. Ini menyebabkan kandungan mineral tersebut dalam tubuh menjadi rendah. Jika pesakit tidak mengambil makanan yang mengandungi banyak mineral, atau mineral air mineral secukupnya atau tidak mengambil suplemen mineral yang dibekalkan oleh doctor, pesakit akan mengalami rasa kebas, terutama di bahagian hujung jari kaki dan tangan.

wallahu a’lam.

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

Leave a Reply

error: Content is protected !!